Sila Klik Iklan Ini

Friday, January 15, 2010

COMOTAN

Hari-hari kalu citer pasal menu makan mlm jer boring kapak pulok korang... Kali ni daku nak setori pasal zhafif plak lah. Ini adalah hasil kerja tangan dan mulut japih selepas makan kek cekelat.

Memang peel dia sekarang nak makan sendiri tak mau disuap. Kalu time makan nasi tu, bukannya dpt masuk mulut pong nasi tu asyik bertebaran ke udara ke laut dan ke sungai bagai ajer. Bila kita amek nk suap siap menjerit-jerit tak mau disuapkan. Siap bleh rebut sudu kat tangan kita lagi tau.

Pastu pantang tengok kita pegang pinggan mesti dia mintak 'nak, nak, nak', walaupun kita pegang pinggan kosong ajer pong bleh mintak nak jugak. Maklumla perkataan 'nak' ni baru dapat. Dan seperti biasalah kalu japih mkn sindri outcome nya adalah (ciss tergedik le pulok nak pakai learning outcomes, hohoho) comot satu badan dan bersepah satu lantai... Balik-balik siapa lagi kalu bukan akaks jugak yg kena kemas...



yum... yum.. cedapnyer kek cekelat ni



tadaa...comotan yg dihasilkan



eeee... berlumuih sungguh



tetiba jer kusyuk tengok iklan kat tv tak peduli kat kamera pong.



Oppps ternampak en. gigi kapak dan en. gigi geraham yg baru nk menampilkan ropa parasnya.



Tengah syok-syok makan tetiba terlanding le pulok. Sambil makan kek pun bleh landing tau... acara wajib la katakan landing merata riti ni.



Tomey tak chaye bila mulut cam gini ibu?

2 comments:

ainie aziz said...

nak jugak dia buat peel landing rata riti dia tu ek. haha! aku kalau bab-bab nak suap sendiri ni pun aku malas. nanti abis bersepah satu umah. baju pun siap kena tukar. tapi, nak buat camne, kuasa veto terletak kat tgn anak. kalau tak bagi, siap la kuar siren dia bagi. huhu! mengalah la jugak.

Kherun said...

muka mat japih dan kakak dah nak sama.....