Sila Klik Iklan Ini

Thursday, July 23, 2015

RESEPI SEMPRIT LAVENDER

Semprit Lavender lagi.

Emmm, kali kedua menyemprit Lavender ni. Dah macam syok pulok buat semprit ni cuma kali ni buat color purple dicampur dengan sedikit merah. Dah nama pun lavender harusla ada unsur-unsur pepel skit kan tp color pepel macam tak ngam la ngan tepung ni. Oleh itu terpaksa masukkan skit warna merah tu yang hasilnya jadi ala-ala pink puplelish gitu hohoho



Diulang tayang balik sekali lagi resepinya. Terima kasih la siapa yang kongsi resepi di fb, mohon kebenaran cnp lagi sekali ye
Bahan2:
250 g butter
1/4 cawan gula kastor
1/2 cawan susu pekat
400 g tepung jagung
1/4 cawan tepung kastard
1 sudu teh esen vanilla
sedikit pewarna kesukaan

Kekdahnya:
1.  Pukul hingga sebati butter dan gula, tak perlu sampai kembang
2.  Masukkan susu dan esen vanilla dan pukul lagi
3. Ayak tepung jagung dan tepung kastard dan masukkan ke dalam adunan tadi
3. Uli hingga menjadi doh.
4. Bahagikan doh kepada 2 bahagian, satu biarkan warna asal dan satu lagi warnakan ikut kesukaan.
5. Terap menggunakan acuan semprit
6. Bakar pada suhu 160 C selama 15- 20 minit mengikut kesesuaian oven masing-masing menggunakan api atas dan bwh.

Tips penting:
Pastikan doh sentiasa ditutup dengan kain lembap untuk mengelakkan doh kering

2 comments:

aizamia3 said...

Lama nau saya tak singgah kat blog ni.. ;)

Unknown said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)