Sila Klik Iklan Ini

Saturday, January 14, 2012

IKAN TONGKOL ASAM PEDAS NYONYA

Resepi asam pedas neh mokcik main campak-campak sbb ingat-ingat lupa time tengok chef masakkan kat tv, tu la berlagak konon-konon bleh ingat... last-last main hentam saja lah labu.....kalu tak cukup rasa tu edjas jer mana-mana yg berkenaan yor...

 Ikan tongkol asam pedas nyonya
 Bahan-bahan
  • 1 ekor ikan tongkol siang dan cuci bersih
  • 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 batang serai
  • 5-7 tangkai cili kering
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • air asam jawa
  • bunga kantan dan daun kesum
  • secubit garam
  • sedikit belacan
  • sedikit gula dan perasa
  • minyak untuk menumis
  • apa-apa sayuran yang sesuai spt tomato, terung, kacang panjang, bendi dan sebaginya.
 Cara Masak
  • Kisar bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas serai, cili kering dan belancan
  • Panaskan minyak dan tumis semua bahan yang dikisar hingga garing
  • Masukkan air secukupnya dan biarkan mendidihkan
  • Masukkan ikan tongkol, air asam jawa, daun kesum dan bungan kantan
  • Masukkan garam, gula dan perasa, masukkan sayuran tambahan dan masak seketika hingga semua bahan-bahan masak.
  • Rasakan kesesuian garam dan gula, tambah mana yg patut jika kurang.
  • sedia untuk dihidangkan
  • Ada juga resepi asam nyonya ini dimasukkan daun pudina dan buah keras untuk memekatkan kuahnya tapi mokcik tak bubuh pun daun pudina tu sbb tak suka ngan rasanya yg macam ubat gigi tu...




 Asam pedas nyonya



2 comments:

anitadiana said...

ceni sedapnya..tapi ini 1st time asam pedas ada kacang panjang..he..he..biasa tomato atau bendi..apa2 pun menarik...

Ceni said...

mak ita,

chef florance tu masukkan byk lagi sayur tau... kacang panjang, terung, bendi, daun pudina sume ada maaa...