Sila Klik Iklan Ini

Monday, April 16, 2012

PELANCARAN APEL

Hari ini 16 April 2012 terlancarlah APEL secara rasminya. Mesti ramai yang tidak familiar lagi dengan APEL ini kan?. Musti ramai yang duk tanya apa itu bendalah en. APEL ini yer?

APEL adalah pengakreditan pembelajaran berasaskan pengalaman terdahulu yang menyediakan laluan kemasukan alternatif kepada mereka yang layak untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi. Setakat ini laluan untuk APEL hanya dibuka untuk program Degree sahaja. Akan datang akan dibuka untuk peringkat Diploma dan Sijil pula.

APEL ini menggalakkan seseorng individu untuk meningkatkan pengetahuan secara berterusan. Jadi sekiranya anda memenuhi syarat berikut anda adalah layak untuk memohon sebagai calon APEL untuk memasuki program ijazah sarjana muda.
  • Warganegara
  • Berumur 21 tahun ke atas, DAN
 Anda perlu LULUS Ujian Aptitute dan LULUS Portfolio.

Calon yang berjaya mendapat sijil APEL boleh membawa sijil tersebut untuk memasuki program di mana-mana IPT yang menerima kemasukan pelajar secara APEL. Namun begitu IPT hanya boleh mengambil pelajar melalui kemasukan ini maksimum 5% daripada jumlah populasi pelajar semasa sahaja.

 Simbolik pelancaran adalah buku ajaib yg diperbuat daripada 2 jenis kulit lembu dan kulit kambing

 
Adik-adik choral speaking yg hebak sesgt...pembaca doa pun adik yg comey dan kiut


Inilah muka-muka comey yang ceria selepas persembahan depan pak menteri....Gambar semasa pelancaran memang byk tapi macam berat je jejari mokcik nk uplod sbb letih sesgt dari semalam bizi ngan majlis pelancaran ini....


Wednesday, April 11, 2012

UBI REBUS

Jom kita makan ubi rebus kenkawan, makanan klasik org dedolu, makanan ala-ala pra sejarah gitew...oppp silap fakta bukan makanan pra sejarah tetapi makanan sejarah.

Kenapa makanan sejarah? Sebabnya tok-tok kita dulu selalu duk citer jasa en. ubi kayu yang menjadi makanan utama rakyat tanah melayu semasa era perang jepun. Maklumla time tu makanan payah dan beras-beras pulok telah dicatu oleh pihak jepun.

Masa mokcik kecik-kecik dedolu pun selalu gak sarapan pagi ubi rebus tapi sekarang dah susah nk jumpe ubi rebus dibuat sarapan pagi. Kalu ada pun ubi akan dibuat kuih muih seperti lepat atau kuih talam untuk sarapan pagi atau minum petang.

Selalunya dulu kami makan ubi rebus ini bersama kelapa parut, ikan masin atau ikan rebus. Tapi bagi orang sebelah pantai barat ini ubi rebus dimakan dengan sambal bilis atau sambal kicap seperti yg mokcik makan di Batu Pahat pada tahun 2006. Hamek ko 6 tahun sudah pun masih diingati lagi akan en. ubi kayu.

Masa mokcik pi visit di Batu Pahat tahun 2006 dolu, hotel Katerina iaitu hotel yg paling hebak di Batu Pahat telah sediakan ubi rebus untuk kami sebagai supper yang dimakan bersama dengan sambal bilis. Emm terkejut jugak la kami sampaikan kami main teka-teki tekuk ngan panel time tu sbb tak percaya apa yg hotel hidangkan, nampaknya en. ubi rebus sudak glamer sbb sudah dikomersilkan dan sudah masuk hotel... kelasss  uolllsss.... 

 en. ubi rebus dan sambal bilis


 en. ubi yg sudah empuk


 sambal bilis


Jemput makan




Sunday, April 1, 2012

HIGH IMPACT TEAM

Ini adalah kursus High Impact Team, kursus yang amat memalukan mokcik sebenarnya...benci-benci-benci....malas nk ingt tau...kalu jumpe ngan kenkawan macan segan sipu  sipi malu sehhhh..

Sebenarnya ini adalah antara siri-siri kursusyg kami wajib hadir dalam program PPK kami, kalu tak hadir kena ngan pi kursus yg seakan sama di INTAN. Kursus kali neh byk xtvt outdoor berbanding sesi dalam indoor.

Sesi breafing dan menentukan kumpulan melalaui game belalang sepit baju neh, lupo dah nama apa game ni. Sib baik mokcik sampai awal petang tadi. Kenkawan kita seramai 5 orang yg smpai lewat kena lelong... kumpulan mana nk beli.


Pastu game outdoor, candle war game... mak-mak budok (tudung putih tu lum agi yer) yg amat gumbira dpt main M16 dn lampu suluh sbagai senjata... yoyoyo ooo jer majer azlan dari melaka tuh....yg kelakar tu sarjan usop nk pangkat tinggi skit dari mejar, hangin ler majer azlan dari melaka tu pastu sarjan usop kena turun 5 kali sbb gila kuasa kui kui kui...


Hari keesokkannya, senaman di pagi hari sebelum sarapan. Sempat main game belatuk dan belalang walaupun pernah main game ni ms kursus team building di Impiana Cherating.


Pastu game the search. Kat skrin adalah list-list brg yg perlu dicari berserta markahnya. Sepatutnya group kami juara game neh ..sbb bleh tangkap ikan hidup dan belalang yg mempunyai markah paling tinggi tapi last-last markah kumpulan kena potong sbb tak ikut spec teh tarik segelas tapi kami sediakan teh tarik se mug. Susah payah Dr. Kang belanja teh tarik masa Sim dptkan teh tarik neh kat cafe hotel. RM10 henggit tau... sib baik teh tarik sedap... kaw lagi...


Kumpulan kami semasa game F1 Pit Stop. Kami dpt markah bonus sbb ada jentera F1 yg paling cantik dan kreatif, siap ada mic tu...


Antara aset jentera F1 yg kami ada. Sebelum berlumba kena reka pemandu dan kereta F1 dulu.


Sebelah petang kami ada xplorace pulok... letih keliling resort cari klu dan siapkan teka teki tekuk


Indoor semasa ujian dan game Pasukan Belbin. Katanya ujian neh sekali buat tapi bleh pakai smpai 25 tahun akan datang pong...


Sebelah malam ada samurai war game dlm gelap hanya ada lilin sahaja. Game yg paling kelakar... shogun nakamura yg kelakar, mokcik gelak smpai pening kepala...



Sebelah pagi hari terakhir... game The Target


Kasut dan tali kasut pun jadi mangsa tau...


Mokcik dan Chek


Outdoor game terakhir membina menara... kami berjaya bina 7 menara jer


Di bawah adalah sesi terahir sblm balik iaitu sesi luahan. Sesi ni lah adegan air mata neng yatimah berlaku...memalukan sungguh sehhhh tak leh ckp sbb terlalu sebak. Tu la byk sgt menangis masa sesi mencari shabat sejati tu...malu kat kenkawan benci-benci-benci tauuuu...

Mungkin ini hasil penyakit 2nd child sindrom... kalu nangis susah nak benti begitu juga kalu gelak susah nak benti gak... emmmm... siapa leh selesaikan masalah 2nd child sindrom neh?

Saturday, March 31, 2012

HOLIDAY VILLA, CHERATING

Next tempat tumpangan kami sekuarga seterusnya adalah di Holiday Villa Cherating setelah balik dari Kampar tempoh hari. Hotel ni jadi destinasi kami seterusnya kerana mokcik ada kursus High Impat selama 2 hari di sini. .Next setori lah yer pasal kursus ni, kursus yg memalukan mokcik sebenarnya hehehe...wat suspen skit....

Nampaknya ponteng sekolah lagi la kakak pada hari Jumaat tu kalu dak kang sampai kul 12 mlm la kat hotel kalu nk tunggu kakak habis sekolah kul 7.00pm. Macam mana yang terjadi pada tahun lepas masa mokcik pi kursus di Cameron, kamilah org terakhir smpai di hotel di sana kul 12 mlm sbb tunggu kakak habis sekolah. Memandangkan cherating ni pun jaraknya agak jauh dari rumah maka kami bertolak awal sikit maka bolehlah kami singgah kat kampung sekejap tengok tokmek dan tok ki sebelum patah balik ke Cherating.

Hotel neh cam kerek skit sbb dia kira ikut bilangan kepala, kalu bilik utk 2 dewasa dan 2 kanak-kanak kita tak leh bw lebih kaum kerabat ke sini, kalu nk bw juga kena cas lebih per head... punya kedekut hotel neh...tapi sib baik dpt bilik ok betul-betul sebelah kolam renang.

Hari Ahad ini kami akan berkampung di Alson Klana Nilai pula, risau pulok mokcik sbb dah banyak dengar cerita tak enak pasal hotel neh. Panel kami dah ramai yg komplen, pegawai pun cakap tak usah la duk hotel neh tapi kami malas nak kansel booking sbb dah last minit dah pong. Kalu kansel kang nanti tukang jaga duit opis kami banyak soal sbb LO dah keluar...emmm tak per la redo ajer lah kalu kena perli ngan panel pong...Dah la kali neh panel yang mokcik bawa sume adalah Prof dan Dr sbb nilaikan program Master. Mesti depa byk komlen sat gih... emmmm ngeri pulok ehhh...apa pun berserah ajer ler....next entry la pasal kesah Alson Klana neh... N3 adalah khas untuk hotel seperti di atas...

Check in kat sini kami dapat bilik paling bawah sama aras ngan kolam renang... besh ooo...buka pintu belakng bilik terus kolam renang, si kakak dan adik bangun je tido pagi terus merayap ke kolam renang dengan baju-baju tido lagi, tukang bersih kolam pun tak siap lagi... Mokcik yg tengah mkn time tu terus berlari kejar depa, memalukan kerajaan sungguh ehhh...aduhai punya la eksited mandi kolam. Tu la kalu bilik dekat kolam pong susah gak, kalu bilik jauh ngan kolam pong susah gak...


Holiday Villa, Cherating


Kolam renang


Pantai di belakng hotel, petang-petang ada orang naik kuda di sepanjang pantai neh


Pagi nan sore, gambar bilik lupa pulok nak amek. 

Gambar bilik lupo pulok nak amek. Bilik yg mokcik dpt di bawah katil ada disediakan tilam dan katil ektra, so dapatla tido ngan selesa sbb kakak skrg saiznya badannya dah tak leh kira saiz kanak-kanak lg...tak leh nak share tido satu bed ngan dia dahhh... mesti kita akan ke bawah bed jawabnya....



Friday, March 30, 2012

GRAND KAMPAR HOTEL

Grand Kampar Hotel antara hotel yang paling hebak di Kampar walaupun hanya tiga bintang sahaja namun cukup luas dan selesa... kami sume cukup puas hati dengan hotel ini termasuk panel-panel kami pun duk puji hotel ni.

Hotel ni kami melepak selama 2 hari di sini kerana ada visit kat satu unibarsiti swasta di sini. Design hotel ini dibuat berdasarkan design dari Sepanyol dan hotel ini ada 155 bilik kalau tak silap.


Grand Kampar Hotel


Ini bilik kami, famili suite. Reganya dalam RM190 kalu tak salah. Bukan senang kuli cam kami neh nak dapat bilik famili suite cam neh...Bilik yg amat selesa untuk pada kami seramai 4 beranak neh...Kakak ponteng sekolah lah jawabnya sbb nak ikut kami ke sini. Panel kami yg  bertaraf Prof dapat bilik lagi hebak wooo... sampaikan dia kata tak perlu bilik besar-besar sgt, nak buat apa... dia dtg sorang jer...Pastu katanya lagi agaknya depa ingatkan bila dah Prof ni saiz badan pun bertambah kot tu yg depa bg bilik yg besar tuu.. kami sume gelak ajer sbb faham saiz bilik bukan ikut saiz badan tapi ikut kelayakan. Kalu ikut saiz badan sonok lah mokcik sepanjang hayat... kompom memanjang kami satu famili dapat bilik yg hebak-hebak...



Cafe time bek fast

 
 Kolam renang yg ada kat roof top...yg paling besh adalah hanya adik dan kakak sahaja yg konker ini kolam hahaha... tak dak org lain sbb time peak macam neh tak ramai org yg menginap di hotel ini...


3 hari, 2 malam berkampung di hotel ini kami bertolak balik ke Bangi pada hari Selasa lepas. Tidur di rumah 2 malam ajer pastu terus kami bertolak ke Holiday Villa Cherating pula untuk bertamu di sana selama 3 hari 2 malan juga. Next setori yerrr...



Thursday, March 29, 2012

Alahaiii...

Alahai....

Alahaiiii...

Lama betul la tak jenguk di laman sendiri semenjak dua menjak dan bermenjak-menjak neh... emmmm... bukan tak dak masa nak surf tapi setiap malam asyik duk syok layan ustaz azhar, tu yang membuatkan mokcik macam malas pulok nak hapdet... ampun kenkawan...

Seronok dengar ceramah ustaz neh tup-tup tak sedar dah kul 2 pagi...itu sebulan yg lepas la, sekarang hanya sekadar dengar sampai kul 12.30 mlm jer sbb esok pagi ngantuk tak henggat...

Best betul dengar ceramah ustaz neh, lawaknya yg hiperbola, tegurannya sinis dan ada kalanya kasar tapi tepat dengan nas-nas dan ayat Quran. Selain tu boleh jugak mokcik recall perkataan lama dialek ganu asli yg semakin  lama mokcik lupakan sbb dah lama duk key ell dan kawin pulok ngan org perok lagilah mokcik tak praktis base ganu...

Jom kenkawan dengar kuliah ustaz azhar, tak rugi tapi makin bertambah ilmu kita...dapat ilmu free...



Sunday, January 29, 2012

ENGLESS CHOCOLATE & OREN CAKE

Resepi ciptaan di week end ini nampaknya menemui jalan kehancuran kali neh... hahaha... apa tak nya kek hancur berderai time nak belah, aduyaiiii.... dah jadi cam kek hantu pulok. Nasib baik rasanya sedap walaupun rupa kek macam dah terkena sumpahan hohoho...

Ini adalah kombinasi kek coklat dan kek oren yg tak pakai mentega dan telur yang  dilapis selang seli dengan krim. Atasnya pula mokcik tabur cokelat yg diparut sebagai hiasan. Adunan kek engless ini sebenarnya tidak sesuai utk dipotong-potong dibahagian tengahnya untuk disapu krim kerana kek ini terlalu lembut dan berderai-derai... emmm sebagai pengajaran neh, kalu nk lapis krim kena wat kek spesis lain loh...

Apapun cubaan pertama mokcik nk wat kek berlapis ngan krim neh... agak-agak boleh dimaafkan kot sbb tak sangka pulok terhasil kek versi hantu...


 Oleh kerana kek ini adalah kek coklat dan oren maka hiasan pun diletakkan coklat yang diparut. Dah siap hias baru teringat lupa nak letak hirisan oren, aduiyaa nyanyuk sudoh...


 Kek oren di lapis kek cekelat
 


 Ini untuk jiran sebelah. Walaupun kek dah rupa kek hantu tapi mokcik bagi gak pada jiran tanpa segan silu hohoho... harap-harap jiran masih lalu nk makan.

Tuesday, January 17, 2012

CEKELAT KEK (EGGLESS CHOCOLATE CAKE)

Selain kek ini menjadi peberet mokcik utk makan kek ini juga merupakan kek peberet utk dibuat. Nak tahu kenapa?. Sebabnya kek ini amat mudah utk dibuat. Nak kacau adunan kek ini saling tak tumpah spt kacau tepung wat cucur jer tau tak perlu guna mixer pong... senang sungguh ehhh, bahan-bahan nak buat pun sonang ajork. 

Jadi bila zhafif tanya tak der kek ke hari ini bu? emmm apa lagi yg terlintas difikiran adalah kek inilah sbb tak perlu nak tunggu mentega cair bagai... terus boleh bancuh adunan.

Kek ini setakat ini yg mencipta sejarah kek yg paling byk mokcik wat dalam sejarah hidup mokcik setakat ini. Walaupun dah beberapa kali tayang di sini mokcik gigihkan gak tanpa segan silu wat tayangan jugak tu... hohohoho...

Kek cekelat yg tak pakai telur dan mentega...



Jemput makan... minum pulok ngan air kopi, perhhh nikmat wooo....apsal la kopi mokcik neh nampak cam teh tarik dlm gmbr neh, sebenarnya ini adalah air kopi farmbest tapi ngape colornya cam mandom ajork haaa...

Monday, January 16, 2012

LIGHT BLUEBERRY CHEESE CAKE

Ini kek terbaru yg baru saje kuar dari oven mokcik, cuti-cuti week end neh time tak dak apa nk buat spt biasalah akan dibuat pembakaran... tapi hayat kek ini tak panjang sbb sekejap jer dah habis di tempatkan dengan jayanya dalam tangki kami. Kakak makan 2 keping, adik makan 2 keping dan en. suami makan 3 keping, ibunya pula biarlah rahsia hehehe...tumbesaran yg berjaya keluarga kami neh hohoho...

Resepi Light blurberry cheese cake ini mokcik amek dalam laman dapur Kak Jun. Harap dihalalkan mokcik cedok resepinya yer Kak Jun.

Sebenarnya terdapat byk versi dan style nak buat cheese cake ini, ada yg dibakar dan ada yang tak perlu dibakar pun. Ada yang guna base yg pakai biskut yg dihancur atau sekut oreo. Tapi versi yang mokcik dapatkan resepi ini adalah yg simple tak perlu ada base pun. Ini adalah versi Light cheese cake, mokcik cari yg senang ajork.

 Ni baru jer ditarik kuar dari proses pembakaran. Mula-mula kuar agak mewah jer naik tinggi kek ini tapi bila dibiarkan sejuk seketika dia akan turun skit macam karamel kek gitew...


 Bila dah sejuk, keluarkan dari loyang dan letakkan blueberry, tapi kalu makan cam tu ajer pun ok gak. Yang separuh lagi mokcik  tak letak blueberry sbb en. suami tak suka blueberry yg masam tu.



 Ini pula untuk jiran sebelah kami, tak taulah depa suka dak... harap-harap depa suka lah



Jemput makan








Bahan-bahan
125gm cream cheese (mokcik buh 150gm)
300ml susu segar
80gm butter/majerin (mokcik guna butter)
80gm tepung gandum-diayak
80gm gula halus (mokcik buh 100 gm)
3 biji telur saiz A -asingkan putih dan kuning telur
beberapa titik esen vanilla/jus lemon

Masukkan susu segar dalam periuk. masukkan cream cheese n masak sambil dikacau hingga cair. masukkan butter dan kacau lg hingga cair. Padam api dan ketepikan.

Pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue iaitu betul2 ringan dan tan tumpah bila diterbalikkan. Ketepikan.

Pukul kuning telur hingga kembang. Masukkan adunan cheese tadi, kacau seketika. Masukkan tepung sket2 dan pukul lagi. Pastikan adunan tidak berketul2, kacau perlahan dgn hand whisk. Akhir skali, masukkan campuran meringue dan esen vanilla/jus lemon. Kaup balik hingga rata. Masukkan ke dalam loyang bergris dan beralas dan bakar dalam oven yg dipanaskan dahulu pada suhu 160'c selama 45min menggunakan kaedah 'bain marie' iaitu loyang kek diletakkan dalam loyang berisi air panas. bila sejuk, hias ikut suka..nak makan gitu pon bolehhh!