Sila Klik Iklan Ini

Showing posts with label famili. Show all posts
Showing posts with label famili. Show all posts

Sunday, October 16, 2011

DAH RABUN

Esok akan bermulanya peksa (exam) sekolah kakak untuk terakhir sesi persekolahan tahun ini. Ibu doakan moga kakak dapat jawab dengan baik dan tak buat silap. Kalu peksa awal tahun dulu dia ada mengadu tak boleh siapkan Matematik sbb kwn-kwn asyik bising, tak boleh nak pikir katanya. Kali ni harap-harap kawannya kakak semua kusyuk dan tawadduk serta penuh keimanan time jwb exam.

Cerita pasal kakak ni hari tu ada jugak kakak duk mengadu tak nampak apa yang cikgu tulis kat depan. Terus mokcik cakap "kakak duduk lah kat depan baru nampak, cakap kat cikgu nak duk kat depan". Pastu kakak cakap "Kakak dah duduk nombor dua dah tapi tak nampak jugak". Mokcik pun cakap kalu macam tu membontot jer belakang cikgu, ikut jer cikgu mana saja cikgu pergi...

Pagi semalam kakak tunjukkan surat dari sekolah, surat saringan kesihatan. Jelas tercatat dalam surat tu anak tuan/puan perlu memakai kata mata. Apa? baru darjah satu dah kena pakai kata mata? Aduh macam tak percaya la pulok anak dara aku neh kena pakai spek...hilang dah ayunya... ayu ker?

Sebelah petangnya balik dari makan kambing golek dari Putra Mahkota rumah kawan Alang yg buat aqiqah heronya kami  pun lajakkan diri ke optometris sbb nak check mata kakak neh betul ke dah rabun.

Hampir satu jam di kedai optometris tu terkejut kami ngan keputusan check up mata kakak neh. Belah kanan powernya 300 dan belah kiri powernya 200. Agak tinggi tu... Selama ni kami ambil sambil lewa ingatkan tak serius sbb tgk dia cam ok jer. Kalu mokcik dulu power tinggi cam gini masa kat uni kalu tak salah. Lagi satu kakak neh ada penyakit lazy eye kata budak yg buat check up tu. Lazy eye kalu tak dibetulkan visionnya effectnya adalah sampai ke tua lah had rabun itu akan kekal kat situ. So untuk atasi masalah ini kena pakai spek supaya visionnya dibetulkan.

Emmm.. nampaknya dah bertambah lagi sorang waris rabun generasi kami, setelah ibu, ayah dan sekarang kakak pulok kena pakai spek. Harap-harap adik tak ikut jejak kami la lepas neh...Menderita ooo pakai spek neh...Bersyukurlah pada korang yg mempunyai mata sihat segar bugar bak bunga di ladang.

Spek kakak

Saturday, October 15, 2011

LAMA MENYEPI & BESDAY KAKAK

Emmm... setelah berdiam diri, membatu membata dan membati kan diri selama hampir 3 bulan, tetiba rasa macam rindu pulok nak hapdet laman sindri ini. Ramai kwn asyik duk bertanya bila nk hapdet? kenapa tak hapdet? kenapa tak ader berita? dan macam-macam lagi lah... adoyaii jiwa mokcik kacau lah skrg neh, terlalu bizi ngan keja tak leh nak melepak selalu sgt kat sini sbb asyik duk pikir core bisnez yg asyik menimbun ajer saban hari.

Tu la bila takdak blog gatal nk create blog bila dah ada kang asyik tak dan nk hapdet pulok... entahlah sukar nk buat pencerahan dan penjelasan sbb laman ini akan di buka dan ditutup sesuka anak tekak jer. Sekejap timbul sekejap tenggelam, sejekejap muncul sekejap hilang...so kalu lama menyepi tu faham-faham lah yer....

Apa pun kali ni setelah lama tak cerita cerituk hari ini mokcik nk cerita pasal birthday kakak yg ke 7 pada 10 Oktober nan silam. Opah dtg dari kampung nak belanja kami sekuarga sempena birthday kakak ne. Terima kasih byk-byk la pada opah dan ayah long yg susah payah dtg ke sini.

Mula-mula kami makan kek dan aisekerim kat ice room dulu pastu pi ronda-ronda dalam i city shah alam. Last sebelum balik umah kami singgah mkn western course kat village view pulok. Bleh katakan mlm tu dipenuhi aktiviti mkn dan jln-jln jer la... waaa bagia-bagia wey...

Hazel nut cheese cake, sec resepi pilihan kakak sendiri. Dalam byk-byk cheese kek kakak pilih kek ini tapi mokcik secara peribadi tak rekeman kek ne sbb cheese dia tak berasa sgt pun...cream je terasa lebey, sedap lagi kek yg Cik Nor beli masa jamuan raya floor ari tu.

 
Kakak yg tak sabar nak mkn kek


Ni aisekerim seteroberi, Kakchik punya (sepupu kakak)


Kak Yon (sepupu kakak) tersengih kegumbiraan bersama aisekerim choc nut nya.

Friday, March 18, 2011

HARI ULANG TAHUN ATM

Siaran tunda menunda lagik neh...Hari minggu beberapa minggu nan silam kami secara sengaja dan secara sukarelanya telah terjebak dengan pameran Ulang tahun ATM ke 78 kat Dataran Merdeka. Kami ke sana sbb adek ai yang kejanya askar nun datang dari Lipis ke KL sbb kena berjaga-jaga untuk persiapan pameran neh. Selalu dialah kena kerah datang sini kalu ada apa-apa event, perbarisan, atau apa-aper ulang tahun yg memerlukan depa kena kawat dan cek barisan. Maklumla saya yang menurut perintah katakan.

Mokcik tingin benor tengok keta kebal jalan, tu yg gagahkan jua sanubari ku nak ke sini. Kalu ikutkan ati memang cam liat jer urat saraf mokcik nak dtg tempat berpusu-pusu dengan homo sapien neh. Nak nak pulok kena hangkut adik banak yg berderet neh cam sengal jer rasa tulang temulang nak bergerak.

Malu sebenarnya mokcik nak kobar rahsia neh...walaupun dah 15 tahun duk KL tapi inilah kali pertama mokcik join event sebegini kat dataran hehehe, wat malu jer kan? Maklumla mokcik tak suka tempat yg hinggar binggar dan kena berebut rebut ngan makluk tuhan paling seksi yg lain... semak palo otak ehhh... 

 Kami bertolak agak lewat dari Bangi, ingatkan dah tak sempat tengok keta kebal dah sbb dah hampir kul 10.00 pg



Nasib kami baik sbb walaupun sampai lewat perbarisan lum tamat dan tertunai hajat mokcik nak tengok keta kebal bergerak


Encik keta kebal


dan en. kebal lagik


Pastu kami ke khemah survival pulok. Dlam khemah ni ada dipamerkan camner askar survive dalam hutan, buah-buah hutan, perangkap yang dibuat dan juga binatang seperti ular sawa, landak, ayam dan macam-macam lagik.

Time kami di sini manusia makin berpusu-pusu dtg dan mokcik tak sempat nak amek gmbr aset terbaru ATM iaitu keta kebal pemusnah keta kebal yang dibeli tahun 1986.



Lepas tu perhatian kami beralih ke angkasa raya sbb ada pertunjukan payung terjun. Sebelum depa terjun depa jatuhkan dulu bendalah aper ntah namanya yg digunkan sebagai penanda aras pergerakan dan halaju angin.


Tak lama kemudian depa pun terjun. Ada 2 group yg akan turun. Group pertama seramai 8 orang dan group kedua juga seramai 8 org tetapi geng komando

Asap merah neh dibuat sebagai penanda tempt mereka landing kang tersalah landing kang tersangkut kat manara DBKL kang pulok. Adik mokcik bagitau masa hari Sabtu ada sorang tuh landing nyaris nak tersangku kat tiang lampu dataran neh.. silap bajet kot.


Kalu ikutkan tmpt untuk depa landing tu kecik ajer sbb separuh daripada padang tu dah penuh ngan kerumunan manusia. Sib baik depa sume profesional boleh landing ngan jayanya... tak tersasar atas mana-mana palo pengunjung.

 
 Peserta last untuk group pertama


 Neh group kedua mula turun, sume geng komando neh


Wahhh depa landing ngan bergaya sekali, smooth jer dan tak dak yang tergolek sume landing cam jalan-jalan cari makan jer...


Persembahan terakhir dari ATM adalah gimik tebusan yg depa guna bahan letupan betul. Sementara tebusan di selamatkan di jalan raya, 3 heli stanby kat atas palo kami di dataran neh... wah rasa cam nak perang pulok weyyy...Sebelum tu ada gak pertunjukkan motosikal dari unit khas depa yang lompat 8 bijik keta. Mokcik tak leh amek gmbr sbb ramai sangat manusia kat situ, nak tengok pong tak nampak.


 Geng komando neh, depa dibezakan ngan warna barret dan lipatan lengan baju. Yang mokcik perasan geng komando neh kecik-kecik, halus halus, kurus kurus jer saiz depa neh...


 Japih, kakak adan Alang


Japih ngan Ayah The (adek mokcik no. 5 yg keja RAMD, barret ijo jer). Susah tul nak cam depa neh cam same jer sume... kena perati tul-tul baru leh kenal, dah lah kulit sume cam sama tona colornya... 



Monday, February 28, 2011

TAMPAR MENAMPAR

Ini adalah kesah pasal si kakak. Katanya "ibu kakak tampar kawan kakak lagi.

Ibu: hahh!!!! kakak tampar kawan lagi?Jangan suka tampar orang kak nanti cekgu marah...

Kakak: Habis tu Aida tu cakap kakak setan, nanti kakak kuar tanduk. Kakak bengang lah...

Ibu: terus terdiam. sejak bila pulok anak aku pandai cakap bengang nehh...

Agaknya macam neh kah gayanya kakak menampar kawan nyer itew?... gambar dari en. goooogle neh...


Kadang-kadang tu terpikir gak, padan muka kawannya itew kena tampar sbb mulut cam berus uoollss... sesuka ati sesedap gigi dia jer nak beruskan orang cakap macam-macam...itu yang tamparan wanita (ehh wanita ker) hinggap di muka...

Dan pernah satu hari tu kakak cerita katanya si Aida ni pernah panggil kakak dengan panggilan bab* tau. Pastu kakak terus bagitau ustazah. Ustazah kata "tak per lama-lama nanti dia yg akan jadi bab*.

Apalah ustazah ni, patutnya selaku ustazah kenalah bagi tazkirah dan pesan pada Aida si mulut berus ni ataupun marah skit pada Aida ni barang seharakat dua harakat supaya yang dia tidak mengeluarkan kata-kata yang amat tidak sopan dan tidak santun itew... opss lupa cikgu dan ustazah sekarang tak leh marahkan budak di sekolah nanti mak pak datang mengisytiharkan perang pulok... kesian nanti tak pasal-pasal kang ustazah tu tak bergaji...

Itulah budaya bebudak zaman sekarang, kalu difikirkan memang takut nak besarkan anak-anak di zaman lor neh... (tetiba teringat iklan nescafe dedolu... sape masih ingtkan lagunya sila nyanyi sekarang..."anda anak zaman ini, gaya hidup serba kini... sila lah sambung sindri mokcik tak berapa ingt maklum la ingatkan bertambah berkarat ajer skrg).   Kalau nak dibezakan dengan zaman kita dulu, agak tersimpang jauh sekali lah. Istilah/panggilan bab* ini tak der dalam kamus hidup kita apatah lagi nak panggilkan orang dengan panggilan sebegini. Rasanya istilah/panggilan ini femes ketika mokcik dah mai KL dah iaitu apabila kes JE dan HINI melanda negara dengan hebak. Masa tu ingat lagi tv pong tak panggil penyakit ini dengan istilah bab* sebaliknya khinzir...

Friday, February 25, 2011

PROJEK LADANG

Masih kesah pasal famili di kampung lagi neh...Oppss tapi sebelum tuh berita pasal pengumuman pakai tali pinggang belakang akan diwajibkan bulan Mac nanti. Sape yang tak pakai akan kena saman. Tetiba Mak Alang kata keta dia tak dak tali pinggang belakang, so dia kata 'penumpang tidak dibenarkan' hohoho....

Emmm kalu macam tu pada mana-mana keta yg spesis agak dewasa skit yg tak dipasang ngan tali pinggang belakang neh dan mungkin owner nyer jugak buat lupa-lupo nak pi pasang akan bertukar fungsinya tak ubah seperti motosikal or beskal sbb hanya boleh muat 2 org ajo bukannya 5 orang. Kalu masukkah gak 3 orang tambahan kat seat belakang akibat nya owner akan bagi duit free kat en. polis... fikir- fikirkan...

Okaylah berbalik pada setowi tadi mokcik nak royak pasal projek ladang sawit kepunyaan Mok Ngoh & co ini yang rega riban-riban. Habislah mokcik kalu Mok Ngoh marah ngan n3 neh...Walaupun hanya 7 hektar atau ekar hak mana satu mokcik tak pasti neh, ongkosnya boleh tahan jugak lah ribannya. Ada jiran kami tu pulok buat projek mencucuk tanam sawit ni sampai 20 hektar/ekar ... pasti kaya tahap itik lah brother tu bila ladang tu kuarkan hasil nanti.... emmm mokcik pong kena pikir neh nak start bisnez apo eehhh... idea tak mai, idea tak mai...

Ladang Mok Ngoh nampak cam berbukit macam ladang tok ki ajor..


 Anak-anak sawit yg baru dibeli untuk disemadikan di sini


 Bukit lagi, kalu sebelum neh bukit di sawah ni bukit di ladang sawit pulok. Tapi bukit ini adalah sementara, bila pokok-pokok ni dah ala-ala remaja maka bukit ini tak akan kelihatan lagi...


 Mok Ngoh dibelakang sekali nun, Pok Ngoh (en. suaminya), Mak Anjang (adek mokcik no.7) Mat Apiq dan Pok Su

Mok Ngoh & Co juge sebagai tokey RMS Engineering (nama company pong sempena nama dia dan famili. Adek badik kami semuanya nama bermula 'R').


Mak Alang (adek mokcik no. 6) yg girang seperti kanok-kanok rebina. Dia neh ajor dalam famili yg mewarisi saiz genetik tok mek dan pok sedaro mokcik, hak lain sume dah bertukar jadi saiz spesis hippo doh lo neh... 

Thursday, February 24, 2011

SAWAH DI KAMPUNG

Sawah di kampung? Ade ke sawah di bandar? oppss lupo nak ucap tahniah dulu lah. Di sini mokcik ngan raso bebesar hati, jantung dan limpo nak ucap tahniah pado pasukan Mesia atas kejayaan kalahkan Pakistan dengan 2-0, bekalan yg tak berapo nak seleso utk round kedua di Lahoe, pado Mac nanti.. Apo pong mogo hangpa sumo boleh cas tenago utk lipat gandokan usoho utk next round supayo monang bosar nanti... Tetibo mokcik kecek nogori... ontah betul ko idok... ini boleh mendatangkan marah pado Lin Bam Bam dan kak Kherun nihh.

Oleh kerano mato pun tak ngantuk lagi walaupun dah pukul 12.55 am mokcik nak buat karangan skit lah kat sini lah. Berbalik pado tajuk seperti di atas ni, mokcik nak kobar pasal cerito berkenaan sawah bendang ni hah... Jangan ingat nogori hang jer Peruz duk ado sawah bendang bagai tau... negeri kami pong ada gak, berlambak-lambak bendang ado tau tapi org lain punyolah lah bukan mokcik punye...

Sebenarnya sawah ni adolah kepunyaaan Pok Sedaro mokcik yg tinggal di Besut nun. Orang Besut ni depa kecek Kelate sbb asalnya menurut cerita dari mulut ke mulut bukan pernafasan mulut ke mulut yo atau bukan jugo cemolot  tau eeee...daerah Besut ni walaupun kepunyaan Tengganu tetapi asalnya adalah jajahan Kelate. Menurut kesahnya daerah ini terpakso di bagi free kat Ganu sbb Kelate kalah sabung ayam maso zaman nek nek moyang kito dulu...Wah untung..untung.. untung besar neh. Hanya bermodalkan tenago empat kerat ayam ajork dpt miliki satu daerah weyyy... Pasal apo la depo tak lawan ayam lagi, kalu dak musti lagi byk daerah kelate dapat kat ganu...hohoho... naik takat didih kolesterol ore kelate bilo baco nehhh. Oooo lupo pulok tidok buleh sabung aye sbb hare deh, yg boleh hanyolah kilat sabung menyabung.

Dipendekkan karangan pada CNY nan silam kami telah balik Besut iaitu kampung di atas kampung, maksudnya kampung kepada kampung mokcik yg dulu... Fenin ker? Kalu fenin kita setowi lain kali lah kesah kesah kampung di atas kampung neh.

Kami balik sini sbb Pok sedaro mokcik buat kenduri arwah kerana abangnya yg sulung atau Tok Ki Long telah kembali ke rahmatullah. Sebelum sibuk ngan kenduri kami sibuk pi lanyak sawah Pok Sedaro mokcik ni dulu sampaikan batas yg tak berapa kering habis lunyai kami tapak kaki kan.

 
tadaaa... enterprem skit, posing maut neh walaupun dah mencapai kejayaan yang besar dalam aspek peningkatan dan pelebaran saiz baju bukan pelebaran jalan rayo yooo... jangan silap- jangan silap.

 

Matohari nak jatuh dah ehhh... Ini adalah salah satu perkara daripada 3 perkara yang dikenal pasti boleh membuat jiwo mokcik tenang iaitu pertama melihat matohari jatuh, kedua melihat baby tengah syok tido dan ketigo adolahh...jeng.. jeng...jeng cubo teko...

Tetibo muko enterpem neh lagi... tepi lah pembaco nak teko neh, menyibuk ajor, kang ku sekeh kang...


Teekkkk maso dah habis...Ketigo adolah ketiko melihat burung-burung bertebangan pulang petang.... sejuk ati mokcik, musti korang pelik dan tertanyo-tanyo kenapo kang?... ada kesah sebaliknya, nanti dipanjangkan dlm n3 lagi pulok deh....


 
Kalu di cito pasai burung di atas dlm n3 ni jugok nanti tak habis 4 hari 4 malam kesah sawah bendang ni.



Tali air yg byk ikan ni, selalu pancing dan pukat mengena ngan ikan keli, haruan dan puyu... sedapnyer puyu bakar... ehh sini pun banyak belut tau....


Pandangan sisi dari umah pok sedaro kami


Sawah yg baru ditabur benih

Padi yg masih pada tahap baby lagi neh...Tengok batas yg belah kanan tu sume bahan bukti tapak kaki kami tinggalkan.


Sawah dan bukit


Sawah pok sedaro mokcik ni mengadap bukit yg besar tau... yg macam rumah itu pulok adolah baglo mewah kepunyaan en. kambing-kambing Pok Sedaro mokcik, cam pelik pulok tengah sawah ada kambing sbb spesis yg biasa bersenda gurau di sawah ni adalah burung bangau putih.

Bukit yg mendamaikan. Di kaki bukit neh depa tanam pokok-pokok getah, sapo punyao ntahlah lupo pulok nak imbestigate...rego gotah tengah mahai skrg wooo, bergetah-getah mencanak naik rega en. getah sekarang...


Ini adalah siput sawah, buleh makan tau siput neh, macam siput sedut yg ado kat market nun. Nanti mokcik setori pasal resepi siput sawah neh setelah gmbr terbaru masak lemak siput diperolehi nanti.




Baby padi yg tumbesarnnya agak terencat dan tidak sebaya. Menurut Pok Sedaro mokcik sekarang teknologi tanam padi dah hebak skit doh sbb time tanam padi main tabur je pastu padi tumbuh kalu dulu padi kena semai dulu pastu cabut balik dan tanam balik supaya line nya supaya lurus, cam cito kunpu Jet Lee ke Jackie Chan, dah lupo pulok ehhh...



Pok Su tengah mereng melayan kerenah kakak dan Japih nak main air sawah yg banyak lintah dan pacat tu....


Ni lah tokey sawah tersebut di atas, pok sedaro mokcik a.k.a abg tokmek (mok mokcik lah tu). Muko depa berduo neh potosetet lah...Dah lah saiz tumbesarnnya depa lebih kurang ajor, macam spesis ayam seramo tapi yang herannya bila tang anak dan cucu memasing sume spesis hippo pulok doh ehhh...Tak paham betul aku (pinjam ayat Leman jap)

Thursday, February 17, 2011

FAMILY DAY DI CAMERON HIGHLAND

Oleh kerana kehazaban dan keberatan jejari nak habdet laman rumah sindri ini maka mokcik persembahkan siaran tertunda ni....

Oleh kerana penyakit keberatan jejari ini amatlah bermaharaja lela sekali maka cerita kali ni pong adalah berkisar mengenai setowi yg dah lapok berkulat iaitu cerita lpasal tahun lepas lagi. Citer mengenai  family day kuarga mokcik yg diadakan di Cameron Highland akhir tahun lepas. Mokcik masukkan juga citer kat sini sebagai kenang-kenangan. Tahun yg sudah kami hangkut satu famili gi tasik kenyir dan tahun lepas giliran negeri Pahang pulok.

Percutian ini telah ditaja oleh adik mokcik iaitu mok ngoh. Semoga company mok ngoh RMS Engineering bertambah ong dan ong dan ong hendaklah. Boleh lah banje kami pi makan angin di tempat yg besh besh lagi gitew. Kalu dpt untung berkoyan-koyan lagi bagus sbb bleh kita pergi ke tempat yang bermewahan skit... hohoho...

Plan tahun ni giliran Negeri 9 pulok, harap-harap plan nak pi Legend Water Chalet tu menjadi dengan jayanya hendaknya lah...

Hotel tempat kami bermalam dan bersiang selama 2 hari


Inilah mok ngoh tokey besar RMS Engineering dan familinya yang menyeponser keriangan kami selama 2 hari di sini



Pagi tu lepas sarapan jer kami terus buat aktiviti memetik seteroberi kat Kg Sedia ni... Ni adik bongsu  mokcik neh


Seteroberi


Yang tak nk petik seteroberi pulok dengan lahapnya menyenduk sekerim seteroberi bermangkuk-mangkuk yang dijual di sini. Yang herannya time sesejuk cam gini pong masih gigih mengunyah sekerim tulll... Acara menyenduk sekerim ini telah diketuai oleh kakak sbb kakak dah 2 kali dtg sini.


Mat Japih dan Mat Piq (anak mok ngoh) sepupu sepapat ni...


Hidung Mat Piq yang macam mickey mouse sbb jatuh tersembam kat kedai malam tadi


 
Lepas puas melahap sekerim kami terus ke ladang teh boh. Tobat tak mau mai doh sini, jalan dia cukup mendebarkan... dah la sempit satu keta je celus tau, curam pulok tu, selekoh tajam nyerinya tok sah citer lah pastu kena kongsi jalan dengan lori yg asyik kuar masuk jer... ditambah plak hujan turun dengan lebatnya hish hish hish...sesedap rasa sungguh debaran nak sampai ke sini...



Oleh kerana hujan turun dengan hebatnya maka tersangkutlah kami kat cafe di atas bukit nun... apo yg lucu tu mokcik wey sampai tersongeh ajork?


Sambil menunggu hujan reda kami pekena teh o satu kole bersama scones dan...



carrot cake bersama ice lemon tea...
teh satu kole telah ditaja oleh mok ngoh lagi...




Hujan dah reda skit kami pi kilang teh boh yg ada kat belakang cafe ni. Malangnya time kami sampai tak bleh tengok camner teh diproses sbb depa tak kutip daun teh hari tu...



 

Dah turun dari ladang teh boh kami pi taman bunga dan taman lebah yang ada di perjalanan turun dari bukit boh. Taman orkid time kami sampai dah tutup pulok...malang sungguh...


 

Japih bersama bunga sebelum buat aksi stunt di sini


Dan yg teramat malang adalah Japih dengan selamba kura-kura telah membuat aksi terjun tirup untuk membuat tangkapan ikan yang ada dalam kolam di belakang tu... hish hish hish... Sib baik pok ngoh dengan pantas menarik japih keluar, kalu dak dah kembung perut tu masuk air ngan ikan-ikan sekali. Dah lah baju spare tak bawa, terpaksalah japih pakai pampers jer mengharungi suhu yg sejuk di sini sebelum bantuan baju baru sampai.


On the way balik hotel kami singgah di ladang bharat tea pulok

Niat tak nak singgah pong kat sini sbb bleh singgah time balik esok tapi...


Namun terpaksa singgah jugok sbb kena beli baju baru Japih yang dah berbau ikan tadi. Inilah baju barunya....