Sila Klik Iklan Ini

Sunday, October 16, 2011

DAH RABUN

Esok akan bermulanya peksa (exam) sekolah kakak untuk terakhir sesi persekolahan tahun ini. Ibu doakan moga kakak dapat jawab dengan baik dan tak buat silap. Kalu peksa awal tahun dulu dia ada mengadu tak boleh siapkan Matematik sbb kwn-kwn asyik bising, tak boleh nak pikir katanya. Kali ni harap-harap kawannya kakak semua kusyuk dan tawadduk serta penuh keimanan time jwb exam.

Cerita pasal kakak ni hari tu ada jugak kakak duk mengadu tak nampak apa yang cikgu tulis kat depan. Terus mokcik cakap "kakak duduk lah kat depan baru nampak, cakap kat cikgu nak duk kat depan". Pastu kakak cakap "Kakak dah duduk nombor dua dah tapi tak nampak jugak". Mokcik pun cakap kalu macam tu membontot jer belakang cikgu, ikut jer cikgu mana saja cikgu pergi...

Pagi semalam kakak tunjukkan surat dari sekolah, surat saringan kesihatan. Jelas tercatat dalam surat tu anak tuan/puan perlu memakai kata mata. Apa? baru darjah satu dah kena pakai kata mata? Aduh macam tak percaya la pulok anak dara aku neh kena pakai spek...hilang dah ayunya... ayu ker?

Sebelah petangnya balik dari makan kambing golek dari Putra Mahkota rumah kawan Alang yg buat aqiqah heronya kami  pun lajakkan diri ke optometris sbb nak check mata kakak neh betul ke dah rabun.

Hampir satu jam di kedai optometris tu terkejut kami ngan keputusan check up mata kakak neh. Belah kanan powernya 300 dan belah kiri powernya 200. Agak tinggi tu... Selama ni kami ambil sambil lewa ingatkan tak serius sbb tgk dia cam ok jer. Kalu mokcik dulu power tinggi cam gini masa kat uni kalu tak salah. Lagi satu kakak neh ada penyakit lazy eye kata budak yg buat check up tu. Lazy eye kalu tak dibetulkan visionnya effectnya adalah sampai ke tua lah had rabun itu akan kekal kat situ. So untuk atasi masalah ini kena pakai spek supaya visionnya dibetulkan.

Emmm.. nampaknya dah bertambah lagi sorang waris rabun generasi kami, setelah ibu, ayah dan sekarang kakak pulok kena pakai spek. Harap-harap adik tak ikut jejak kami la lepas neh...Menderita ooo pakai spek neh...Bersyukurlah pada korang yg mempunyai mata sihat segar bugar bak bunga di ladang.

Spek kakak

4 comments:

Aida78 said...

waa baru darjah satu kena pakai spek....cian nya klu sukan mesti ssh 2....sekse bila pakai spek sbb x nampak nak main futsoll pun x buleh takut spek patah huhuhu....

anitadiana said...

alah cian nya si kakak...tinggi lah tu power nya..tapi tak pa...jajni dah boleh nampak jelas..nak buat mcm ne dah keturunan...

aizamia3 said...

betul.. bersyukur tak perlu pakai cermin mata..

Ceni said...

Cik Aida: memang setuju seksa pakai spek neh, rimas...

Mak Ita:Harapan kami moga adiknya tak ikut jejak kamilg lepas neh..

Mas:Akak rindu masa kecik dedolu yg lum pakai spek, selesa jer rasanya