Sila Klik Iklan Ini

Saturday, January 14, 2012

IKAN TONGKOL ASAM PEDAS NYONYA

Resepi asam pedas neh mokcik main campak-campak sbb ingat-ingat lupa time tengok chef masakkan kat tv, tu la berlagak konon-konon bleh ingat... last-last main hentam saja lah labu.....kalu tak cukup rasa tu edjas jer mana-mana yg berkenaan yor...

 Ikan tongkol asam pedas nyonya
 Bahan-bahan
  • 1 ekor ikan tongkol siang dan cuci bersih
  • 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 batang serai
  • 5-7 tangkai cili kering
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • air asam jawa
  • bunga kantan dan daun kesum
  • secubit garam
  • sedikit belacan
  • sedikit gula dan perasa
  • minyak untuk menumis
  • apa-apa sayuran yang sesuai spt tomato, terung, kacang panjang, bendi dan sebaginya.
 Cara Masak
  • Kisar bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas serai, cili kering dan belancan
  • Panaskan minyak dan tumis semua bahan yang dikisar hingga garing
  • Masukkan air secukupnya dan biarkan mendidihkan
  • Masukkan ikan tongkol, air asam jawa, daun kesum dan bungan kantan
  • Masukkan garam, gula dan perasa, masukkan sayuran tambahan dan masak seketika hingga semua bahan-bahan masak.
  • Rasakan kesesuian garam dan gula, tambah mana yg patut jika kurang.
  • sedia untuk dihidangkan
  • Ada juga resepi asam nyonya ini dimasukkan daun pudina dan buah keras untuk memekatkan kuahnya tapi mokcik tak bubuh pun daun pudina tu sbb tak suka ngan rasanya yg macam ubat gigi tu...




 Asam pedas nyonya



Monday, January 9, 2012

ROMANTIKA

Kepada penggemar deko ala-ala henggeris mesti suka ngan Romatika de amor neh. Romantika home neh kami singgah masa blik kg ari tuh. Tak sangka pulok kat kampung mokcik ada kedai Romantika Home yg besar gabak neh. Kedai yang ada dua tingkat neh terletak di Jalan Paka ontheway ke Kerteh tu sblum sampai tmpt penjana letrik Sultan Ismail yg pernah menggelapkan satu semenanjung pada tahun 90-an dedolu kalau tak salah.

Macam-macam barangan hiasan yg ada di kedai. Saiznya pulok berkali ganda daripada kedai di amcorp mall yg kalu ditoleh ke kanan dan kiri nampak dinding kedainya.


Romantikan Home Mart


Siap disediakan troli


Gambar blur, maklumla amek curi-curi takut kena marah ngan abang la yg bertugas


Ini di tingkat atas




Thursday, January 5, 2012

GAMBANG RESORT WATER PARK

Selamat datang tahun baru 2012. Semoga tahun ini membawa penuh rahmat dan keberkatan kepada kita semua. 
Bermulanya tahun baru maka bermula semula sesi persekolahan, dan ke jemman jalan raya akan kembali seperti sedia kalanya.

Penutup tahun 2011 kami telah bercuti ke Gambang Water Park di Kuantan yang ditaja oleh Mok Ngoh, adik mokcik no.4. Terima kasih byk-byk untuk mok ngoh. Harap tahun depan kompeni mok ngoh akan untung jota-jota dan jotaaaa lagi supaya leh bawa kami bercuti ke tmpt hebak-hebak lagi...kalu leh tmpt yang jauh di mata lagi di nanti-nanti..


Kami sampai  awal satu jam, sebelum check in kul 3 sempat zhafif main kuda- kudaan ini. Kudaan di sini amat murah berbanding di KL neh. Pakej hotel yg kami duk ni berharga RM400 satu mlm, termasuk sarapan dan 4 pass masuk ke Water Park. Hotel ini macam apartment sbb ada 2 bilik dan 4 katil.


Sambil lunch di coffee house sempat gak kami tengok pertunjukan ular ini. Ular sawa, ular tedung dan juga anak buaya.


Acara wajib kakak dan zhafif kalu duk hotel. Walaupun hujan renyai tapi gigih nk mandi kolam gak tu. Dan yang heran ramai pulok bebudak duk mandi kolam neh.


Kakak yg baru pandai terjun telentang neh. Pi Pit yg baju merah sebelah tu tak habis-habis duk puji kakak, hebat kakak, hebat kakak bila dia xcited tgok kakak terjun camtu


Zhafif pulok baru pandai menyelam, kalu dak sebelum dia dia cam takut jer time mandi kolam


Famili mokcik, time sarapan sebelum pi water park


Kami masuk awal pg kat water park ini sbb dah byk cerita kami dengar kalu lambat nanti penuh ngan manusia, susah nak main nanti, kalu pelampung habis lg tak syok nak main. En. suami sorang-sorang je main slide neh, dia leh repeat smpai 3 round. Bila tengah hari skit Q panjang tak ingat manusia yg nak main slide ni sbb pelapik warna biru tu kena bw naik atas sekali.


Ini aja port yg kami dpt, cabana semua dah habis di book org, semalam lagi depa dtg book, mana kami tau kena book awai ingat leh sewa terus time dtg.


Ini di awal pg, org tak ramai lagi


Lunch dulu sblm sambung main air lagi


Manusia dah mula ramai dah..


Ini dalam kul 1 kot... penuh ngan manusia dah bertukar jadi Gambang People Park


Tak dak ruang, di mana-mana penuh  manusia...mungkin kawasannya kecik jadi nampak sgt sesak ngan manusia



cabana ni lah yg tak sempat kami nk booking


Ontway balik singgah kedai mkn dulu...sementara nk smpai di rumah, dlm 3 jam perjalanan gitew....Ada rezeki tahun depan moga mok ngoh menaja lagi percutian yg besh-besh lagi menghiburkan...




Friday, December 30, 2011

Avilion Admiral Cove, PD

Ini merupakan siaran tertunda minggu nan beberapa silam terdahulu...

Mokcik hangkut satu famili en. suami pi join kami lepak kat PD sbb mokcik kena kursus di PD neh pada week end beberapa minggu nan silam.. Week end beberapa minggu nan silam yor seminggu selepas balik dari Hotel Morib. Week end nan silam pulok mokcik pi famili day kuarga mokcik kat Gambang, gambar tak sempat dan uplod lagi.. tu citer entry akan dtg la yo...

Boleh dikatakan bulan Disember neh setiap week end kami pi masuk otel. Nak buek camno time neh la sume kerja nak di bereskan. Kebanyakan adalah last minit punya plan, tu yg sakit sendi tulang tok wi tu....

Hotel yg kami duk neh spt nama tertera di atas adalah bersebelah ngan Marina Bay PD iaitu tempat parking bot dan tempat traders rehat-rehat. So boleh la kami cuci mata tengok bot-bot yg ado... tengok ajor lahh kalu nk beli tu raso nyer sampai mokcik nyayuk pong belum tentu tercapai lagi....hutang rumah kek ataih darat neh pong ntah bilo boleh solosai pun tak tau lah jang oiii....

Ini adalah marina bay, otel kami nun di sebelah sinin ajor...



Tmpt kapal-kapal berlabuh



Macam-macam saiz dan bentuk rupa paras bot dan kapal yg ado sinih tau


Mula la berangan kalu dapat kapal neh barang sekilo pun jadi lah...leh gak wat tmpt mengopi ptg-petang hari.. Kalu tak dpt yg neh...


Dapat yg neh pun jadilah...


Kakak ngan koncu-koncu nyer... hehehe....Yg besh nyer kolam d sini ditutup kul 10 mlm bukannya macam kebanyakan hotel lain kolamnya ditutup jam 7 mlm. Tapi kat Morib hari tu lagi kedekut, ada ke patut kolam tutup kul 6.40pm, agaknya hotel yg ada theme park kena tutup awal kot sbb kolam mandi kat hotel di gambang resort pong tutup kul 6.40 gak


Zhafif yg xcited lelebey... yg seteres adalah bila zhafif masuk jer dlm air 5 menet terus ajak kuar cari tandas nk terkencing, bukan sekali dia nk terkencing 2, 3 kali tau...tu yg lomah tuu...


Ini di hadapan lobi hotel


Tuesday, December 6, 2011

ZHAFIF DAN KOLAM

Kali neh kmi nk setori pasal kesah zhafif yang kesunyian di kolam mandi. Tak dak sapa nk teman, kakak tak ikut kami, en. suami pulok tak bawak suar utk mandi dan mak lang pulok trajedi suar koyak sbb byk sgt terjun kolam smlm. Nampaknya kena la mak lang beli suar baru utk mandi bila kami ke pantai PD pulok next week.

 Inilah kolam mandi yg amat besh itew



Kena pakai pass masuk luh, ikat kat tgn spt mana-mana theme park lain


Tepi kolam renang tu ada supa dupa neh, apa lagi sonot lah zhafif lompat sana sini sinun sambil berposing gaya en. Hiroshi hehehe nama baru zhafif skrg tuh


Dah puas bersupa dupa dia masuk kolam pulok. Petang smlm kami tak masuk kolam cetek neh, kami main gelongsor jer. Lepas zhafif tertelan air kolam ala-ala kelemasan manja skit petang smlm terus dia merenggek nk balikla, nak kencing la katanya dan macam-macam lagi lah. Zhafif  neh sebenarnya pengayat skit tak mau main gelongsor tu, menjerit-jerit dia takut...Alahai anak jantan....


Ni jer acara balapan kegemaran dia iaitu lompat tak jauh hehehe...


Acara solo jer dia mandi kolam neh


Jom balik bilik... dah kecut berendam dari awal pagi


Ingatkan dah penat rupanyer dia sambung mandi jakuzi dlm bilik pulok...


Pastu pi lepak-lepak kat tepi pantai ngan mak lang sementara tunggu mokcik habis kerja utk check out


 Di The Piers waktu mlm


Sambut besday bos, sambut awal skit, inilah masa yg kami ada pong, next week dia dah nk bercuti panjang sebelum bersara dan akan meninggalkan kami semua... sedeyyyy....



Monday, December 5, 2011

GOLD COAST MORIB

Lokasi kami berkampung selama 2 hari ini adalah di Gold Coast Morib, bukan Gold Coast Sepang ye kenkawan. Itu hotel mewah RM700 hingga RM1500 satu malam. Pakej hotel yang kami duduk ini adalah RM200 ajork untuk studio suite. Kiranya bebaloi-baloi lah. Walaupun mlm tu ada jugak kenkawan kita ke sepang sana hehehe  kesiannn.... Mokcik dah emel dah peta lokasi, ni mesti tak baca peta dulu sblm pi. Sib baik Gold Cost Sepang tu tak jauh dari sini dlm 15 km ajer

Hotel ini adalah hotel baru dibuka dan tak dinafikan memang cantik, biliknya luas dan disediakan dengan faciliti yg hebak jugak lah kecuali tang makanan. Citer bab mkn memang out skit serbis nya kat sini. Dah la tak sedap dan tak byk pilihan asyik nk kena call ajork dulu baru nk dtg hantar. Minum pagi kul 11 baru smpai itupun setelah 2 kali di call. Supper pun macam tu gak kul 11 baru ada. Minum petang pulok kul 5 baru smapai. Hadehhhh penat mokcik asyik duk ngecall depa suruh hantar makanan ajer.

Berbeza ngan hotel yg pernah kami pi sebelum ini, kalu dalam jadual kata kul 10.30 mkn, kul 10.00 depa dah siap hidang dah... sib baik mkn ditanggung kalu kena byr tak tau ler mau kena makian secara berjemaah manegement sini...

Jalan depan, pintu masuk


round bout depan lobi


Belakang hotel ada The Piers, tempt lepak-lepak atas alunan ombak laut gitew sambil minum dan dengar life band


Tapi hanya dibuka pada mlm hari sahaja. Rasanya tmpt ini adalah lokasi pergambaran pilen bini-biniku ganster time dinner kampeni Intan Liana tu.


Ini rupa bentuknya tapi yg ni bukan tengah laut tapi di tepi dapur hotel


Dan yg besh dlm bilik ada jakuzi wooo, air ombak-ombak gitu bunyinya pulok macam space ship tau... eksited ler mokcik, maklumlah mokcik kang noreh getoh jer, takdak bendalah cam gini dlm kg mokcik, yang ado cumo kobang kobau dlm ladang gotah ajork.


Hotel ni gak ada theme park. Time check ini depa bagi free pas masuk 1 org setiap bilik utk 2 hari selama berada di sini. Kalu hangkut kaum kerabat sampai sekampung kenolah bocorkan poket beli pas masuk neh. Rega utk kanak-kanak RM 15 henggit dan dewasa dah lupo pulok makcik RM20 ke 25.


Rugi pulok kakak tak ikut kami kalu dak dialah org paling sibuk turun naik dlm theme park ini. Tapi elok gak dia tak ikut kami sbb risau gak mokcik sat gih kang dia kena vertigo pulok kang susah hati kami...





Friday, December 2, 2011

TINGGALKAN ZHAFIF DAN DIAN

Berat hati sungguh nak tinggalkan zhafif hari neh. Mlm tadi asyik merengek jer, nak tido ngan ibu, nk tido ngan ibu kata... sedey pulok. Alahai malam ni mokcik kena tido sensorang pulok ehhh...

Apa nak buat demi tugas dan berkhidmat untuk negara la katakan... mokcik teruskan jua... cheewah...Ye lah kalu tak dtg kang apa nk bagi alasan pada en. boss dan pas tu mesti gelap gelita masa depan. tatut ooo bab engkar perintah neh...

Harap-harap ayah dan zhafif boleh smpai awal la esok ke tmtp kami di Gold Coast nun, harap-harap en.suami tak tersesat lagi dan lagi dan lagi seperti mana sebelum-sebelum neh. En. suami neh memang jaguh  kampung bab sesat- menyesat kalau ke tmpt baru. 

Malam tadi sempat gak pesan kat zhafif 'tidur ngan ayah elok-elok tau, jangan merenggek tau... ibu nak gi kerja... terus dia muncungkan mulutnya dan cakap ayat standard dia ' alaaa ibu neh'...konon-konon cam merajuk la tu

Dah la mlm tadi zhafif tak berapa sihat, mulutnya byk ulser, putih-putih lidahnya, langsung tak nak makan. Sebelum ni tak pernah terjadi macam neh kat lidah dia. Susu pun tak mau skrg sbb tak leh nak isap susu. Yang paling sadis bercakap pun tak mahu dan yg amat teruk adalah nak bukak mulut pun tak mahu. Bila kita ckp nak tengok lidah dia... kecik jer mulut dibukanya. Sakit sangat agaknya tu

Lepas makan aisekerim vanila mlm tadi baru nk bercakap dan nak makan skit, itu pun beberapa cubit ayam goreng ajer dikunyahnya. Kami syak mulutnya jadi cam gini sbb dia byk duk kunyah durian. Hari selasa dia makan 5 ulas, hari Rabu pulak 4 ulas. Itu pun dah kena marah baru nak benti makan dian. Dia neh memang hantu dia, kalu lalu kat gerai dian mesti dia ckp 'emmm sedapnyer diannnn'sambil buat aksi geleng-geleng kan kepala nya, sepetkan matanya dan muncungkan mulutnya. Kalau tanya dia pokok apa yg ada di sepanjang jalan mesti dia ckp pokok dian tak kiranya pokok tu besar ke kecik ke, gemuk ke kurus ke, sume dia pukul sama rata adalah pokok dian.

Dian yg kami mkn ini adakah dian kampung yg opah tanam. Isi nya tebal dan lemak manis betul, sedap sungguh maklumla dian segar dari ladang. Kalau dian kat gerai tu tak sure yg sudah berapa hari gugur baru smpai ke tangan kita.

Di kampung opah memang ada byk pokok dian dan pokok buahan lain spt rambutan tapi yg sadisnya adalah terpaksa berebut-berebut dan berkejar-kejar membuat acara maraton balapan ngan en. kera dan en. monyet. Tak sangka sungguh en.  kera dan en. monyet ini pun menjadikan dian dan buah rambutan hidangan istimewa kuarga depa. Kalau depa tak amek baru la en. tuan tanah boleh merasa gitew kekdahnya... Kesian pulok pada en. tuan tanah... apa nak buat depa kat atas en. tuan tanah kat bawah... Tak dak rezeki tu..

Esok harap-harap depa berdua neh leh smpai awal skit, kakak pulok tak leh wat teman kami sbb kak tak dak bersama kami di sini. Dah kat kampung dah pong kakak neh.