Sila Klik Iklan Ini

Saturday, July 2, 2011

KARANGAN BUAT...

Sambungan...

Hari ini dah tak emo lagi dah cuma finding nemo jer. Kalu semalam emo sampai tahap cakar dinding lah sampai leh wat silent komidi bersama kumpulan jamban yg turut dianggotai oleh dot dot...hehehe... ampun tobat kena sembur ngan geng jamban sat gih neh...

Untuk bos yang baik budi...
Mokcik secara peribadi menyusun jejari yang tak berapa nak runcing bak jejari kentang neh memohon kemaafan atas kesalahan fahaman yang timbul. Mokcik terima segala keputusan bos walaupun dituduh biadap, sbb itulah hukuman karma yang terpaksa kami terima atas kejahilan kami...(macam pejal tahir pulok doh)

Bos yang kami hormati,
Bukan niat mokcik nak belakangkan bos, kalu lalu belakang bos tu biasa sgt time meeting MJA. Bos percayalah ini semua cuma salah faham ajer. Mokcik ingat peg bahagian lain pong sama kekdahnya cara permohonan seperti  yg kami buat neh sbb fahaman kami emel yang dihantar itu adalah bertujuan untuk merisik sahaja dulu, kata putus akhir adalah dari bos sendiri kerana borang perlu diisi kemudian bukannya semasa time merisik tersebut.

Bos yang amat prihatin,
Mokcik terima segala keputusan bos sbb "Boss is always right". Apa hak mokcik nak sanggah keputusan bos nak pulok ni semua salah mokcik kerana terlalu exited nak mohon sampai terlupa daratan bak hanyut di lautan cina selatan.

Bos yang disanjungi,
Mokcik faham akan keputusan bos yang mana tulang tenaga kerja 40 kerat mokcik lebih diperlukan di sini berbanding pergi ke sana. Tapi kalau bos benarkan kami berempat ke sana pong kekuatan unit kita masih terserlah dengan jitu dan gagah perkasa sbb jumlah anggota peg yang masih tinggal di sini masih berjumlah 13 orang untuk meneruskan kerja-kerja askar-askar pi belayar. Tapi apa kan daya bukan jodoh pertemuan mokcik untuk ke sana.

Bos yang baik hati,
Mokcik secara halusnya amat bangga ngan keputusan top mgmt neh. Sepatutnya bos pun perlu bangga spt kami jugok. Sebab mokcik bangga sangat adalah inilah julung dan julang kalinya keputusan top mgmt utk hantar peg paling ramai ke obersea dari kita. Maksudnya peg unit kita neh dah capai tahap pisang montel yg panas baru kuar dari kuali, sbb ramai yg berpotensi dan terpilih. (ini adalah ayat riak, peg unit lain silalah jeles secara berjemaah yer)

Bos yang disayangi,
Mokcik sudah boleh tenang dengan segala keputusan bos, sbb bos mesti sudah fikir yang terbaik untuk mokcik. Jasa bos pada mokcik tak terbalas, walaupun mokcik amat gemar makan ketupat palas. Cuma mokcik rasa ralat skit sbb peristiwa sedey neh berlaku pada hari pertama lapor diri... uwaaaa tetiba rasa nak cakar dinding balik...kena cari geng jamban dulu...

Bos yang baik budi,
Mokcik redha keputusan bos ini, mokcik akan kerja lebih keras kejung lagi dan akan beringat supaya kesilapan sebegini tidak akan berlaku lagi. Walaupun bos kata program neh ada setiap tahun tetapi peluang yang datang bukan senang nak dirembat, bukan senang nak disambar. Belum tentu tahun depan mokcik ada kelapangan untuk ke sana. Ya la kot-kot kan ter ada baby ker...hehehe. Apa pong mokcik terima segalanya ini...Sbb:-

1. Ada hikmah disebalik semua ini.
2. Bukan lagi rezeki mokcik untuk kali ke 3
3. Usah dikenang pada yg bukan rezeki kita...

Sekian...


4 comments:

Kherun said...

alohai mokcik... harap2 lepas ni tak de kali yang keempat...

aizamia3 said...

suka dengan karangan 'geram' akak tu.. hikhikhik.. print screen pastu emel kat bos..

mama3A's said...

begitulah seadanya bila kita masih dibawah insan bernama Bos... huhuhu

Ceni said...

Kak Yo: mokcik pong buat harapan yg sama, tak der keempat, kelima keenam...

mas: ada bran ker nk print watikah utk bos neh... boleh gelap masa depan neh...

mama3A: bila la nk dpt bos yg sporting sket, selalunya kalu dpt pong tak lama, sekejap jerrr...