Sila Klik Iklan Ini

Monday, January 16, 2012

LIGHT BLUEBERRY CHEESE CAKE

Ini kek terbaru yg baru saje kuar dari oven mokcik, cuti-cuti week end neh time tak dak apa nk buat spt biasalah akan dibuat pembakaran... tapi hayat kek ini tak panjang sbb sekejap jer dah habis di tempatkan dengan jayanya dalam tangki kami. Kakak makan 2 keping, adik makan 2 keping dan en. suami makan 3 keping, ibunya pula biarlah rahsia hehehe...tumbesaran yg berjaya keluarga kami neh hohoho...

Resepi Light blurberry cheese cake ini mokcik amek dalam laman dapur Kak Jun. Harap dihalalkan mokcik cedok resepinya yer Kak Jun.

Sebenarnya terdapat byk versi dan style nak buat cheese cake ini, ada yg dibakar dan ada yang tak perlu dibakar pun. Ada yang guna base yg pakai biskut yg dihancur atau sekut oreo. Tapi versi yang mokcik dapatkan resepi ini adalah yg simple tak perlu ada base pun. Ini adalah versi Light cheese cake, mokcik cari yg senang ajork.

 Ni baru jer ditarik kuar dari proses pembakaran. Mula-mula kuar agak mewah jer naik tinggi kek ini tapi bila dibiarkan sejuk seketika dia akan turun skit macam karamel kek gitew...


 Bila dah sejuk, keluarkan dari loyang dan letakkan blueberry, tapi kalu makan cam tu ajer pun ok gak. Yang separuh lagi mokcik  tak letak blueberry sbb en. suami tak suka blueberry yg masam tu.



 Ini pula untuk jiran sebelah kami, tak taulah depa suka dak... harap-harap depa suka lah



Jemput makan








Bahan-bahan
125gm cream cheese (mokcik buh 150gm)
300ml susu segar
80gm butter/majerin (mokcik guna butter)
80gm tepung gandum-diayak
80gm gula halus (mokcik buh 100 gm)
3 biji telur saiz A -asingkan putih dan kuning telur
beberapa titik esen vanilla/jus lemon

Masukkan susu segar dalam periuk. masukkan cream cheese n masak sambil dikacau hingga cair. masukkan butter dan kacau lg hingga cair. Padam api dan ketepikan.

Pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue iaitu betul2 ringan dan tan tumpah bila diterbalikkan. Ketepikan.

Pukul kuning telur hingga kembang. Masukkan adunan cheese tadi, kacau seketika. Masukkan tepung sket2 dan pukul lagi. Pastikan adunan tidak berketul2, kacau perlahan dgn hand whisk. Akhir skali, masukkan campuran meringue dan esen vanilla/jus lemon. Kaup balik hingga rata. Masukkan ke dalam loyang bergris dan beralas dan bakar dalam oven yg dipanaskan dahulu pada suhu 160'c selama 45min menggunakan kaedah 'bain marie' iaitu loyang kek diletakkan dalam loyang berisi air panas. bila sejuk, hias ikut suka..nak makan gitu pon bolehhh!


4 comments:

anitadiana said...

terbaikkkkkkkkkkkk...sedapnya...mesti gebu aje kan mak ceni buat ....

mama4A's said...

sudah aktif membaking nmpknys... :)

Ceni said...

mak ita,
gebu sesgt sbb pakai meringue telur putih yg dipukul smpai kembang macam wat kek karamel yg gebus debabum itew...

mama 3A,
tak der la aktif mana pun, saja hilangkan boring pepetang senja neh...

Aida78 said...

gebusssnya kek kak dah mcm kek chiffon dah..