Sila Klik Iklan Ini

Showing posts with label Aktiviti. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti. Show all posts

Wednesday, October 10, 2012

24 HARI DI TOKYO

Hari ini dah 10 hari mokcik berada di Tokyo tetapi cerita utk tatapan kalian kali ini  masih lagi berkisar pasal hari kedua di Tokyo... siaran tergendala nampknya sbb mokcik tak dak masa nak update blog selalu... sibuk memanjang berada di sini. Tokyo cuti 3 hari (Sabtu, Ahad dab Isnin) lepas pun mokcik tak sempat nk update setori mori...emm...angin satu badan berada di sini sbb makan tak menentu...

Hari ini 10 Oktober genap usia kakak 8 tahun. Ibu tiada di rumah utk celebrate birthday kakak. Cuma ibu doakan kakak jadi anak yg solehah, anak yg cemerlang dunia akhirat, anak yang beruntung dunia dan akhirat, anak yg berjaya di dunia dan di akhirat. Semoga dipermudahkan perjalanan kakak di dunia dan akhirat....aminnnn

Tadi baru perasan ingatkan boleh balik minggu depan rupanya lagi 2 minggu....oooo tidakkk....nasi goreng, nasi lemak....nasi ayam, kuih koci, karipap ooo tidakkk lamanya lagiii.....

Nak pulop suhu di Tokyo neh 22C siang hari dan 15C malam hari... sejuk yg asyik nk melapar jer tali perut neh......

Tengah bersiap  utk check out  JICA hostel Tokyo (TIC) menuju ke hotel. Tokey camera canggih neh... mokcik tumpang menyelit 2 kaki dalam foto yer tokey... jangan mare mokcik menyibukkan diri dlm frame tokeyyy....



Koridor TIC... masa kami smpai sini ramai rakyat pakistan dan afrika yg sedang berkursus di JICA ini.



Selamat tinggal JICA hostel...



Dalam bas JICA. Ini adalah translator cum kordinator kami utk 2 minggu dn akan diganti ngan kordinator lain pulop... NAKAHIRA san yg amat baik hati dan peramah. Susah nk jumpa org yg baik macam dia neh...boleh masuk bila kami buat lawak. Pantang kami tanya soalan  kalu dia tak tahu jawapan esok pagi pasti dia akan printkan maklumat utk kami..siap print color tuuu di rumahnya...Kalau sesuatu benda dia tak tahu mesti dia tanya husband yg keja sbg arkitek dan husband akan turut sama terjebak dalam menyelesaikan soalan kami... hehehe dedikasi sungguh...Beliau pernah duduk di Msia sekejap sbb bapanya duta di Mesia, tapi katanya dia duduk time Yoahan masih ada lagi.



Hotel inilah tmpt kami berkampung selama 23 hari di sini. Hotel dibayar oleh JICA, katanya kalu tak salah rate hotel neh 10,000 Yen satu malam atau RM400. Di sini semua barang mahal-mahal weyyy.



Tempat  kat Tokyo neh sume berhimpit-himpit macam nasi himpit jer... emmm lazatnya nasi himpittt...tingat makanan lagiii...bilik hotel neh walaupun mahal kalu di convert duit kita, tapi rupa bentuknya tak menggambrkan rega bilik di Mesia...Bilik hotel neh sesangat sempit. Kalu nk bentang sejadah utk solat tu kena tolak-tolak beg sampai rapat bwh meja, solat pun hanya muat utk seorang, 2 org tak celus nak masuk...besar lagi bilik hotel cititel mid valley. Apa pun kami bersyukur dengan kemudhan yg diberikn...nikmat yg tidak dapat didustakan...



Beg baju terpaksa diletakkan di bwah meja neh sbb tiada almari utk sangkut baju disediakan.


Bilik air yg agak besh jugaklah...


Dlm lift hotel neh...decoration nya macam bebintang di langit.. sangat kreatif


Mengadap bilik kami... tak tau penanaman apa yg sedang diusahakan... togeh ker? nampak gaya macam bukan pulop...ntah lah


Lepas angkat beg ke bilik terus kami dibawa ke JUAA (adik beradik, sepupu sepapat MQA yg berlainan mak pak). Di sinilah opis kami selama 3 minggu.


2 org fasi kami drp JUAA yg amat sopan orgnya... matsuzaka san dan matsuguchi san...



Habis office hour kordinator kami Naka san berjalan kaki sama ke tren station sbb nk ajarkan kami macam mana nk naik tren utk ke opis setiap hari.



Tokyo amat byk line tren nya ada JR Line (atas tanah), ada subway (pelbagai line), ada monorel, ada ekpress way, ada bullet tren... naik berpusing dan berputar dibuatnya... Office JUAA di Ichigaya station



 Utk balik hotel kami kena amek subway Yurakucho Line utk ke Kojimachi stesen. Tambang 160 Yen utk one way


 Kojimachi stesen, nasib baik satu stesen jer... cuma kena panjat tangga tinggi skit setiap hari utk smpai ke atas permukaan bumi...sib baik Tokyo neh sejuk di musim autum nehh...


Saturday, October 6, 2012

SALAM DARI TOKYO

Salam mokcik dari Tokyo, Japan...

Macam tak percaya pulop ada rezeki akhirnya mokcik nk jejak kaki di Tokyo, Nippon, setelah perjalanan ke Hong Kong, Botswana dan Korea tak jadi... ke Singapura dan China pulok mokcik tak berkesempatan...

Kali ini alhamdullilah...sampai jua akhirnya, mokcik di sini bersama JICA selama 24 hari, Inya Allah balik nanti sehari sebelum raya haji, harapnya adalah rezeki nk beraya bersama keluarga. Mokcik ke sini bersama 4 org lagi sahabat opis yg sama-sama berkursus di Nippon neh.


Masa check in, merasalah jugak kami chek ini di kaunter E utk business class sbb tiket kami disediakan oleh En. JPA yg amat baik hati. Kenangan lucu di sini boleh pulok lelaki yg jaga tiket tu kata kami nak ke KCH...emmm lawak pun ada



Dah check in terus naik aero train dan terus menuju dengan lajunya ke golden lounge sebelum boarding..maklum la last merasa makanan lazat di sini pada 2006 dahulu kala. Di sini misi adalah menikmati hidangan yang lazat sepuasnya terutama aisekerim sbb selama 24 hari akan dtg kami ibarat kegersangan nasi dan hidangan lazat melayu...emmm nikmat yg tidak dapat didustakan..

Kami telah boarding pada pukul 11 pm dan dijangkakan tiba pada pukul 7.00 am di Narita, Tokyo. Dalam dalam flight kami dihidangkan dengan 2 hidangan memandangkan penerbangan ke Japan mengambil masa selama 7 jam.Mula-mula kami dihidangkan sate dan mokcik tak dptkan habiskan 5 cucuk sate ala-ala sate station itu sbb terlalu kekenyangan di gonden lounge tadi. Pada pukul 4.00 pagi pula kami dihidangkan dengan sarapan pagi sebelum mendarat pada pukul 7.00 am... wah lazatnya makan di business class jahhhh... satu lagi nikmat yang tidak dapat didustakan.

Memandangkan kami ada tiba pada jam 7.00am, nak tak nak memang kami kena subuh atas flight nampaknya. Sepanjang perjalanan mokcik tak leh tido sbb flight asyik bergegar dari jam 2 am hinggalah 4.00 am...debaran yg tidak dapat digambarkan. Jam 2.30 am mokcik tanya subuh pada jam berapa pada cik pramugari yg cun tak henggat dan make up nya tebal di muka yg jaga line mokcik. Katanya dia tak pasti kena tanya kapten nanti dia dtg bagitahu....whattt? pikiran jahat mokcik mulalah nk mengumpat dlm hati nehh... jahat sungguh hati ini ... emmm tak kan dah lama fly pun tak tau subuh pukul berapa?..emmm

Nasib baik pada pukul 4.00 am cik pramugari yg cun tak henggat dan make up nya tebal di muka yg jaga line mokcik tadi dtg kat mokcik dan kata dah boleh sembahyang subuh, subuh dah masuk. Terus mokcik ke bilik air dan menunggu untuk solat di ruangan khas yg disediakan berhampiran bilik air. Memandangkan ruangan hanya boleh muatkan sorang sahaja utk solat mokcik terpaksa tunggu giliran selepas 2 org en. pramugara solat....en.paramugara neh hensem jugak lah... solat tak tinggal pulop tuuu... emmm menantu siapa lah nehhh?

Selepas solat tu terus en.pramugara itu jadi geng mokcik, tegur menegur dan sembang-sembang... sampai ke imegresen semasa kami tengah berbaris utk cop pasport sempat dia  bye-bye kepada kami bersama kapten yg senyum mu menawan itu...

 Dah sampai Narita kena register di Kaunter JICA dulu utk dptkan tiket bas ke Tokyo City Air Terminal (TCAT).  TCAT ni ala-ala KL Sentral gitu sbb bas akan mengambil penumpang di Terminal 1 dan 2 di Narita Airport.

  
Dengar taklimat baik-baik yer sblum pakai lencana JICA tu



Narita Airport setelah selesai mengharungi pemderitaan berbaris 1 jam di immigration Japan..Japan regulation kami.kena cop jari dan amek gmbr di kaunter neh iaitu bagi rakyat-rakyat negara luar utk masuk Japang. Kelihatan rakan-rakan yg tengah sibuk update status...


Terus berbaris di platform  17 untuk ke TCAT. Tiket yg dibayar JICA dari Narita ke TCAT adalah Yen2900 utk seorang.


Posing skit... tumpang kamera Kima yg canggih... kamera mokcik kamera henpon cap unta jerr....



 Ini platform ke 17 ke TCAT. Mokcik pun heran kenapa tak dak train cam ERL di sini... ke ada mokcik jer tak tau...tapi japang neh bukankah negara yg byk train sampai bwh tanah, atas tanah... tinggal atas awan jer tak dak lagi.... ke dah ada?

Tukang sapu di Narita, zamrin kata ini ahli guts... ala yg sama opis ngan otoman tuuu


Bas ini yg kami naik ke TCAT, macam bas ekspress


 Di TCAT ada lagi seorang staff JICA yg tunggu kami dan dia yg tolong masukkan luggage kami ke dalam teksi yg sudah sedia menanti.



Segan kami dibuatnya sbb sorang ada 2 luggage tuu..


 30 minint sampai lah kamu ke asrama JICA di Tokyo, salah satu tmpt beradu bg trainee dari seluruh pelusuk negara yg dtg ber training di Tokyo.


 Bilik beradu kami... dah sampai hostel ni baru tahu yg kami akan dipindahkan ke Hotel Green Palace Tokyo pada esok pagi setelah berjumpa translator cum kordinator kami Ms. Nakahira... aduhh terbayang kepenatan nk angkat beg berat lagi... penderitaan tadi pun belum hilang lagi. Kenapalah JICA tak hantar terus kami ke hotel sahaja..


Bilik beristinjak... amat comel dan compact macam dlm flight pun ada



Kami keluar sekitar asrama untuk mencari sesuap nasi di perantauan...kot-kot lah berserempak dengan kedai halal...


Hampa belaka...akhirnya kami hanya ke famili mart ala-ala 7 eleven sahaja. Jom balik hostel makan dulu...


Kami hanya beli onigiri dan salad sahaja. Onigiri salmon dan seaweed yg berharga 105 yen seketul atau RM4.00 seketul... emmm cukup ke onigiri ni utk tali perut mokcik yg berselirat ibarat kabel letrik neh...megi ohh megi... pujaan tali perutku...makanan surga di luar negara dan dlm negara (ayat standard dari seorang sahabat)



Friday, July 22, 2011

SOPING TAK PAKAI DUIT

Adakah korang percaya ada satu kekdah soping yg amat bahagia sekali di dunia ini iaitu soping yg tak perlu guna duit atau kad kredit, kita boleh dapat barang yang diidamkan hanya dengan percuma sahaja.

Kalau tak caye silalah majukan diri anda ke midvalley untuk buat transaksi pembelian ini, syaratnya cuma satu iaitu anda hendaklah mempunyai penjumlahan dan pengumpulan points yang byk dan mencukupi dalam akaun kad kredit maybank anda. Pastu silalah rapatkan diri anda ke sini utk redeem.

Mokcik perstime datang sini, sebelum neh redeem point ikut online sahaja, rupanya bila dtg sini besh yg teramat besh sekali weyyy...macam-macam ada...rugi sesapa tak dtg, kalu lah hari-hari soping cam gini mokcik ingat mau aman donia neh sunyi sepi tak dak kes jenayah lepas neh? 

Kalu tak salah setakat neh hanya maybank ajer yg buat fair sebegini rupa bentuknya, bank lain mokcik tak perasan lagi ader ke idok?Ataupun dah ada cuma mokcik ajor tak tau. Bonus link pun ader ker wat fair cam gini?  Entahla mokcik tak arif dan bijaksana dalam hal sebegini.

Point yg mokcik ader dlm akaun tak der lah ramai sangat cuma ada hampir 48k sahaja. Tapi ada sorang kwn kita tu ada ratus riban hokay, macam panel yang pi ngan mokcik neh pun redeem point nya jugak ada dlm ratus riban tau.

Tetiba jer mokcik leh terjebak ngan panel neh utk pi sana, terus jadi member in crime yg baru neh. Apa yg panel neh redeem ngan point ratus riban adalah 2 luggage bag  yg gabak punya besar, 2 dvd player dan satu back pack, bebaloi-baloi lah.

Mokcik ada tanya dia camner dia bleh collect ratus riban point tuh, katanya semua bil dia buat auto payment ngan kredit kad neh, so tak perlu susah-susah nk pikir byr kat bil kat macam-macam kaunter, lagi satu tak perlu pikir due date bil atau terlupa byr dan sebagainya sbb dah masuk akaun mayabank hanya perlu byr satu kad kredit maybank sahaja.

Emmm idea yg bernas neh sbb kalu dikira amaunt yg dibyr cash pun akan sama gak amaunt yg dimasukkan dlm maybank kredit kad neh, cuma jangan ada outstanding lah kalu dak kena xtra financial charge pulok nanti.

Ni kena berguru ngan Kak Kherun gak neh, macam mana pulok kekdah yg dia buat utk collect point yg byk. Jom kita lihat apa yg mokcik rembat ngan 48k points itu.



Pintu masuk kat exhabition hall midvalley


Punya la ramai umat manusia


Ada 3 hall semuanya, mokcik hanya pi hall 2 dan 3 sahaja, hall 1 lalu jer tak larat nk singgah sbb penat pakai high heel...


Ini hasil rembatan pertama, handbag 27k


Ini wallet utk en, suami 7k sahaja sbb ada diskaun 70%.  Okayla utk kali neh, next time bleh target utk ipad ke, ipon ke ipod ke camera ke, tv ker, tapi kena la ada strategi cam ner nak collect point semaksimum mungkin slepas ini sbb mokcik sudah rasa nekmat dunia soping tanpa kuar duit neh...

Thursday, May 5, 2011

JOM DERMA DARAH

Kesah derma darah neh adalah kesah sblm cuti hari pekerja nan silam lagi, cuma  mokcik ajer baru terhegeh-hegeh nak hapdet. Nampak sgt jarang singgah utk hapdet laman sindri, maklumla makin lama makin menimbun kerja di BSS neh. Atas meja tak pernah surut fail yg menimbun, agak-agak esok lusa boleh terkambus mokcik ngan fail-fail neh, kalu nak cari mokcik kena buat panggil sepelaung pastu kena selak-selak fail tu dulu baru leh nampak muka mokcik yg ayu jelita neh.... hehehe...

Rasa cam mokcik nak pindah unit lahhh... nak tukar angin pulok rasanya... tapii....ada ker mana-mana unit nakkan mokcik neh,...mokcik jual borong jer, murah-murah jer, sekilo 2 kati jer...hehehe.. (ingt mokcik ni durian ker bleh main jual longgok).

Berbalik pada kesah derma darah tersebut seperti di atas dengan sesukati ati jer mokcik telah berjaya menderma hemoglobin mokcik pada pasukan PPUM neh. Maklumla nak derma duit byk-byk poket kita bukannya selalu sendat pong...asyik tiris jer sepanjang masa...

Kekdahnya mokcik neh memang spesis takut kena tojoh ngan jarum tu walaupun dah 2 kali dah keluarkan ank, tapi masih fobia time menyerah diri utk dicucuk tak leh ilang lagi... Bukan senang tau nak derma darah, opis mokcik dh byk kali buat tapi kali neh jer mokcik berkesempatan utk ditojoh ngan jarum yg lebar dan besar nun.

Bila dah dicucuk dan bagi hemoglobin sbyk 450 ml kot tu, kesan tusukan jarum tersebut telah menyebabkan lebam sebesar bola ping pong di lengan mokcik. Kesan tersebut tak ilang lagi smpai sekarang neh, dah seminggu dah pong masih duk ada lagi...

Barisan urusetia yg sememe nya sentiasa setia gigih berusaha



Ni pulok barisan tukang tojoh jarum



Tempat kejadian dan tempat penyucukan dibuat



Selain cabutan bertuah ni antara "gula-gula" yg kami dpt



Asalnya kerusi sebelah mokcik tu kosong, hemoglobin mokcik dah nak penuh neh tetapi tetiba dia stop di tengah-tengah perjalanan... merajuk pulok doh...tak mo kuar pulok...



Awek sebelah dari RTM dah kena cucuk pong mokcik tak siap-siap lagi tau...Terasa sakit, nyilu dan sengal rasanya bila kakak nurse tu datang godek-godek jarum kak lengan mokcik. 3 kali tau, tak tau apa yg tersumbat dlm kapilari mokcik neh smpai darah merajuk tak mo kuar. Kerusi depan mokcik pulok tak sah citer lah mangsa tusukan asyik silih berganti jer...



Kerusi sebelah mokcik dihuni kakak CC kami pulok, mokcik baru siap tak leh bangun lagi, kena baring lama skit. Jangan ditenung sgt lengan mokcik yg sasa tuh, org lain sume lengan kecik kenit comel macam keladi bunting...mokcik pulak lengan cam benteng keladi hohoho...


Yang nyatanya lepas derma darah neh pening kepala yg amat sangat tau membawa sampai ke  lewat malam tau. Kepala rasa panas, badan pulok rasa macam nk demam, makan pong tak lalu. Tobat dah rasanya tak mo dah derma darah kalu cam neh lah gayanya efect dia...




Friday, April 22, 2011

APC

Semalam telah berlangsung majlis APC opis mokcik untuk tahun 2010. Yang paling bermakna dan saat istimewa majlis pada tahun neh adalah kehadiran Pak Menteri. Waahhhh kelas uollsss...

Inilah kali pertama Pak Menteri datang majlis APC kami. Amat beruntung penerima APC tahun neh sbb terima sijil dari tangan Pak Menteri. Saat yang tidak diperoleh oleh mana-mana penerima APC sebelum ini.

Majlis berlangsung di Hotel Hilton, PJ dengan sempurna walaupun ringkas, tahniah pada urusetia dan juga tahniah pada kawan-kawan penerima APC tahun neh.


Lokasi majlis  


Penerima APC dalam buku aturcara



Bersama Pak Menteri



Barisan penerima APC. Tahniah dari mokcik, semoga kekalkan kecemerlangan itu...


Tetiba geng kompang ada sini dalam laaa...



Mokcik dan maskjask (salah sorang penerima APC)



Bersama geng semeja makan. Malangnya berita tv3 mlm tadi meja kami tak dpt liputan dari cameraman pong... sib baik gak kalu dak....



Bersama geng mak pengantin pulok neh...