Sila Klik Iklan Ini

Thursday, October 20, 2011

BARU 3 HARI DAH TIADA

Grrrrr... geram nyer hati, sakit hati, luluhnya hati, sedey nyer hati... bak kata org semuanya berkaitan hati lah. Mau tak geram hati ibu neh, baru jer 3 hari usia spek mata kakak hari ini dah hilang... dah jadi arwah dah... 

Bila pi amek kakak kat sekolah petang td tengok dia tak pakai spek terus mokcik tanya mana spek? Dengan senang dan bersahaja jer dia jwb dah hilang... adushhh...terkejut bapak cimpanzi la mokcik. Spek tu baru siap hari Isnin, tup-tup hari Khamis dah hilang, baru 3 hari hokey bukan 3 bulan... hebak mung. Bukan sehenggit dua henggit spek tu kakak oiii...Dua ratus.. 

Dalam duk pesan hari-hari kat dia supaya jaga spek elok-elok, simpan dlm bekasnya, jangan letak atas lantai, simpan dlm beg tapi spek tu nak juga ghaib dengan jayanya...aduiyaaa...kakak ohh kakak...

Memang mokcik dah agak dah... boleh ke kakak jaga spek dia neh, sbb jaga alat tulis  yang senang tu pun dia tak lepas-lepas lagi. Asyik kena beli jer alat tulis baru. Pensel tak tau la dah berapa kotak  dibeli, pemadam pulok sampai dah padam dah ingatan kami tak terbilang dah berapa set telah diberi dan pembaris tak terkira dah berbaris-barisnya nya. Pensel kolor pulok tak yah ckp la dah berapa kontena kami beli semuanya lesap. Alat tulis tu tak per la sgt kalau nk kata kena beli selalu sbb reganya tak selebat rega spek neh walaupun kekadang tu hanggin jugak la time kakak mintak belikan alat tulis. Kami selalu tanya kakak hang makan ke pensel pemadam tu kakak oiii...

Spek tu mokcik dah pasang tali, supaya tak tercicir tapi si kakak ni pandai-pandai sangat pi bukak tali tu katanya tak selesa. Katanya spek tu hilang sbb dia masukkan dalam poket masa nak pi kanten. Lagi kami marah kat dia pasai apa sesuka sesuki hati bukak spek. Kami buat spek suruh pakai bukan suruh bukak kakak oiii.

Kalu kenkawan di sini ada idea macam mana nk atasi masalah anak yg tak pandai jaga barang neh bolehlah beri nasihat barang sekarung dua karung guni di sini. Kami tak mati kutu dah macam mana nak nasihatkan si kakak neh.


No comments: