Sila Klik Iklan Ini

Showing posts with label Dessert. Show all posts
Showing posts with label Dessert. Show all posts

Thursday, July 18, 2013

PUDING OREO

Berbuka hari ke 8 ni, mokcik masak puding oreo jer...cita-cita nk masak martabak megi untuk berbuka tak kesampaian bila tetiba bertukar haluan nak masak puding oreo ni. Tapi nasib baik jugak selera bertukar last minit tak jadi masak martabak megi tu sbb en. suami balik dari opis singgah di param dah belikan 2 ketul martabak daging, kalu dak berlambak-lambak la martabak atas meja mkan kami.

Cara nk buat puding ni hamat la senang nak pulok kalu pakai serbuk agar-agar, meme mudah sungguh. Untuk kenkawan yg duk tertanya-tanya resepi ni kalu tak sedap ampun bebanyak yerr...tapi kalu ikut selera  mokcik anak beranak ni memang sedap ler kalu nk dibandingkan dengan agar-agar sirap yg merah tu hihihi.

Puding oreo

Bahan-bahan:
1 paket serbuk agar 
600 ml air
400 ml susu segar/ susu cair
4-5 sudu gula atau 1/2 cawan gula (ejas ikut selera kemanisan masing-masing)
1 paket biskut oreo (dibuang intinya dan dikisar halus gula blender kering)
Sedikit esen vanila atau daun pandan (ikut selera)

Kekdahnya:
  • Masak agar-agar hingga larut bersama air dan gula. Sila ikut kaedah penyediaan yg tertulis pada paket agar-agar tersebut sbb ada serbuk agar-agar yg memerlukan air mendidih dahulu dan ada yang sebaliknya.(Jika tidak agar-agar akan merajuk utk melarikan diri dan melimpah ruah keluar dari periuk anda)
  • Bila agar-agar dah mendidih masukkan susu dan esen vanila. Kacau seketika supaya sebati dan padamkan api.
  • Letakkan serbuk oreo yang telah dikisar tadi dalam acuan, ratakan dengan perlahan-lahan dan  jangan tekan nanti oreo tidak sebati dengan agar-agar.
  • Tuang agar-agar perlahan-lahan ke atas serbuk oreo di dalam acuan supaya  serbuk oreo tadi tidak berselerak.
  • Biarkan sejuk, boleh masukkan dalam peti ais bila agar-agar dan mula menyejuk.
Selamat mencuba yer kenkawan.... kalu tak sedap ampunnnnn jangan murka. hihihi.

Friday, July 12, 2013

Resepi Peach Cobbler

Salam Ramadhan Al Mubarak...

Selamat berpuasa, selamat bersahur dan selamat berterawih kepada rakan taulan dan sahabat handai sekelian..

Bulan posa ni kalu wat Peach Cobbler kan besh, sekali sekala dan dua kali dua kala ubah sikit selera anak tekak kita kepada mknan mat salleh ni. Resepi ni mokcik amek dalam novel 5 tahun 5 bulan karya Hlovate. Sekrang ni novel macam-macam ada bukan setakar kisah cinta cintun ajer tau.. So, mintak kongsikan resepi yer tuan tanah... ekekeke.

Kebetulan pulak mokcik pernah mkn spesis makanan ni Hotel Hilton time APC tapi nenas punya bukan peach. Rasanya dedolu pun pernah mkn gak bendalah ni kat Hotel Bintang Seremban tapi Apple punya perasa... So kali ini kita try wat peach pulop yer..

Peach Cobbler
Bahan-bahan:
1 cawan tepung gandum
1 cawan gula halus (mokcik masukkan sedikit gula perang dan kurangkan gula halus tu)
1 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
275g mentega
3/4 - 1 cawan susu segar
1 tin buah peach
1 sudu kecil serbuk kayu manis
3 sudu besar gula

Kekdah Pembuatan:
1. Cairkan mentega dalam ketuhar dengan suhu 190 darjah. Gunakan bekas kaserol 13X9X2 sm. (Tapi 
     mokcik hentam kromo jer pakai bekas seperti tergambar di atas hihih)
2. Adun tepung, gula dan soda bikarbonat
3. Masukkan susu segar dalam adunan dan adun sebati hingga tidak berketul-ketul.

Cara 1:
1.Tuangkan adunan dlm bekas kaserol yang berisi mentega cair
2.Siramkan jus peach ke atas adunan
3.Susun peach atas adunan
4.Taburkan serbuk kayu manis dan gula

Cara 2:
1. Susun peach atas mentega cair dalam bekas kaserol
2.Tuang adunan ke atas peach

Bakar pada suhu 175 - 190 darjah selama 45 minit hingga 1 jam atau sehingga menjadi perang keemasan.

Mokcik buat Cara 1, Cara 2 belum buat try buat lagi.

Tuesday, November 22, 2011

PUDING CENDOL BERSANTAN

Hari ini sana sini san sume orang duk gebang pasal bola. Pagi-pagi lagi kami dah jadi pengulas sukan selepas acara sukan, time sukan berlangsung kami jadi coach depan tv, tapi coach neh lain mcm skit sbb player tak ikut ckp kami pong hehehe.

Tahniah kepada team Mesia kerana berjaya kalahkan musuh kita yg sememangnya musuh dlm segala byk hal. Syabas kerana berjaya bawa pulang ibu segala pingat dlm sukan ini. Tapi mokcik masih tak puas hati tengok sorang striker tu main. nama jer striker tapi tendang penalti pun tak masuk. Camner la coach bleh letak harapan pada dia. Pengulas sukan kat arena pun ckp tendangannya lemah dan dia byk  mensia-siakan peluang gol yg ada dan byk lagi la komen tak puas hati pengulas tu...mokcik setuju sesgt, sib baik dia bukan player negeri mokcik, kalu dak mau kena sumpah 14 harakat lagi.

Sukan ni pun dah habis, jom mengetatkan tali perut kita pulok. Mai lah tengok resepi yang mokcik ngetest  ini. Resepi ini mokcik cedok dan diadaptasikan dari resepi puding cendol Chef Haniliza. Mintak izin yer chef mokcik tempek resepi di sini utk dikongsi bersama dan mokcik mintak maap skit sbb penderhakaan telah dibuat iaitu mokcik tak pakai gula melaka pun dan mokcik tak pakai susu cair, mokcik pakai santan kotak jer. 


 Puding cendol bersantan




Bahan-bahan:
1/2 paket agar2 
3 gelas air
1 cawan gula
1 cawan susu cair (mokcik ganti ngan santan kotak)
2 cawan cendul
1 cawan gula merah (mokcik tak letak pun, mokcik letak pes pandan jer)
Sedikit pes pandan

 Cara Masak:
1. Rebuskan agar dengan air sehingga mendideh.
2. Masukkan gula dan biarkan mendideh lagi. Tapiskan.
3. Bahagikan adunan pada 2 bahagian.
4. Bahagian pertama dimasukkan pes pandan.
5. Kacau rata dan tapis.
6. Masukkan sedikit dalam acuan dan biarkan agak keras tetapi jangan keras sangat nanti tidak melekat.
7. Bahagian kedua dimasukkan santan dan cendol.
8. Kacau rata dan biarkan mendidih. Tuangkan perlahan-lahan atas adunan pes pandan yg telah sedikit sejuk dan biarkan mengeras.
9. Hidangkan

Saturday, October 22, 2011

DURIAN PAN CAKE

Semalam semasa makan tengah hari kat Armada Hotel, PJ seperti biasa makanan yg wajib kami kunyah adalah Durian Pan Cake ini, speciality hotel ini. Woo lazat ooo...

Terus mokcik teringat yang durian pan cake yang mokcik dah lama buat dedolu belum di post lagi. Maklumla dah berbulan berbuli berbulun duk menyepikan diri...

Memang tak dinafikan durian pan cek di hotel ni amat menggoda sama lazatnya ngan durian pan cake chicken rice shop. Setiap kali ke hotel ni pasti kami tak kan lepaskan peluang mencekik durian pan cake yg lazat ini. Di hotel ni durian pan cake di masak panas ala carte macam masak scramble egg itew, siap digoreng terus chef masukkan dalam pinggan kita. Emmm marbeles...

Mokcik duk perati jer camner chef tu buat durian pan cake ni. Kekdahnya sama ngan buat martabak. Jom layan resepi yg mokcik main agak-agak jer nih. Tapi yang penting en.suami pun suka, siap tanya lagi bila nk masak lg martabak durian. Amek ko martabak durian tuuu...tak yah nk tergeliat lidah menyebut ala-ala omputeh.

Durian pan cake



Bahan untuk kulitnya:
  • 3 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan susu pekat
  • Sebiji telur
  • Air garam secukupnya untuk uli doh
  • Minyak masak dan marjerin secukupnya utk diperap
Uli semua bahan di atas (kecuali minyak atau marjerin) selama setengah jam supaya menjadi doh yang lembut.

Buat bulat-bulat doh dan perap beberapa jam bersama minyak dan marjerin. Pastikan doh mendapat rehat dan diperap secukupnya, jika tidak doh akan menjadi liat bila sudah masak.

Bahan untuk intinya:
  • Beberapa ulas durian dibuang bijinya
  • Gula secukupnya. Lebihkan gula jika mahukan rasa yang lebih manis
Masukkan durian dan gula di dalam periuk. Kacau sebati sehingga gula cair. Boleh juga dimasukkan sedikit tepung kastad untuk memekatkan inti tapi mokcik tak letak pong.

Kekdahnya:
  • Canai dan tebarkan doh spt membuat roti canai.
  • Sapukan inti durian dan lipat macam buat martabak
  • Goreng spt buat martabak sehingga masak sambil dibalik-balikkan.
  • Sedia untuk dihidang

Ini pula untuk jiran kami




Thursday, October 20, 2011

PUDING KOKTEL BERKUAH

Ini adalah resepi ikut suka anak tekak, Almaklumla semenjak dua menjak dan bermenjak-mnenjak neh tekak mokcik rasa macam nak makan makanan berkuah jer. Macam-macam resepi mokcik jumpa pasal puding koktel neh. Ada yg buat macam puding kastad berkuah tapi yang mokcik buat ini pakai agar-agar segera nona,

Puding koktel berkuah




Bahan-bahan utk puding
  • 1 paket serbuk agar-agar segera jenama nona
  • 3 cawan air
  • 1 cawan susu cair
  • 5 sudu gula

Masakkan serbuk agar-agar segera bersama semua bahan di atas sehingga hancur dan mendidih. Sejukkan dalam acuan kesukaan. Mokcik letak dalam bekas biasa jer sbb nak potong jugak nanti bila dah keras,

Bahan-bahan untuk Kuah Koktel
  • 1 tin buahan campuran
  • 1 tin susu cair
  • 1 cawan air
  • esen vanila
  • secubit garam
  • 5-7 sudu gula (ikut citarasa kalau nk manis boleh tmbh lagi)
  • 1 sudu kecil tepung kastad (pilihan kalau nah hidang tak nk letak ais tak payah letak tepung ini. Mokcik letak tepung ini supaya kuahnya pekat sikit sbb mokcik nak hidang dengan memasukkan ais ketul. Sejuk baru best...  laju jer merempit dalam highway tekak. 
Panaskan susu cair bersama semua bahan di atas kecuali buahan campuran ambil airnya sahaja, ketepikan buahan dahulu. Tepung kastad hendaklah dibancuh dengan sedikit air dahulu baru masukkan dalam periuk. Masak sampai mendidih dan hendaklah dikacau selalu. Sejukkan.

Cara hidangan
Campurkan puding yang telah beku dan telah dipotong kecik bersama buahan  campuran,

Tuang kuah koktel dan masukkan beberapa ketul ais. Sedia untuk dimakan.





Monday, October 25, 2010

PUDING ROTI

Hari ni mokcik nak kobarkan pada kenkawan resepi puding roti yang amat senang dibuat ini. Sambil bersenang lenang  dan  time tengah bersuka ria pong boleh buat tau...

Resepi ni dicedok dari senarai 100 Resepi Kuih Muih Malaysia. Izinkan mokcik membuat cedokan pada resepi ni yer tuan tanah...

Mokcik bakar puding ni guna 2 bekas berasingan, 1 untuk kami sekuarga dan satu lagi untuk jiran sebelah. Senang dan tak yah nak agih-agih atau bahagi-bahagikan puding ni masa nak bagi kat jiran. Siap bakar terus hulur atas pagar jiran sebelah gitew. Tengah panas-panas ko, kesian jiran sebelah sakit jari jemarinya masa amek puding ni dari mokcik... ampun jiran jangan marah yoo...

Ini untuk kami sekeluarga


Ni pulok untuk jiran sebelah kami.
Bahan - bahan

Sos kastad:
  • 1 tin susu cair
  • 2 sudu makan tepung kastad
  • 2 sudu makan gula
Cara masak sos kastad:
  • Gaulkan semua bahan
  • Didihkan sebentar di atas api.
Puding:
  • 500 ml susu segar
  • 8 keping roti
  • 2 sudu makan mentega
  • 4 sudu makan gula halus
  • 2 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1 sudu makan tepung jagung
  • 2 sudu besar kismis hitam (mokcik pakai 1 kotak kecik je)
  • 2 sudu badam keping (optional). Resepi asal tak taruk badam ni. Ini adalah resepi penderhakaan dari mokcik. Ampunkan hamba duhai tuan tanah empunya resepi. Penderhakaan ni dibuat dengan sengaja sbb masa mokcik makan puding ni kat Hotel Cititel, depa taruk badam keping ni, tu yang mokcik try taruk gak tu... emmm sedap rasanya sebab crunchy skit).
Cara masak puding:
  • Rendam roti yang telah dipotong 4 dengan susu selama 30 minit di dalam loyang dan ketepikan seketika.
  • Gaulkan dan kacau hingga rata mentega, gula halus, telur, esen vanila, tepung jagung dan kismis hitam
  • Tuangkan ke dalam loyang roti tadi dan taburkan kepingan badam.
  • Bakar dalam oven pada suhu 180 selama 30 minit/ hingga masak
  • Angkat dan sejukkan
  • Tuang sos kastad semasa menghidang.



Thursday, September 30, 2010

PUDING KARAMEL

Mari kita lihat bebahan untuk buat puding karamel ini, peberat mokcik nih... 

Puding ni acara wajib semasa bulan posa ari tu. . Dalam bulan posa ari tu 4 atau 5 kali mokcik buat puding karamel ni. Mokcik buat spesis bakar dan spesis kukus hanya dibuat sekali jer. Sebabnya mokcik lebih gemar spesis bakar kerana tekstur lebih pejal dan lembut. Nak masak pun tak yah nak tunggu atau nak tengok selalu, biar je dia duk diam-diam dalam oven jer...tup-tup cukup 40 minit angkat keluar.

Kang amat senang tu yer adik kakak semua. Hari bekerja pun bleh buat, tak payah nak tunggu hari cuti jer baru nak buat. Mokcik balik opis pun sempat masak puding ni untuk berbuka tau. Oleh kerana kerap sangat buat puding ni maka mokcik yang tukang buat, mokciklah yang tukang perabihnya jugakk...hohoho

Bahan-bahan 
  • 400ml susu segar
  • 5 sudu gula halus
  • 5 biji telur
  • Beberapa titis esen vanila
  • 1 sudu kecil tepung kastard. 
Karamel
  • 9-10 sudu gula
  • 1/2 cawan air

Kaedah Membuatnya
Untuk Karamel:
1.  Masukkan gula ke dalam periuk dengan sedikit air sahaja dlm 2 sudu je (air dari 1/2 
     cawan  tu yer).
2.  Masak di atas api sederhana. Bila gula jadi perang dan berbuih masukkan lebihan air
     yang 1/2 cawan tadi.
3.  Masaklah sehingga perang dan tuang ke dalam loyang.
4.  Ketepikan.


(Tips: Tujuan memasak gula bersama 2 sudu air adalah untuk mengelakkan gula cepat hangus dan pahit. Tapi masak menggunakan kaedah ini agak lambat skit gula nak bertukar menjadi karamel berbanding masak gula sahaja.

Cara Memasak
  • Masukkan kesemua telur dalam mangkuk dan pukul sedikit sahaja supaya semua telur sebati. Jangan pukul terlalu kuat atau lama nanti telur berbuih.
  • Dalam periuk lain panaskan susu bersama 5 sudu gula dan beberapa titis esen vanila. Kacau perlahan.
  • Masukkan 1 sudu kecil tepung kastard kacau perlahan supaya tidak berketul-ketul. Panaskan seketika sahaja jangan sampai susu mendidih.
  • Masukkan sedikit demi sedikit telur yang telah dipukul tadi sambil dikacau supaya telur boleh sebati dengan mesranya dalam adunan susu.
  •  Angkat, tapis dan tuang adunan ke dalam loyang karamel tadi.
  • Bakar selama selama 40-45 minit pada suhu 150 degree.
  • Pastikan loyang karamel dimasukkan dalam bekas yang berisi air panas sebelum dimasukkan/ dibakar dalam oven. Jangan lupa step ni, kalau tak, tak menjadi karamel anda nanti dan juga pastikan anda menggunakan air panas, kalau guna air sejuk kang tak menjadi plak nanti.
  • Bila dah masak sejukkan dulu baru boleh ditelengkup dalam bekas lain untuk dihidang. 

Thursday, September 23, 2010

AIS KRIM GORENG

Kali ni mokcik nk tunjuk pada kenkawan, adik kakak semua cara-cara nak buat aiskrim goreng. Kalu kat Ganu spesis makanan ni amat glamer skali sehingga ada dijual di merata pasar malam.ni. Nak-nak plak airkrim goreng yang ada kat UiTM Dungun nun, glamer sungguh ehhh. Walaupun mokcik bukan student UiTM pong tapi selalu gak mokcik pi menyemak kat area situ, lepak kat Teluk Gadong yang nyaman nun time kali balik ganu...

Okay la berbalik pada kesah aisekerim goreng ni.

Bahan-bahannya adalah: 

  • Aiskerim (apa-apa perisa pun bleh, mokcik guna vanila je sbb paberat nihhh)

  • Roti putih beberapa keping

  • Minyak untuk menggoreng

  • Telur

  • Serbuk roti
Cara-caranya adalah:
Mula- mula letakkan ais krim atas roti dulu


Pastu letakkan pula sekeping lagi roti di atas untuk menutup aiskrim tersebut dan tekup dengan cawan untuk menjadikan bentuk yg bulat. Mokcik guna senjata cawan jer sbb tak der senjata lain yang lebih sesuai untuk membulatkan roti ini.


Celup dalam telur yang telah dipukul sedikit


Gaulkan dengan serbuk roti. Serbuk roti ni mokcik beli di kedai bakery jer.


Goreng seketika, jangan terlalu lama tau


Angkat dan sedia untuk dimakan


Kena makan cepat-cepat time pepanas lagi sbb nanti aiskrim cepat cair. Emmm lazat sungguh ehhh...