Sila Klik Iklan Ini

Sunday, December 26, 2010

MAJLIS GRADUASI KAKAK

N3 ketingallan bas sekolah di musim cuti sekolah hahaha....

Majlis Graduasi a.k.a konvo lah tu. Ini kali kedua untuk kakak konvo setelah tahun lepas dah konvo buat kali pertama cuma bezanya tahun ni sekolah yang lain pulok. Kecik-kecik dah merasa konvo 2 kali. Ibu sebaya ni tak merasa nak konvo bagai tau. Kat kg tak dak tadika camner nak konvo... ish, ish, isk kesian kite...sedey tau...

Kakak bersama best student, Nor Dini Nasuha, eh betul ke nama dini cam gini? Ampun kalu salah

 
Sebelum masuk dewan amek sijil, tengok tu dia pegang kepala Dini suruh tengok kamera, kejam sungguh gayanya...

 
Ini sebelum persembahan tarian lagu nobody, kakak buat 3 persembahan, 2 tarian dan 1 koir. Tang kasut tu macam tak kena ngan gaya 70an jer... belasah jer la...



Ini masa menari kagu Oh Fatimah


Time amek sijil ngan pengetua. Kakak dapat tempat ke 3 jer pong... tu la malas membaca sangat.. ate suruh membaca terus nangis, ate nangis jer kena suruh membaca lah tu... tapi bab layan kartun dari kul 7 am hingga 7 pm bleh setia menegak depan tv tau...


Laju berdesup jer jalan turun pentas, tak dak masa nak toleh kiri kanan dah...

 
Pentas di Dewan Cempaka Kompleks PKNS Bangi


Hadiah dari sekolah untuk dihangkut pulang sempena tamat pengajian





Wednesday, December 1, 2010

CUSTARD RAISINS SWEET BUN

OOat alllohh... lamer sungguh ehh tak masuk dapur sindri ni...dan selama itulah juga dapur mokcik tak terhapdet... tak meriah uolls..

Oleh kerana lama tak masuk dapur, maka pada hari ni mokcik nak citer ckit la pasal resepi raisins sweet bun ini. Resepi ini mokcik cedok dari dapur noreen cooking blog. Maka izikan mokcik CNP yoorr cik noreen... salam penuh ampun tuan punya resepi.
 
Gambar yang mokcik amek tu pakai hp jer, tu cam blur skit opps blur banyak sebenarnya... buat malu jer pada orang yang ada dslr nyeh2...
 
Bahan-bahan:
  • 75gm tepung roti
  • 75gm tepung kek
  • 1 camt instant yeast
  • 60gm susu segar
  • 1/2 biji telur
  • 30gm gula pasir
  • 25gm mentega
 
Bahan2 custard:
  • 1 camb custard powder
  • 1/2 camb gula pasir
  • 85gm susu segar
  • 10gm mentega
  • 1 camt esen vanila
 
20gm raisins / mixed fruits
1/2 biji telur - dipukul untuk sapuan atas roti
 
 

Untuk custard:
  • Masukkan kesemua bahan2 custard ke dalam mangkuk tahan panas dan kacau dengan api perlahan sehingga pekat.
  • Tutupkan api dan biarkan sejuk. coverkan dengan cling film
Untuk adunan:
  • Masukkan semua bahan roti di dalam mixing bowl sehingga sebati. Uli sehingga menjadi doh, elastik dan tidak melekat di tangan.
  • Boleh juga dipukul semua bahan dengan menggunakan mixer.
  • Atau kaedah lain masukkan semua bahan ke dalam bread machine dan tekan setting doh. biarkan doh siap
  • Setelah siap masukkan ke dalam mangkuk yang telah digris dan biarkan doh naik sehingga 2 kali ganda dalam 45 min ke 1 jam
  • Setelah siap tumbukkan doh untuk mengeluarkan angin dan biarkan doh rehat selama 15 min.
  • Kemudian canaikan doh menjadi oblong shape dan sapukan dengan custard, taburkan raisins.
  • Gulungkan seperti swiss roll dan potong ikut ketebalan masing.
  • Susunkan ke atas pan yang telah digris dan biarkan doh naik sekali lagi
  • Sapukan bun dengan telur dan bakar pada suhu 180C selama 15 min atau sehingga keperangan.
  • Setelah masak sapukan dengan mentega agar bun menjadi kilat

 
 Canai doh pastu sapukan kastad
 
 
 Gulung doh setelah ditabur raisins
 

 

 
 Potong dan susun doh



 Bakar selama 15 minit dengan 180C



Last sekali sedia untuk dikisar dengan gigi kami di kala petang hari...yumm yumm..
 
 
 
 
Cara:

Wednesday, November 3, 2010

KANCIL GORENG KUNYIT

Ini adalah true setowi ye kenkawan... jangan terkezut yorrr. Resepi kali ni adalah daging sang kancil yang digoreng kunyit, malas nak masak kari mokcik goreng ajor... goreng pong sodap...

Camner kami dapat daging sang kancil ni? Ini bukan sebarang kancil tau, bukan sang kancil yang bersepah kat jalan raya yang color ijo, merah, putih biru, kelabu tu.. Sang kancil tu kalu dikunyah 4 tahun pun tak lut yang luruh adalah gigi geraham korang ajork....

Sebenarnya masa alang balik kampung, sempat gak alang bawakan kami daging sang kancil ni. Daging ni hasil perburuan adik mokcik yang keja askar tapi tak pi belayar nun punya angkara lah. Almaklumla askar sekarang dah tak tembak komunis lagi dah... jadinya dia asyik duk tembak binatangan ajork (ada ke istilah ni?) maksudnya binatang-binatang yang ado di hutan nun lah yang akan jadi mangsanya. Adik mokcik ni asal cuti ajork pi berburu, asal cuti ajork pi berburu, asal berburu ajork pi cuti...Mula lah kejanya menembak sana- sini, tembak sang kancil, kijang ayam hutan tak pun pi tembak ikan, bak kata orang tak leh duk diamlah dia ni, asyik nak berburu ajor...

Tetiba time sembang-sembang ngan geng parang kat depan mokcik ni bab daging kancil goreng rupo-ruponya didengari pulok oleh mak yong yang berada di hujung tanjung seberang partition sana nun. Terus mak yong berkenaan teringin gak lah nak merasa daging kancil ni. Alahai camner mokcik nak buat ni. Adik mokcik dah tak cuti sekarang, sapa nak pi menembak sang kancil ni. Kesian pulok kat mak yong berkenaan...kalu tak dapat camno ni ehhh... tolong...

Apo pong mokcik nak kobar jugak resepi yang simple ni. Time balik dari opis tak rajin lah nak masak kuah-kuah bagai, masak yang simple goreng-gorengan ajor cukuplah...


Kancil Goreng Kunyit

Bahan-bahan:
  • 1 inci halia
  • 3 ulas bawang putih
  • Sedikit lada hitam
  • Sos tiram
  • Serbuk kunyit
  • Bawang besar
  • Cili hidup
  • Garam
  • Perisa
Cara Masak:
  • Mula-mula perap seketika daging kancil bersama sos tiram dan bahan-bahan yang telah ditumbuk iaitu halia, lada hitam dan bawang putih. Perap selama 30 minit - 1 jam.
  • Panaskan minyak
  • Masukkan daging yang telah diperap dan goreng hingga empuk.
  • Masukkan serbuk kunyit, bawang besar, cili hidup, garam dan perisa
  • Goreng seketika sehingga bawang dan cili masak
  • Angkat dan hidang

Monday, October 25, 2010

PUDING ROTI

Hari ni mokcik nak kobarkan pada kenkawan resepi puding roti yang amat senang dibuat ini. Sambil bersenang lenang  dan  time tengah bersuka ria pong boleh buat tau...

Resepi ni dicedok dari senarai 100 Resepi Kuih Muih Malaysia. Izinkan mokcik membuat cedokan pada resepi ni yer tuan tanah...

Mokcik bakar puding ni guna 2 bekas berasingan, 1 untuk kami sekuarga dan satu lagi untuk jiran sebelah. Senang dan tak yah nak agih-agih atau bahagi-bahagikan puding ni masa nak bagi kat jiran. Siap bakar terus hulur atas pagar jiran sebelah gitew. Tengah panas-panas ko, kesian jiran sebelah sakit jari jemarinya masa amek puding ni dari mokcik... ampun jiran jangan marah yoo...

Ini untuk kami sekeluarga


Ni pulok untuk jiran sebelah kami.
Bahan - bahan

Sos kastad:
  • 1 tin susu cair
  • 2 sudu makan tepung kastad
  • 2 sudu makan gula
Cara masak sos kastad:
  • Gaulkan semua bahan
  • Didihkan sebentar di atas api.
Puding:
  • 500 ml susu segar
  • 8 keping roti
  • 2 sudu makan mentega
  • 4 sudu makan gula halus
  • 2 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1 sudu makan tepung jagung
  • 2 sudu besar kismis hitam (mokcik pakai 1 kotak kecik je)
  • 2 sudu badam keping (optional). Resepi asal tak taruk badam ni. Ini adalah resepi penderhakaan dari mokcik. Ampunkan hamba duhai tuan tanah empunya resepi. Penderhakaan ni dibuat dengan sengaja sbb masa mokcik makan puding ni kat Hotel Cititel, depa taruk badam keping ni, tu yang mokcik try taruk gak tu... emmm sedap rasanya sebab crunchy skit).
Cara masak puding:
  • Rendam roti yang telah dipotong 4 dengan susu selama 30 minit di dalam loyang dan ketepikan seketika.
  • Gaulkan dan kacau hingga rata mentega, gula halus, telur, esen vanila, tepung jagung dan kismis hitam
  • Tuangkan ke dalam loyang roti tadi dan taburkan kepingan badam.
  • Bakar dalam oven pada suhu 180 selama 30 minit/ hingga masak
  • Angkat dan sejukkan
  • Tuang sos kastad semasa menghidang.



Saturday, October 23, 2010

CUP CAKE

Hari tu kami oder cup cake dari kak pnut lagi. Kalu tak salah seminggu selepas kami oder kek princess berdiri kot. Cup cake ni kami oder khas untuk dibawa balik ke kampung.

Kali ni kami oder cup cake bertemakan bunga-bungaan. Kalu boleh segala jenis bunga la kami nak oder terutamanya bunga ros dan okid. Tapi kak pnut kata dia tak pandai buat bunga okid, mokcik tengok kat blog cupcake tu macam ada rupa bunga okid. Tu yang mokcik request bunga okid tu.Tak tau ler kat mata mokcik nampak bunga okid kat mata tokey cup cake ni bunga lain hohoho...

Yang besh nyer oder ngan kak pnut ni adalah mokcik oder last minit pun tokey bleh siapkan juga, tu yang susah nk dapat kat mana-mana tuh. Apa pun terima kasih lah pada tokey pnut sbb susah payah layan permintaan mokcik yang last minit ni. Next time mokcik oder lagi yooo...


Spesis bunga-bungaan yang keluar dari dapur kak pnut.


Kalu nak oder bleh roger je tokey kak pnut yoo kenkawan.

Thursday, October 21, 2010

KAKI JAPIH

Semalam kami pi klinik konon nyer nak bukak jahit kaki Japih akibat peristiwa tragis pada hari Sabtu 2 minggu nan silam. Akibat kenakalan dia nih yang menyebabkan tragedi penuh berdarah ini berlaku. Tengok gmbr dulu lah yer..

Kaki yang mengalami kecederaan yang agak serius la...


Ini time dak ok skit masa darah tengah menbuak-buak tak sanggup nak amek gmbar. Kena 6 jahitan sebenarnya...Oleh kerana mokcik tengah lapo nak pi pekena ikan bakar nih nanti mokcik sambunglah setori ni yoo...hohoho

Thursday, October 14, 2010

BESDAY KAKAK

Pada hari Ahad yang lepas 10.10.10 genaplah kakak 6 tahun. Selamat ulang tahun hari lahir buat kakak.

Semoga kakak menjadi anak yang solehah, anak yang baik, anak yang taat, anak yang dengar cakap, anak yang rajin dan anak yang menjadi harapan ibu dan ayah... aminnn

Kek ini ditempah daripada kak pnut. Terima kasih bebanyak buat kak pnut kerana sudi siapkan kek ini walaupun mokcik oder  last minit dan kak pnut plak tengah sibuk ngan oder cupcake yang ratus riban tuhh... Almaklum la kak pnut blogger getah sekerap katanya... jiwa kena kental gitew... 

Kami semua suke bangat sehhh ngan kek princess berdiri kak pnut oiii, susah nak dapatkan di pasaran tau...siap dapat diskaun lagi....tu yang bertambah besh tuuu... alhamdulillah...semoga bertambah lagi ajeki kak pnut dan kuarga.  Terima kasih bebanyak ler...

Kenkawan kalu nak oder kek ni dan sebagai neka cup cake bolehla ke pnut cupcake yoo. Macam-mcam design ado...roger jer tokey nyer nak design camno pasti tokey bleh designkan. Mokcik pulok dah repeat oder cupcake... nanti mokcik tayang kat sini yoo...

Cuma kecian pada cik puan selly tak sempat nak tengok kek princess berdiri ni, hanya sempat tengok tapaknya ajer hohoho... tu la datang lambat sangat....


Kek kakak.



Letak gak nama zhafif supaya bleh tiup lilin sesama ngan kakak. Kang jeles plak si tembam tu bila tengok kakak tiup lilin sesorang. Sebelum ni setiap hari zhafif duk nyani Epiday tuyu... cian plak dengar sangat sbb masa besday dia bulan Ogos hari tu tak dak tiup lilin pong...



Di kaki princess ini ditempek ngan edible image otoman ngan upin&ipin, peberat Japih nih. Nama pun majlis besday di kongsi bersama harus tema kek pong dicarca marba kan bersama 2 tema ni...Jimat duit ibu....


Otoman




Tak sabar dah nak tiup lilin dua beradik nih ehh...



Epi day tu yu. Juga terima kasih kepada kenkawan dan sedara mare yang datang bawa hadiah untuk kakak. Majlis ni sebenarnya majlis tempelan untuk ous warming kami ajork, tu yg mokcik tak sediakan goodies untuk bebudak...tak sangka plak ada kenkawan dan sedara mare dtg bawa hadiah...rasa bersalah pulok .. maap noo... lain taun kami sediakan yoo...

Wednesday, October 13, 2010

AKTIVITI MENJAMU SELERA

Open house/ house warming/ akviti menjamu selera selepas syawal/ telah diadakan di rumah mokcik pada 10.10.10 nan lepas. Juga sempena menyambut ulang tahun kelahiran kakak yang ke 6.

Aktiviti makan-makan secara kecil-kecilan aje pong, jemputan pong hanya rakan-rakan, sedara mare dan jiran-jiran terdekat aje...

Mokcik mintak maap bebanyak ler kalu ader kenkawan yang tak mendapat jemputan ni, almaklumla 1st time buat aktivit makan-makan ni, tak reti sangat nak handle majlis cam gini lagi pong... saya budak baru belajar wat open house la katakan...

Antara menu yang kami sediakan adalah
  • Nasi dagang ganu
  • Laksa penang
  • Pulut kuning
  • Rendang
  • Ayam masak kicap
  • Tapai
  • Ketupat ganu
  • Buah-buahan koktel
  • Bahulu
  • Kek pisang
Juga terima kasih bebanyak kepada tokmek yang sudi datang tolong mokcik siapkan lauk-pauk yang ada ni...

Akibat kemalangan yang menimpa Zhafif petang Sabtu tu tak sempat mokcik nak bakar Kek Lamington dan puding marble yang besh ituuu...
    Antara hidangan yg ado..
    Ketupat dan tapai

    Pulut kuning dan rendang
    Laksa penang
    Bahulu dan kek sponser by Alang
    Koktel buahan

Friday, October 1, 2010

PENYERI KAMI

Nak habaq mai buah hati kami sekuarga ni... Jom layan ajo lah. Pasni baru mokcik tunjuk gambar masakan pulok yer kenkawan...

Adik yang tersengih tertunjukkan gigi kapaknya...


Model lubang idung hohoho...Geng sengih, masa ni gigi kakak masih tersusun, belum tanggal lagi.


Kononnya posing paling lawa lah tuu... Sepupu kakak selalu kata yang kakak ni macam Dotti, pastu kakak mesti marah dan merajuk sbb ejek dia macam Dotti.


Kakak yang selalu geram kat adiknya...Selalu sangat kakak cakap "Geram la tengok adik ni, kakak suka kulit adik lah, lembut jer"


Inilah gaya Japih bila disuruh senyum, musti matanya dikecikkan dan mulut terciput kontrol senyum lah tu...


Tadaaa...gigi kakak yg dah rongak, satu lagi gigi depan pun dah goyang dahh, tunggu masa jer nak tanggal. Yang kelakarnya, si Luqman Hazim, sepupu kakak yang sebaya dengannya tengah makan tembikai pun gigi boleh tertanggal...


Gaya Japih yang tersenyum ala siput sedut, kang ibu sedut bijik mata tu kang.. kang...


Kakak yang duk kontrol senyum... Kalu terlebih senyum nanti nampak gusi pulok...hahaha. Ada gaya macam Dotti ker? 

Thursday, September 30, 2010

PUDING KARAMEL

Mari kita lihat bebahan untuk buat puding karamel ini, peberat mokcik nih... 

Puding ni acara wajib semasa bulan posa ari tu. . Dalam bulan posa ari tu 4 atau 5 kali mokcik buat puding karamel ni. Mokcik buat spesis bakar dan spesis kukus hanya dibuat sekali jer. Sebabnya mokcik lebih gemar spesis bakar kerana tekstur lebih pejal dan lembut. Nak masak pun tak yah nak tunggu atau nak tengok selalu, biar je dia duk diam-diam dalam oven jer...tup-tup cukup 40 minit angkat keluar.

Kang amat senang tu yer adik kakak semua. Hari bekerja pun bleh buat, tak payah nak tunggu hari cuti jer baru nak buat. Mokcik balik opis pun sempat masak puding ni untuk berbuka tau. Oleh kerana kerap sangat buat puding ni maka mokcik yang tukang buat, mokciklah yang tukang perabihnya jugakk...hohoho

Bahan-bahan 
  • 400ml susu segar
  • 5 sudu gula halus
  • 5 biji telur
  • Beberapa titis esen vanila
  • 1 sudu kecil tepung kastard. 
Karamel
  • 9-10 sudu gula
  • 1/2 cawan air

Kaedah Membuatnya
Untuk Karamel:
1.  Masukkan gula ke dalam periuk dengan sedikit air sahaja dlm 2 sudu je (air dari 1/2 
     cawan  tu yer).
2.  Masak di atas api sederhana. Bila gula jadi perang dan berbuih masukkan lebihan air
     yang 1/2 cawan tadi.
3.  Masaklah sehingga perang dan tuang ke dalam loyang.
4.  Ketepikan.


(Tips: Tujuan memasak gula bersama 2 sudu air adalah untuk mengelakkan gula cepat hangus dan pahit. Tapi masak menggunakan kaedah ini agak lambat skit gula nak bertukar menjadi karamel berbanding masak gula sahaja.

Cara Memasak
  • Masukkan kesemua telur dalam mangkuk dan pukul sedikit sahaja supaya semua telur sebati. Jangan pukul terlalu kuat atau lama nanti telur berbuih.
  • Dalam periuk lain panaskan susu bersama 5 sudu gula dan beberapa titis esen vanila. Kacau perlahan.
  • Masukkan 1 sudu kecil tepung kastard kacau perlahan supaya tidak berketul-ketul. Panaskan seketika sahaja jangan sampai susu mendidih.
  • Masukkan sedikit demi sedikit telur yang telah dipukul tadi sambil dikacau supaya telur boleh sebati dengan mesranya dalam adunan susu.
  •  Angkat, tapis dan tuang adunan ke dalam loyang karamel tadi.
  • Bakar selama selama 40-45 minit pada suhu 150 degree.
  • Pastikan loyang karamel dimasukkan dalam bekas yang berisi air panas sebelum dimasukkan/ dibakar dalam oven. Jangan lupa step ni, kalau tak, tak menjadi karamel anda nanti dan juga pastikan anda menggunakan air panas, kalau guna air sejuk kang tak menjadi plak nanti.
  • Bila dah masak sejukkan dulu baru boleh ditelengkup dalam bekas lain untuk dihidang. 

Thursday, September 23, 2010

AIS KRIM GORENG

Kali ni mokcik nk tunjuk pada kenkawan, adik kakak semua cara-cara nak buat aiskrim goreng. Kalu kat Ganu spesis makanan ni amat glamer skali sehingga ada dijual di merata pasar malam.ni. Nak-nak plak airkrim goreng yang ada kat UiTM Dungun nun, glamer sungguh ehhh. Walaupun mokcik bukan student UiTM pong tapi selalu gak mokcik pi menyemak kat area situ, lepak kat Teluk Gadong yang nyaman nun time kali balik ganu...

Okay la berbalik pada kesah aisekerim goreng ni.

Bahan-bahannya adalah: 

  • Aiskerim (apa-apa perisa pun bleh, mokcik guna vanila je sbb paberat nihhh)

  • Roti putih beberapa keping

  • Minyak untuk menggoreng

  • Telur

  • Serbuk roti
Cara-caranya adalah:
Mula- mula letakkan ais krim atas roti dulu


Pastu letakkan pula sekeping lagi roti di atas untuk menutup aiskrim tersebut dan tekup dengan cawan untuk menjadikan bentuk yg bulat. Mokcik guna senjata cawan jer sbb tak der senjata lain yang lebih sesuai untuk membulatkan roti ini.


Celup dalam telur yang telah dipukul sedikit


Gaulkan dengan serbuk roti. Serbuk roti ni mokcik beli di kedai bakery jer.


Goreng seketika, jangan terlalu lama tau


Angkat dan sedia untuk dimakan


Kena makan cepat-cepat time pepanas lagi sbb nanti aiskrim cepat cair. Emmm lazat sungguh ehhh...

Wednesday, September 22, 2010

KOLEKSI LAWAK KAKAK LAGI

Salam Syawal...

Masih mood raya noo...

Hari ni mokcik nak setori pasal lawak kakak. Musim-musim perayaan ni pun masih ada lawak gak tau.

Lawak 1
Situasinya kakak tengah tengok karton sambil terbaring depan TV.
Tetiba adik datang dan panjat atas perutnya. Adiknya pun satu perut kakak nak buat cam perut ayah... mana boleh...
Kakak terus menjerit dan cakap

Kakak: Adik turun la, sakit ni.

Adik buat der ajerk sebaliknya makin melompat-lompat lagi atas perut kakak. Kakak semakin hanggin.

Kakak: Adik! kakak naik darah ni... turun cepat.. Kakak naik darah lagi ni...

Kami semua gelak, mana la dia dapat perkataan naik darah tu...terus dia tolak adiknya sampai tergolek-golek jatuh... pastu apa lagi terus wat drama air mata la adiknya..

Lawak 2
Situasinya semasa kami sedang tengok buletin utama.

Mokcik: Ibu rasa nak pergi makan angin la, lama dah tak pi makan angin
Kakak: Kakak tak nak makan angin, nanti sakit perut.
Mokcik: Hohoho... apa la kakak ni... makan angin ni pi bercuti dan jalan-jalan la kakak oiii, bukan makan angin yg ada ni.
Kakak: oooo...kakak nak makan jugak lah.

Lawak 3
Situasinya semasa hari raya di kampung. Ramai sedara mara kami tanya pasal gigi kakak yang dah rongak kat depan nun...

Mak Adik: Kakak kenapa gigi kakak tak der kat depan tu? tak cantik la nak raya nanti
Kakak: Gigi kakak pergi kedai beli sayur la.
Mak Adik: Mana ada gigi bleh pergi kedai.
Kakak: Ada. Ibu! lamanya gigi kakak pergi kedai, tak balik-balik lagi.
Mokcik: Kakak-kakak, kartun mana la yang kakak tengok ni... gigi pi kedai.

Lawak 4
Situasinya di rumah opah di waktu pagi. Setelah mandi mokcik tukar baju dan pakai T-shirt lusuh dan berkain batik ajer. Almaklumla uniform kat kg la katakan, mokcik ni kang pencinta kain batik yang berjaya time kat kg. Tetiba kakak pandang mokcik dan cakap

Kakak: Ibu ni macam makcik power la
Mokcik: Makcik power?
Kakak: Makcik power Kepaww tu.
Mokcik; Ooo, macam makcik power yer, kakak nak tengok ke ibu jerit macam makcik power tu...
Kakak: Tak nak- tak nak...


 Gambar sekadar hiasan. Gambar lama ni, sajer nak tayang gigi depan kakak yang masih ada. Tinggal kenangan doh pong...

*tetiba jer mokcik masih duk pikir-pikir lagi nak buat open house idak? rumah tak cantik lagi weyy dan tak siap-siap lagi ni...almaklumla kontraktor WNG jer. Cam segan ler pulok nak ajak kenkawan datang. Member lain kat unit mokcik ni dah duk booking tarikh dah memasing supaya tak clash.

Wednesday, September 15, 2010

SALAM AIDILFITRI

  
Syawal mulia menjelang kini
Salam kemaafan  kami susun sepuluh jari
Mohon keampunan agar dimaafi
Andai kesilapan pernah terjadi

Semoga Lebaran ini membawa seri
Penuh kebahagiaan seribu erti
Mensyukuri nikmat kurniaan Ilahi
Selamat meraikan Aidilfitri
 
  Ikhlas daripada kami :
  - Mokcik ceni
  - En. Suami
  - Dhia Mifdhal Aqilah
  - Muhammad Mifdhal  Zhafif

Friday, August 20, 2010

MUFFIN MANGGA

Mari kita masak muffin mangga plak. Resepi ni sungguh simple dan sesuai untuk orang yg tak berapa nak rajin cam mokcik ni. Sambil bergembira pun bleh buat tau.

Untuk Selly yang pakar membuat muffin yang cantik-cantik tu mesti tak gemar cara mokcik ni...hohoho jangan marah nooo... 

Ini adalah resepi penderhakaan.

Muffin Mangga

Cara-caranya:
  • Beli tepung segera untuk muffin kat yummie bakery atau mana-mana kedai yang ado lah...
  • Bancuhlah tepung tu mengikut arahan yang depa tulis kat bungkusannya.itu. Mungkin stepnya berbeza mengikut jenis muffin.
  • Kalu dah beli tepung ni, kita hanya perlu masukkan minyak sayuran, telur, susu sahaja.
  • Untuk resepi ni mokcik masukkan buah mangga sebelum dibakar sebagai tambahan. Resepi asal tak letak tau. Memandai je mokcik masukkan ikut selera waktu petang tu. Kita oleh masukkan apa-apa aje bahan tambahan lain untuk tujuan penderhakaan terhadap resepi ini. Contohnya boleh masukkan buah seteroberi, prun, pear, lai, durian dan sebagainya.Cumanya sedikit pesanan supaya berhati-hati sedikit terhadap penderhakaan yang dibuat, takut nanti resepi hilang rasa asalnya. Contohnya kalu tepung asal kita beli muffin perisa vanila atau kiwi jangan ditambah ngan cokelat sbb muffin akan bertukar menjadi perisa cokelat. 
  • Kemudian bakarlah mengikut masa pembakaran yang dinyatakan pada arahannya.
Kang sungguh senang tu...seperti yang dicakap tadi sambil bergembira pun bleh bakar tau..

Selamat mencuba yer...