Sila Klik Iklan Ini

Friday, March 4, 2011

IKAN REBUS AIR ASAM

Selalunya air asam akan dimakan / dicecah ngan ikan bakar tapi mokcik wat kelainan skit iaitu dicecah ngan ikan rebus. Tapi kali ni bukan dicecah tapi direndam hohoho...Kalu kat cafe tingkat 8 opis mokcik selalu gak nampak spesis makanan sebegini di jual dan mokcik lah akan jadi pembeli tegar terhadap menu ini yang tak jemu-jemu duk kunyak ikan rebus ni. Mokcik ni memang penggemar ikan, kalu diberi pilihan antara ikan dan ayam maka mokcik akan dipilih ikan dulu. Sbb apa? adakah sbb mokcik orang ganu?.. tapi ada gak orang ganu yang tak makang ikang pong...

Jeng-jeng mokcik suka ikan sbb mokcik suka kisar kepala ikan, sirip ikan dan tulang temulang ikan hehehe.. habis licin mokcik kerjakan tau...eemmm sedapnyer tulang ikan ni rasanya manis tau... setakat kisar mengisar ngan gigi jer lah tak makan pun tulang temulang tu.. kang tersangkut kat esofagus satu kerja pulak nanti.  


Ikan rebus air asam

 

Bahan-bahan:

Ikan rebus
  • Siang dan basuh ikan bersih-bersih
  • Rebuskan ikan bersama sedikit garam, asam keping dan sedikit air

Air asam
  • Tomato 1 biji
  • Cili merah besar 3 tangkai
  • Cili padi 3 tangkai
  • Bawang merah 3 ulas
  • Air asam jawa secukupnya
  • 3 biji limau kasturi (tak letak tak per sbb air asam jawa dah ada)
  • Sos ikan
  • Belacan
  • Sedikit gula
  • Sedikit sos tomato
  • Sedikit kicap
  • Sedikit cukup rasa
Hiris halus-halus tomato, cili padi, cili merah, bawang merah dan campurkan dengan semua bahan di atas. Gaul hingga sebati dan mesra. Boleh juga ditumbuk tapi mokcik buat spesis ekpress jer main hiris-hiris gitew. Dah siap digaul sebati bolehlah dihidang sebagai bahan pencecah untuk ikan atau daging bakar... yumm yumm


3 comments:

Admin said...

Assalamualaikum...

Terlawat blog ni pada artikel mengenai masakan pula.. dah la masa sy melawat ni dah masuk tgh hari.. perut pun lapar.. memang nampak menyelerakan makanan dlm gambar tu...

Ceni said...

salam kenal En. Ahmad

Cantik blog IT tu...

Yg ikhlas,
mokcik yg rabun IT

Suhana said...

Hai..salam perkenalan.. Erm sedapnye menu dia.. pose2 ingat arini nak buat menu ni berbuka pose..tq MOKCIK..anyway maila singgah blog kite. http://guavasue86.blogspot.com