Sila Klik Iklan Ini

Monday, November 14, 2011

EGGLESS CHOCOLATE CAKE

Selamat bersua kembali setelah sekian lama dan sekian kalinya seperti kebiasaan dan kelazimannya mokcik memulakan acara menyepikan diri lagi. Kali neh agak lama juga dari sebelum raya sehinggalah dah seminggu opss dah nak masuk 2 minggu dah pun selepas raya korban.

Seperti biasanya laa kalu lama tak singgah sini dan lama tak wat blog walking tak lain tak bukan disebabkan mokcik sedang mengalami dan sedansg menghadapi jiwa kacau. Ahh alasan biasa ko mokcik oiiii...tak dak alasan lain yg lebih gempak skit ker...

Minggu neh lagi kacau bilau bilu jiwa mokcik sbb byk laporan nak kena siapkan dan nk kena present, emmm gayanya kena stayback la hari-hari mendatang neh...

Lupakan sekejap jiwa kacau bilau bilu itu, jom kita tengok resepi kek cekelat yg amat lazat ini. Kek ini amat mudah disediakan tau, tak perlu pakai butter atau telur pong tau.. jom cuba reramai, tak nyesal kalu cuba...Tak caya tanya Dr. Ina sbb mokcik cedok resepi neh kat blog dia...mintak izin yer doc. mokcik cnp resepi kat sini, tapi mintak maap jugak pd doc sbb sedikit penderhakaan terhadap resepi neh mokcik telah zalimi.

Dua hari berturut-turut mokcik wat kek ini. Hari pertama buat bila dah siap bakar jer kek neh terus zhafif dan ibunya yg tak serapa nk kurus sekarang neh makan dengan ayu dan sopannya tetapi sedikit lahap sampai habis separuh kek tu kami bantai time mengopi pepetang hari di depan laman rumah sambil tunggu ayah blik keja dan sambil duk perati  budak-budak anak jiran kayuh beskal pepetang neh. Zhafif boleh habiskan  3 ketul sekali mkn kek ini.

Hari kedua buat lagi kek ini sbb zhafif mintak lagi, ibu tak der kek ker katanya... tu dia kami boleh habiskan 1 kuntum kek satu hari wooo...Agak sopan kalu guna satu kuntum berbanding kalu mokcik tulis 1 biji kek nampak sgt kami gelojoh mkn kek kih kih kih. Tapi kek ni memang tak berapa besar pun sbb pakai 1 cawan tepung jer... Jom kita perati resepinya


Kek cekelat tanpa telur




 
Bahan-bahan : loyang kecil
  • 1 cawan tepung gandum*
  • 1/3 cawan serbuk koko hitam* (serbuk koko lain pun boleh)
  • 1 sk serbuk penaik*
  • 1/2 sk soda bikarbonat*
  • 1/4 sk garam
  • 3/4 cawan gula pasir / gula halus (dikisar halus seperti gula icing)
  • 1/3 cawan minyak masak sayuran / minyak jagung (mokcik pakai butter yg dicairkan dlm microvawe jer)
  • 3/4 cawan air kopi panas (mokcik pakai kopi 3 in 1)
  • 1/3 cawan susu segar
  • 1 sk esen vanilla
  • 1 sk cuka / jus lemon
Cara-cara :
  1. Sediakan loyang kek. Griskan dgn mentega dan taburkan sedikit tepung. Panaskan oven pada suhu 170-180 C.
  2. Di dalam mangkuk adunan, ayakkan bahan-bahan bertanda *. Masukkan gula dan kacau rata-rata.
  3. Masukkan bahan-bahan selebihnya (kecuali cuka) dan barulah dikacau sebati dengan menggunakan senduk kayu / spatula. Kacau mengikut arah pusingan jam. (pastikan air kopi btl2 panas)
  4. Tapiskan adunan.
  5. Masukkan cuka dan terus kacau serta merta selama 20 saat.
  6. Tuangkan cepat2 adunan ke dalam loyang dan bakarlah selama 30-40 minit atau sehingga masak. (suhu bergantung pada jenis oven masing2).
  7. Setelah masak, sejukkan kek semalaman sebelum dipotong. Nak hiaskan dengan ganache pun ok.
Jemput makan




3 comments:

anitadiana said...

nampak senang dan gebu lah ceni laupun tak pakai telur...rajin2 lah up-date blog ya bos...

Aida78 said...

nakkk cikit....klu bagi kat sulahia mau dia makan ni sbb x da telor....

mama4A's said...

nape agknya kena sejukkankek semalaman kak? sy rasa sbb dia punya tekstur w/pun moist tp senang pecah.. rasa sy la.. sbb sy buat dlm mufin cup.. bila mkn tk sedar dh 3 bj. hahahaha..

mmg best recipe nih. :)