Sila Klik Iklan Ini

Monday, October 24, 2011

KEK KARAMEL

Inilah penangan dunia blog memblog ini. Kuat sungguh pengaruh ehhh... termasuklah mokcik. Akibat tergoda ngan blog Kak Azlita masam manis yg saban hari duk tayang kek karemel yg amat jelita itew, teringin mokcik nak menerainya.


Kek karamel

Mokcik mintak izin kopipes resepinya yer. Jom kita tengok bahan-bahannya:

Bahan Karemel
1/2 tin susu cair
70g gula castor
1/2 sudu teh esen vanilla
3 biji kuning telur

Kacau susu dan gula hingga gula larut.
Kacau telur dan esen perlahan.
Satukan kedua2 bahan dan kacau rata perlahan aje.
Kemudian tapis ke dalam loyang gula hangus tadi.
Ketepikan.
Kalau nak dapatkan lapisan karemel yg tebal gandakan sukatan susu dan kuning telur.


Gula Hangus

2 sudu besar gula pasir

Sediakan loyang 8 inc.
Tabur gula dalam loyang dan masak atas api perlahan.
Biar gula hancur dan warna tukar jadi perang.
Biar gula sejuk. Gula yg sejuk ni akan keras dan akan retak2 dan berbunyi spt kaca pecah bila dah keras

Adunan Kek Bahan 1
70g gula kastor
3 biji telur kuning
135ml air
45ml minyak masak

Pukul telur kuning, minyak dan air sampai gebu dan tukar ke warna putih.
Kemudian masukkan gula kastor dan pukul lagi sampai naik sekali ganda.

Adunan Kek Bahan 2
140 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder


Matikan  mixer dan masukkan tepung dan baking powder yg telah diayak
Masukan  sikit2 dan kacau perlahan secara kaup balik hingga kesemua bergaul.

Merinque 
6 biji putih telur - pastikan jgn tercampur sedikit pun telur kuning
70g gula castor
1 sudu teh krim of tar2

Pastikan semua peralatan dalam keadaan kering
Pukul putih telur hingga berbuih
Masukkan gula dan tatar dan terus memukul dgn speed tinggi hingga adunan kental dan kaku. kalau kita terbalikkan loyang adunan putih telur tu tidak jatuh
Masukkan 1/3 bahan merinque kedalam adunan tepung tadi.
Gaul rata secara kaup balik
Kemudian masukkan semua baki adunan merinque dan ratakan dgn kaedah kaup balik hingga bergaul sempurna. Kacau perlahan sahaja.

Bahagikan adunan kepada 3 bahagian yg sama banyak.
Letakkan pewarna yang anda sukai.
Kemudian tuangkan ke atas lapisan karemel tadi.
Belang- belangkan adunan
Tuang 3 sudu lapisan biru, kemudian 3 sudu lapisan pink di tengah-tengah lapisan biru. Kemudian tuangkan pula  3 sudu lapisan kuning di tengah-tengah lapisan pink.
Buat begini sehingga 3/4 adunan, kemudian buat pula cara yg sama dgn 2 sudu pula.
Akhir sekali dengan satu sudu.
Lorekkan atas adunan dengan lidi.

Panaskan oven terlebih dahulu. Panaskan pada suhu 170 C terlebih dahulu. Bila dah masukkan kek dalam oven ita tukar pada suhu 160C
Gunakan api bawah sahaja.

Kaedah Steam Bath
Tuangkan air panas dalam loyang yg lebih besar dari loyang kek tadi.
Letakkan loyang yg berisi kek dalam loyang yg berisi air panas tadi
Letakkan pada rak bawah dalam oven.
Bakar kek pada suhu 160 C dengan api bawah selama 1 jam atau sehingga kek benar-benar masak.
Jangan buka pintu oven semasa proses pembakaran 1/2 jam pertama.
Selepas masak biarkan kek kekal dalam oven sehingga kek renggang di tepi loyang.
Terbalikkan kek atas pinggan dan biarkan kek turun sendiri.
Potong kek bila ia benar-benar telah sejuk.
Adunan sebelum dibakar


Biarkan kek turun sejuk dan turun sendiri baru boleh dipotong


Rupa paras kek yg sedikit cacat celanya


Tapi kira okay la sbb cubaan pertama neh..


Belang tu agak tak sekata skit...


Kek karamel yg sedia utk ditelan oleh tuan tanah. Kiranya tak menyesal la cuba kek ini.

 

3 comments:

duniaanita74.blogspot.com said...

ceni sedappppppppppppppppppppnya....meleleh air leuh ne...cantik mcm pelangi lah....

Cik Da said...

nak buat tapi tidak kesampaian huhuhuhu sedap gilerr nampaknya wlu pun percubaan pertama

mama4A's said...

dh lama perati kek ni kat blog2.. tp lum smpi seru la kak nk wat kek yg bnyk step nih.. sbb sy tk rajin.. huhuhu..

besar tu dpt kek nih. smpi ati biar teman sehalaman sepejabat nih meleleh ayaq liuq..