Sila Klik Iklan Ini

Thursday, March 31, 2011

ROTI JALA

Jom kenkawan kita menjala pulok tapi menjala pakai tepung yer bukan pakai jala yang berjela tuh. Resepi neh mokcik amek kat koleksi 100 kuih muih Malaysia tu, kat mana lagi kalu bukan kat sinun.

Mokcik bagi trick skit kalu nak menjala roti jala pepetang bersama ngan en. kopi yg pekat melikat si hitam manis. Jalan pintasnya mudah ajork iaitu masa masak utnuk makan tengah hari tuh masak kari banyak-banyak skit pastu balen nya bleh makan ngan roti menjala petang karang.

Mokcik masak kari peberat kakak iaitu kari ikan, kari ayam kureengg skit pada kakak. Kalu makan kari ikan bertambah-tambah nasik, musti dia asyik duk ulang cakap, sedap nya kari neh, sedap nyer kari neh.

Encik Roti Jala,
Ehh tetiba kaki tembun ter enterprem muncul kaki di bawah nun... cuba teka sapa yg empunya kaki tembun tuh? Bleh wat kontes mencari benda tersembunyi neh hohoho...

Bahan-bahan:
  • 500 grm tepung (mokcik wat sikit ajork pong tak sampai 500 grm)
  • 500 ml air atau secukupnya
  • 2 biji telur (mokcik buh sebijik ajork sbb wat tepung dikurangkan)
  • 1 sudu teh sebuk kunyit
  • 1/2 sudu teh garam
  • minyak secukupnya
Kekdahnya:
  • Bancuh tepung dan semua bahan kecuali minyak supaya menjadi adunan yang halus dan lembur.
  • Panaskan kuali dan sapu rata minyak di permukaan kuali 
  • Layangkan adunan menggunaka acuan roti jala
  • Bila dah masak, angkat dan lipat menggunakan kekdah segi tiga, segi empat atau gulung
  • Hidangkan ngan kuah kari ayam atau ikan atau apa-apa kuah yang disukai. Boleh juga dimakan ngan kauh durian atau kuah serawa.

 Roti jala yang siap sedia di perbarisan


Duhai en roti jala walau pun rupa mu nan senget benget dan saizmu yg kecik besor tak der aku kesah pong...



 Jemput makan


No comments: