Sila Klik Iklan Ini

Wednesday, March 30, 2011

CUCUR JAGUNG


Cucur jagung

Jom kita menyucurkan jagung pulok hari neh... sesuwie bebenor kalu dikunyah time pepetang remang nan senja. Pepagi pong tak salah juga kalu nak dikunyah. Jagung untuk buat cucur neh kami dapat semasa balik kg ari tuh adalah barang 2,3 ketul jagung yang opah bagi.

Cucur mokcik tak cantek, dah lah senget benget, bertanduk pulok tuh bak katanya anak kak maskjask hohoho...Kalu di kampung mokcik spesis makanan neh dipanggil jemput-jemput jer... jemput makan...

Mokcik tak pentingkan rupa paras empunya badan encik cucur neh yg penting ia mesti sedap dimakan dan yang wajib ada adalah cucur mesti lembut di dalam tetapi ranggup di luar. Secret resepinya adalah bancuh menggunakan air suam dan bancuhan hendaklah lembek. Jangan bancuh dengan air yang sedikit, elakkan bancuhan yang keras berketul-ketul nanti cucur jadi liat dan berketul-ketul lah urat rahang korang time menyungah nanti...

Bahan-bahan:
  • Tepung gandum
  • Jagung 2-3 ketul disagat
  • Bawang merah
  • Cili merah
  • Serbuk kunyit/ kunyit hidup
  • Udang basah atau udang kering atau ikan bilis (ikut selera memasing)
  • Sedikit garam
  • Serbuk cukup rasa
  • Air secukupnya 
 Kekdahnya:
  • Tumbuk bawang merah, cili hingga lumat
  • Bancuhnya semua bahan menggunakan air secukupnya
  • Sedia untuk digoreng menggunakan minyak yang banyak
Kami makan cucur neh ngan sos kopok lekor...emmm wallah menyelerokan... lagi sodap berbanding ngan sos cili biasa

No comments: