Sila Klik Iklan Ini

Wednesday, January 20, 2010

POP CORN



POP CORN


Ini adalah resepi simple bagaimana nk buat pop corn. Sumbernya adalah dari chef Laura (French at Home) tapi sedikit penjejasan telah dibuat (seperti biasa acara wajib pd resepi ni). Sbb nya chef ini buat pop corn ala-ala rempah iaitu dimasukkan bawang putih dan beberapa rempah lain tapi yg daku buat penjejasan ini adalah utk hasilkan pop corn versi manis.

Masa makan pop corn ni kakak cakap macam tengok wayang la ibu, terus dia pergi padamkan lampu utk tengok tv dlm kesamaran cahaya lampu.

Bahannya:
  • Sedikit minyak masak (dlm 2-4 sudu)
  • Sedikit jagung
  • Butter/ majerin
  • Sedikit gula (2-4 sudu)
Cara Masak
  • Masukkan minyak dlm periuk 
  • Bila minyak agak-agak sederhana panas masukkan jagung dan tutup periuk
  • Masak dengan api perlahan sambil periuk hendaklah digoyang-goyang (digerakkan) supaya jagung masak sekata
  • Jagung akan masak bila dengar letupan dan jagung semua akan masak bila tiada letupan berbunyi.
  • Bila dah masak ketepikan seketika.
  • Dlm kuali lain masukkan majerin/ butter dan sedikit sahaja minyak. Minyak bertujuan utk elakkan butter hangus
  • Masukkan 2-4 sudu gula ikut kesesuaian dan masaklah hingga gula hancur. Jangan sampai gula bertukar menjadi perang sbb akan pahit rasanya.
  • Bila gula dah cair sepenuhnya siram atas pop corn yg telah masak tadi
  • Kacau-kacau supaya siraman gula sekata dan sedia utk dimakan


 jagung utk pop corn



Time masak sblm jagung meletup-letup, jangan letak byk jagung nanti melimpah satu periuk



2 sudu jagung sahaja dan hasilnya setengah periuk tau




pop corn yg sedia utk dikunyah

3 comments:

mama4A's said...

hok alahh... chef tegar buat pop corn la pulak!! pas nie tkyah beli kat kaunter TGV /GSC kan.. buat siap2 dari rumah... takpun pas nie pasng layar jer kat umah.. beli DVD (tp pastikan yang original k.. kalau tak ori ti kena tangkap la pulak!!) hahaha

Saliha said...

ala...kite pn penah buat popcorn ni sendiri..tp waktu nk campurkn popcorn tu dgn flavour tu mcm susah nk bg sekata...ada bhgn yg xkene la..xsedap jdnye bhgn yg xkene..tawar je..lps tu jd byk gile...sampai xlarat nk makan...bile dh lame sikit...cepat je msk angin popcorn tu ehehehe

ainie aziz said...

ohhh ceni, time kasih bebanyok sbb bagi resepi ni. akan aku buat kat umah nanti. luv u muah muahhh!