Sila Klik Iklan Ini

Wednesday, January 13, 2010

NASI GORENG PATAYA

Ini menu malam tadi. Nasi goreng pataya. Nasi goreng adalah makanan sorga en. suami, kalu hari-hari masak nasi goreng tak dak hal lah. Pagi petang siang atau malam makan nasi goreng lagi beliau gemor. Mokcik pun senang hati sbb senang nak uruskan ini en. suami. Cuma kena pandai agihkan jadual nasi goreng tersebut kalu dak kami anak banak yg lain akan naik cemuh anak tekak ler pulak. Weekend dah masak nasi goreng kampung, kelmarin nasi goreng cili padi, smlm goreng pataya, hari ni rasanya giliran nasi goreng ikan masin... wah wah macam dah mabuk ngan nasi goreng le pulak rasanya...



Bahan-bahan
  • Nasi putih
  • Minyak utk menumis
  • 3 ulas bawang putih
  • Daging ayam dipotong kecil-kecil 
  • Sedikit udang kering hancur sebagai penambah rasa. Kalu tak letak pun takpe, sesajer diletak sbb stok udang kering yg dibeli di Sabah masih byk lagi.
  • Sebiji telur
  • Cili boh / cili kering yg dikisar
  • Sedikit sos tiram
  • Sedikit sos cili
  • Sedikit sos ikan
  • Sedikit serbuk cukup rasa
  • 2 biji telur utk membalut nasi
Cara masak
  • Panaskan minyak
  • Masukkan cili boh dan bawang putih dan tumis sehingga masak
  • Masukkan daging ayam dan goreng hingga daging ayam masak
  • Masukkan telur dan kacau-kacau supaya telur menjadi hancur
  • Masukkan udang kering hancur, sos cili, sos ikan, sos tiram dan serbuk cukup rasa dan  kacau 
  • Masukkan nasi, kacau supaya sebati dan masaklah seketika
  • Dah siap ketepikan dulu
  • Pukul 2 biji telur dlm bekas lain dan goreng telur seperti telur dadar menggunakan kuali leper. Pastikan telur menjadi selebar dan senipis mungkin 
  • Bila telur masak sendukkan nasi dan letak atas telur
  • Bungkuskan nasi dengan melipat bahagaian tepi telur supaya menjadi bentuk 4 segi.
  • Dah siap angkat dan sedia utk dihidangkan.

4 comments:

Don & Nor said...

ish3x....comellah akak bungkus nasi tuu... sy dah bbrp kali buat.. x chumell sungguh. maybe kuali x baper nak beso..tu yg x muat nak bungkus..hihi

mama3A's said...

fuh.. perfect bungkusannya... kedai pun kalah! :-)

ceni therebeq said...

Kham: tak der cumey sgt pun, ada senget benget skit tu, nak cepat sbb si japih dah ngamuk-ngamuk nk panjat tong gas plak tuuu...

ceni therebeq said...

Selly: lum perfect lagi bungkusan kali ni pd akak sbb kalu wat dlm ketenangan lagi cantik tau... lurus ajer tepi-tepi dia tu, tak senget benget cam gini...