Sila Klik Iklan Ini

Tuesday, October 6, 2009

RESEPI KETUPAT PULUT DAUN PALAS

Rasanya dah lama dah acik ceni tak mengepost pasal entry masakan la. So kali ni chef sesuka ati yg tegar tapi skrg ni acik ada gelaran baru... "mok yg suka buat karangan" gitew. Acik akan tunjukkan kelas tutorial cara-cara nak membuat ketupat pulut a.k.a ketupat palas versi pantai timur bukannya ketupat versi utara. Cite skit bab perbezaan ketupat ni dulu yer... jangan mare tuan/puan kang mokcik ni suka wat karangan.

Hasil pemerhatian mokcik la disertakan secara ringkas perbandingan 2 versi ketupat ini.
  • Ketupat versi timur ni saiznya kecik skit berbanding ngan versi utara

  • Ketupat versi utara cara memasaknya pulutnya ada yg ditanak tapi versi timur pulutnya wajib dikukus. (Mokcik tak jumpa lagi pulut ditanak setakat ni)

  • Cara nak makan ketupat versi timur tak perlu dipotong hanya tarik skirtnya sahaja dan terus boleh dingappp sbb saiznya kecik (ehh ketupat ada skirt wa cakap luuu)

  • Ketupat pulut versi timur buncit sedikit perutnya sbb ketupat versi ni kalu tak buncit tu adalah ketupat ubi kayu.

Mokcik telah membuat ketupat ni masa weekend yg lepas dan daun palas tu didatangkan khas dari kampung. Ini adalah ketupat spesel resepi istimewa dari tokmek ni sbb ada inti serunding ikan. Masa balik Kl ari tu mokcik bawa 8 pelepah daun palas tapi akhirnya boleh digunakan 4 pelepah shj sbb sume sudah bertukar menjadi digimon hahahha (jadi kuning dan kering daaa).


Okkayla tanpa membuang masa mokcik sertakan resepinya. Ini adalah resepi turun temurun dari tokmek.


  • 1 kilo beras pulut (perlu direndam sekurang-kurangnya 3 jam). Petua dari tokmek kalu pulut sekilo maka kelapanya 1 biji. Senang sungguh nisbah ini.

  • 1 biji kelapa yg dibuat 2 gelas santan pekat. Kalau boleh perahan pertama adalah santan yg diperah tanpa air tapi kena perah pakai kain yg bersih.

  • Sedikit gula (mokcik main agak-agak je, mokcik buh dlm 2-3 sudu makan gula)

  • Satu sudu teh garam

  • Inti ketupat (serunding ikan, daging atau ayam). Ini adalah pilihan, kalu tak nak buh pong okkay tapi dah jadi trend skrg ini ketupat ada inti.
Cara buatnya.
  • Mula-mula kukus pulut yg telah direndam itu sehingga naik wap kata tokmek. Mokcik wat anggaran dlm 20-30 minit la macam nak masak nasi dagang gitew.
  • Pastu angkat pulut dan arong kata tokmek (ni bahasa tengganu) gaul (kata org di sini) ngan santan pekat yg 2 gelas tu bersama gula serta garam hingga mereka sebati ngan pulut. Petua tokmek masa ni arong dengan penuh kesabaran supaya sebati skit baru ketupat tu kenyal. Pastu kukus balik dlm 20-30 lagi.
  • Angkat dan gaul-gaul atau balik-balikkan pulut skit... biarkan sejuk seketika dan pulut sudah ready utk dibungkus ngan daun palas.
  • Pastu bleh la bungkus ngan daun palas hingga abis pulut sekilo. Mokcik wat pulut sekilo dpt dlm 50 bijik lebih kurang.
  • Rebus atau kukuslah ketupat tu selama 30-40 minit.
sarung ketupat


Serunding ikan utk inti. Ni mokcik beli ngan Su Lahia. Terima kasih bebanyak yer kalu dak ketupat mokcik tak berinti laa...




Santan pekat



Pulut yg telah direndam untuk dikukus kali pertama



Proses meng arong atau menggaul ngan santan pekat, garam dan sedikit gula



Ni pulut yg sudah siap dikukus kali ke 2 dan sudah ready utk proses membungkus




Step bungkus ketupat ni kena ada skil kalu dak tak menjadi.. jadi la ketupat ubi yg tak buncit itew...masukkan inti dulu yer sblm dibalut abis


Ini la skirt ketupat. kalu nak mkn tarik je skrit tu ke kanan pasti berjaya utk dimkan, tak yah nak potong-potong lagi dah



Contoh yg dah siap. Selalu rupanya tak cantik sbb ketupat mokcik senget skit, bucunya tak sama melengkung. Speed mokcik bungkus ketupat ni agak menyiput skit sbb tak terror lagi sehhh...Berbading ngan tokmek bleh siapkan 3 bijik, mokcik baru siapkan sebijik... kecian mokcik terhegeh-hegeh lagi



Ni belum dipotong tangkainya lagi. Dah siapkan sume baru acik potong lebihan tangkainya itu. Petua tokmek tangkai tu jgn dibuang sbb dibuat pelapek periuk time merebus ketupat supaya dpt elakkan ketupat hangus. Tapi kali ni mokcik buang je sbb mokcik kukus je ketupat tu, tak buat versi rebus pong.


Sedia utk dikukus. Ini la ketupat yg berjaya dihasilkan... Agak gigih jugak la mokcik nak siapkan ketupat sekilo ni. Maklum la speed tahap amatur lagi. Dlm 2 jam membungkus baru siap, tapi dibuat sambil tonton tv, tak der boring sgt. Sib baik japih dah tido kalu dak ngan japih skali ku bungkus jadi ketupat.

6 comments:

Don & Nor said...

orang ganu ni mmg gigih bab msk memasak ni yer kak..kalu wat nasi dagang pun berejam2...menguji tahap kesabaran sungguh. byk sgt step.. tp hasilnay mmg mabeless... x mampu teman nak layann.. teman layan makan jer blhlaa...hihi.

Selly Buke said...

baguih tul chef tegar nie.. paling suka tis blog bila post pasal resepi.. mesti step by step siap gambar lagik.. senang le den yang memang slow sikit bab memasak nie nak belajar.. hehe.. pas nie masukkan lak resepi nasi dagang ea.. bergambar tau!!

ceni therebeq said...

Kham: Demi anak tekak punya pasai kenala mokcik gigihkan jua sbb kat umah mokcik takdak kedai yg jual mkanan cam gini tak macam di pantai dalam nun...

Selly: Insyallah akan dimasukkan, tapi kena amek masa skit maklum la mokcik ni lah tukang masaknya, mokcik lah cameraman nya, jadi kekadang ada step terlepas...

safa said...

dasat makcik nih...tegar sungguh inii chef...kalo japih kene bungkus pakai daun apa erk? ekekekek....tak muhat ler daun tu ...sian mat japih yang comeiiiii

Anonymous said...

ivydwqqog http://crush-the-castle.com Crush The Castle

Anonymous said...

Sama mcm mak saya buat.saya org besut trg.