Sila Klik Iklan Ini

Thursday, March 10, 2011

BUAH MELAKA

Jom kita mulakan langkah arjuna untuk ke medan pemanasan kuali, periuk, sudu dan belangan... moh ke dapur kitee...

Kali ni kita mulakan ngan resepi kuih melayu lama neh iaitu Buah Melaka atau pun org kampung mokcik panggil Melacca Fruit hehehe. Ampun org Melaka jangan marah...mokcik dah terikut ngan Abang Jem pulok. Kuih ni sejak kecik mokcik suke makan tau nak- nak pulok time bulan pose... wadusss nyaman jer donia bila buah melaka ni mencecah anak tekak weyy...nekmat-nekmat... Kalu belah pantai timur kami panggil kuih ni onde-onde

Agaknyer memang mokcik neh sah spesis org tetuo lamo, org tetuo yg tradisional gituh sbb suke bebenor ngan kueh mueh yg klasik ala-ala melekit terbelit kat ank tekak neh. Contohnya mokcik neh pantang nampak dodol, kueh koci, puteri mandi, tepung bungkus, kueh peria (susah dah nk jumpe skrg), tepung bunga (ramai tak kenal neh), golek abu (neh pong ramai tak kenal sbb mkanan belah pantai timur), bubur butir nangka dan byk lagi lah... pantang-pantang nampak wehh pasti kena kisar neh.

Okeylah disertakan resepi Buah Melaka neh yg diambil dari koleksi 100 Kuih Muih Malaysia kompilasi wanorizan.

Onde-onde

Bahan-bahan:
  • 1 bungkus tepung pulut (mokcik wat separuh je)
  • 1 cawan tepung gandum (ni pong guna separuh gak)
  • 1 sudu kecik garam
  • setengah sudu kecil pewarna (mokcik guna skit jer pewarna sbb dah guna air perahan daun pandan, lagi wangi baunya)
  • 2 helai daun pandan untuk air rebusan
  • Gula melaka yg dipotong halus-halus (mokcik pakai gula Nesan yg dibeli time balik Ganu)
  • Air secukupnya
  • Kelapa parut

Kekdahnya:
  • Gaulkan semua bahan kecuali kelapa dan gula melaka dengan air hingga sebati dan sehingga menjadi doh yang lembut.
  • Gentelkan doh sebesar guli dan masukkan gula melaka yang telah dipotong kecil ke dalamnya, gentel sehingga menjadi bebola.
  • Sementara tu jerang air dalam periuk hingga mendidih.
  • Masukkan bebola yang telah digentel itu ke dalam air mendidih. Bebola akan masak bila ia terapung. Angkat dan sejat seketika.
  • Gaulkan bersama kelapa parut.
  • Sedia untuk dihidang tapi awas air gula yang mencair jika dimakan semasa panas.
 Ini untuk jiran kami...

4 comments:

Ana farha said...

teringin gak nak wat sendiri kueh paling senang ni.. tapi biasalar.. malas sokmo..

peperiksaan kenaikan pangkat secara lantikan (KPSL)

Ceni said...

Ana Farha,
Mokcik pong sama, virus M tu memang selalu singgah.

Cuma anak-anak lah kalu time weekend musti dia tanya minum petang kita apa ibu? makan petang tak der ke ibu? tu yg lomah time dongar tu...

mama4A's said...

sedapnya... jiran sini tk hntr pulak? hehehe..

BUNGA said...

wahhh.. nampak sedap.... senang je rupanya nak buatnya. harus kena buat sendiri lepas ni :)