Sila Klik Iklan Ini

Monday, March 14, 2011

PETAI JERUK

Kepada kenkawan yang belum pernah lihat dan belum pernah nampak bersama-sama ini dikemukakan rupa paras dan bentuk fizikal encik petai jeruk yang budiman. Kalu sebelah negeri di pantai timur spesis makanan ini dibuat bertujuan supaya petai dapat disimpan lama dalam kuantiti yang banyak.

Yer lah kalu kat kg orang yang rajin panjat pokok petai akan dapat petai berkodi-kodi, berkarung-karung, berguni-guni, berkoyan-koyin laa, mesti tak der tempat nak simpan bendalah ni, nak pulok zaman dedolu mana ada peti ais bagai. Lagikan pun kalu dlm peti ais berapa papan jer bleh simpan. So caranya  adalah buat petai jeruk neh sebagai salah satu cara pengawetan supaya petai yg banyak ini dapat disimpan lama.

Harus kita respek pada org dedolu sbb kreatif dan inivatif time tuh duk cari idea camner nak simpan makanan supaya tahan lama walaupun teknologi yg belum tiba time tuh. Tujuan petai jeruk neh dibuat seperti kita buat pekasam lah...   

En.petai jeruk

Cara nak buat petai jeruk ini adalah:
  • Renihkan air dalam periuk yang besar hingga mendidih. Saiz periuk adalah bergantung kepada bilangan papan petai yang anda ada. Kalau banyak berpapan papan dan papan maka gunalah periuk yang agak besar skit supaya semua petai dapat muat.
  • Rebus petai berpapan-papan dan papan tadi seketika di dalam air mendidih, tapi jangan terlalu lama agak-agak sehingga kulitnya layu sahaja sbb kalu ter over cook nanti isi petai akan lembek dan tak ranggup untuk dikunyah. Bila kulit petai dah layu cepat-cepat keluarkan dari air yang mendidih dan rendam dalam air biasa untuk stop cooking proses.
  • Keluarkan mata/ biji petai itu daripada kulitnya.
  • Sejatkan biji- biji petai yang ramai itu.
  • Gaulkan dengan garam dan biarkan seketika.
  • Pastu isikan petai-petai yang ramai itu dalam balang.
  • Masukkan asam keping dan air.
  • Biarkan beberapa hari sebelum boleh dimakan.
Jom kita gooooole skit pasal sejarah dan keturunan anak beranak serta sepupu sepapat petai ini.

Setelah di wiki kan disertakan susur galur en. petai yang budiman dan sungguh berjasa ini.

Pokok Petai merupakan sejenis tumbuhan dalam famili Leguminosae yang berasal dari kawasan Asia Tenggara yang beriklim panas lembap. Pokok ini selalunya tumbuh meliar di dalam hutan-hutan Malaysia, Indonesia, Brunei and Thailand, tetapi jarang didapati selain kawasan Asia Selatan. Nama botaninya Parkia speciosa - Hassk.

Ciri fizikal

Pokok Petai merupakan pokok saka yang besar dan rendang, dan boleh tumbuh setinggi 30
meter. Buah petai terdapat dalam deretan panjang dan nipis yang dikenali sebagai "papan". Setiap papan buah mempunyai antara 12 hingga 15 biji benih tersusun memanjang sepanjang buah. Buah ini, yang panjangnya sehingga 50 sentimeter apabila cukup tua, mempunyai kulit yang tebal tetapi lembut, benih dan licin berwarna kemerah-merahan. Biji-biji inilah yang dimakan kadang-kadang mentah dan kadang-kadang dibakar. Buah petai sering dimakan sebagai ulam oleh peminat, tetapi kurang popular kerana mempunyai bau yang kuat. Biasanya, petai dicicah dengan sambal untuk dimakan bersama nasi. Biji-biji petai yang dikupas, biasa juga dimasak sambal tumis bersama udang atau kerang.

Khasiat
Berdasarkan kajian, buah petai yang berbintil-bintil pada papannya dikatakan mengandungi kadar
protein dan lemak yang tinggi berbanding tumbuhan hutan yang lain, iaitu sebanyak 8 peratus, 11 peratus karbohidrat, 71% air, banyak mengandungi kalsium, fosforus, zat besi, vitamin A, B1, B2 dan C.

Sebenarnya kandungan pemakanan biji petai berbeza mengikut umur dan kesegaran bijinya. Buah petai yang kecut ataupun bijinya tidak membulat mempunyai kandungan khasiatnya kurang. Dalam
perubatan tradisional Melayu, biji petai dipercayai berkesan untuk merawat penyakit jantung dan penyakit kencing manis, mencuci buah pinggang, serta untuk mengeluarkan cacing daripada kanak-kanak yang kecacingan.

Pembiakan
Pokok petai mula berbunga ketika berusia lima tahun.
Pendebungaan pokok ini adalah melalui spesies kelawar Eonycleris spelaed yang juga merupakan agen pendebungaan bagi Pokok Durian. Oleh kerana pokok petai dan pokok durian adalah bermusim, kelawar Eonycleris spelaed mencari makan dari madu pokok Bakau jenis Sonneratia pada musim yang lain.

Pokok petai biasanya ditanam menggunakan biji benih.

Jenis petai
Pokok Petai (Parkia speciosa)
Pokok Petai Kerayung (Parkia javanica) Pokok Petai Maranti ( Parkia ingsularis), Pokok Petai Nering ( Parkia sumatrana).

No comments: