Sila Klik Iklan Ini

Tuesday, November 20, 2012

VIRUS BERPENYAKIT LAMA MENYERANG LAGI

Aduhhh....

Tak sangka dan tak diduga sama sekali virus yang berpenyakit lama telah bertandang dan berjangkit kembali...

Dahulu kalau secara kronologi virus ini mula dikesan semasa mokcik berumur 18 tahun iaitu semasa tunggu result SPM dan virus ini semakin galak merebak dan terus membiak sehinggalah pada cuti panjang time tunggu result STPM. Mungkin time neh duniaku masih remaja gitew... masih tercari-cari maksud diri...

Namun selepas itu virus ini seakan sembuh seketika seolah-olah telah berjumpa antibodi nya mungkin juga kekangan masa yg menghimpit raga di uni dahulu membantut segalanya...

Sebaliknya baru-baru ini virus itu seakan bertamu kembali setelah Adam dan Hawa tersiar dengan hangatnya di kaca TV dan online sekarang...

Semasa Ombak Rindu dahulu telah ditahan-tahan supaya virus ini tidak bertamu tetapi sekarang selepas Adam dan Hawa ku tertewas jua akhirnya...Emmm... ini lah virusnya...


 Virus membaca Novel... penyakit lama bertandang lagi...Waahhh sumpah macam tak sedar diri hokayyy... usia dah masuk alam remaja purba pong masih lagi boleh berjangkit dengan virus nehhh...Oooo tidakkkk....



Akibatnya dalam tempoh 2 minggu neh 7 Novel di atas telah habis dibaca termasuk 3 novel yang dipinjam dari Library opis. Dan dalam tempoh ini juga sebanyak 7 Novel telah dibeli (3 lagi masih dalam penghantaran). So, kepada kaki novel yang berada di sekitar mokcik kalau teringin nk baca boleh pinjam... no hal...

Ini catatan mokcik yang pertama setelah balik dari Tokyo...wahhh perasan macam lah dah 44 tahun ko duk kat Tokyo nun hihihi....

Semasa di Tokyo mokcik peratikan rakyat Jepun memang suka membaca... di mana-mana mesti ada yang membaca.. Emmm... mokcik ingat itu n3 lain kali lah kalu teringat mokcik nk ngumpat skit pasal rakyat Jepun nih... patutlah dia boleh menjajah negara lain... Rakyat Mesia?