Sila Klik Iklan Ini

Friday, December 2, 2011

TINGGALKAN ZHAFIF DAN DIAN

Berat hati sungguh nak tinggalkan zhafif hari neh. Mlm tadi asyik merengek jer, nak tido ngan ibu, nk tido ngan ibu kata... sedey pulok. Alahai malam ni mokcik kena tido sensorang pulok ehhh...

Apa nak buat demi tugas dan berkhidmat untuk negara la katakan... mokcik teruskan jua... cheewah...Ye lah kalu tak dtg kang apa nk bagi alasan pada en. boss dan pas tu mesti gelap gelita masa depan. tatut ooo bab engkar perintah neh...

Harap-harap ayah dan zhafif boleh smpai awal la esok ke tmtp kami di Gold Coast nun, harap-harap en.suami tak tersesat lagi dan lagi dan lagi seperti mana sebelum-sebelum neh. En. suami neh memang jaguh  kampung bab sesat- menyesat kalau ke tmpt baru. 

Malam tadi sempat gak pesan kat zhafif 'tidur ngan ayah elok-elok tau, jangan merenggek tau... ibu nak gi kerja... terus dia muncungkan mulutnya dan cakap ayat standard dia ' alaaa ibu neh'...konon-konon cam merajuk la tu

Dah la mlm tadi zhafif tak berapa sihat, mulutnya byk ulser, putih-putih lidahnya, langsung tak nak makan. Sebelum ni tak pernah terjadi macam neh kat lidah dia. Susu pun tak mau skrg sbb tak leh nak isap susu. Yang paling sadis bercakap pun tak mahu dan yg amat teruk adalah nak bukak mulut pun tak mahu. Bila kita ckp nak tengok lidah dia... kecik jer mulut dibukanya. Sakit sangat agaknya tu

Lepas makan aisekerim vanila mlm tadi baru nk bercakap dan nak makan skit, itu pun beberapa cubit ayam goreng ajer dikunyahnya. Kami syak mulutnya jadi cam gini sbb dia byk duk kunyah durian. Hari selasa dia makan 5 ulas, hari Rabu pulak 4 ulas. Itu pun dah kena marah baru nak benti makan dian. Dia neh memang hantu dia, kalu lalu kat gerai dian mesti dia ckp 'emmm sedapnyer diannnn'sambil buat aksi geleng-geleng kan kepala nya, sepetkan matanya dan muncungkan mulutnya. Kalau tanya dia pokok apa yg ada di sepanjang jalan mesti dia ckp pokok dian tak kiranya pokok tu besar ke kecik ke, gemuk ke kurus ke, sume dia pukul sama rata adalah pokok dian.

Dian yg kami mkn ini adakah dian kampung yg opah tanam. Isi nya tebal dan lemak manis betul, sedap sungguh maklumla dian segar dari ladang. Kalau dian kat gerai tu tak sure yg sudah berapa hari gugur baru smpai ke tangan kita.

Di kampung opah memang ada byk pokok dian dan pokok buahan lain spt rambutan tapi yg sadisnya adalah terpaksa berebut-berebut dan berkejar-kejar membuat acara maraton balapan ngan en. kera dan en. monyet. Tak sangka sungguh en.  kera dan en. monyet ini pun menjadikan dian dan buah rambutan hidangan istimewa kuarga depa. Kalau depa tak amek baru la en. tuan tanah boleh merasa gitew kekdahnya... Kesian pulok pada en. tuan tanah... apa nak buat depa kat atas en. tuan tanah kat bawah... Tak dak rezeki tu..

Esok harap-harap depa berdua neh leh smpai awal skit, kakak pulok tak leh wat teman kami sbb kak tak dak bersama kami di sini. Dah kat kampung dah pong kakak neh.


1 comment:

Cik Da said...

cuba bawa doyan dtg cini...hik3