Sila Klik Iklan Ini

Saturday, March 31, 2012

HOLIDAY VILLA, CHERATING

Next tempat tumpangan kami sekuarga seterusnya adalah di Holiday Villa Cherating setelah balik dari Kampar tempoh hari. Hotel ni jadi destinasi kami seterusnya kerana mokcik ada kursus High Impat selama 2 hari di sini. .Next setori lah yer pasal kursus ni, kursus yg memalukan mokcik sebenarnya hehehe...wat suspen skit....

Nampaknya ponteng sekolah lagi la kakak pada hari Jumaat tu kalu dak kang sampai kul 12 mlm la kat hotel kalu nk tunggu kakak habis sekolah kul 7.00pm. Macam mana yang terjadi pada tahun lepas masa mokcik pi kursus di Cameron, kamilah org terakhir smpai di hotel di sana kul 12 mlm sbb tunggu kakak habis sekolah. Memandangkan cherating ni pun jaraknya agak jauh dari rumah maka kami bertolak awal sikit maka bolehlah kami singgah kat kampung sekejap tengok tokmek dan tok ki sebelum patah balik ke Cherating.

Hotel neh cam kerek skit sbb dia kira ikut bilangan kepala, kalu bilik utk 2 dewasa dan 2 kanak-kanak kita tak leh bw lebih kaum kerabat ke sini, kalu nk bw juga kena cas lebih per head... punya kedekut hotel neh...tapi sib baik dpt bilik ok betul-betul sebelah kolam renang.

Hari Ahad ini kami akan berkampung di Alson Klana Nilai pula, risau pulok mokcik sbb dah banyak dengar cerita tak enak pasal hotel neh. Panel kami dah ramai yg komplen, pegawai pun cakap tak usah la duk hotel neh tapi kami malas nak kansel booking sbb dah last minit dah pong. Kalu kansel kang nanti tukang jaga duit opis kami banyak soal sbb LO dah keluar...emmm tak per la redo ajer lah kalu kena perli ngan panel pong...Dah la kali neh panel yang mokcik bawa sume adalah Prof dan Dr sbb nilaikan program Master. Mesti depa byk komlen sat gih... emmmm ngeri pulok ehhh...apa pun berserah ajer ler....next entry la pasal kesah Alson Klana neh... N3 adalah khas untuk hotel seperti di atas...

Check in kat sini kami dapat bilik paling bawah sama aras ngan kolam renang... besh ooo...buka pintu belakng bilik terus kolam renang, si kakak dan adik bangun je tido pagi terus merayap ke kolam renang dengan baju-baju tido lagi, tukang bersih kolam pun tak siap lagi... Mokcik yg tengah mkn time tu terus berlari kejar depa, memalukan kerajaan sungguh ehhh...aduhai punya la eksited mandi kolam. Tu la kalu bilik dekat kolam pong susah gak, kalu bilik jauh ngan kolam pong susah gak...


Holiday Villa, Cherating


Kolam renang


Pantai di belakng hotel, petang-petang ada orang naik kuda di sepanjang pantai neh


Pagi nan sore, gambar bilik lupa pulok nak amek. 

Gambar bilik lupo pulok nak amek. Bilik yg mokcik dpt di bawah katil ada disediakan tilam dan katil ektra, so dapatla tido ngan selesa sbb kakak skrg saiznya badannya dah tak leh kira saiz kanak-kanak lg...tak leh nak share tido satu bed ngan dia dahhh... mesti kita akan ke bawah bed jawabnya....



No comments: