Sila Klik Iklan Ini

Monday, December 7, 2009

YES RATA RITI

Bulan Disember ni bulan meleburkan duit. Apa taknyer jualan gudang sana-sini tak renti-renti. Ditambah plak ngan Y. E. S rata-riti. Mana-mana soping mall musti ada YES ni. Kat amcorp mall yg sepi selama ini  dan 2 minggu berturut-turut penuh ngan manusia sbb macam-macam jualan gudang diadakan di sana.

Sebelum raya korban hari tu ada jualan gudang buku kat amcorp mall ni, so apa lagi mokcik join semangkuk meleburkan duit di sana. Giler kentang punya murah la buku kat sini. Buku kanak-kanak 3 henggit je. Tapi mokcik byk beli buku masak-masak. Dah lama dah cita-cita mokcik nak simpan buku masak-masak ni terutama masakan barat. Kiranya secara tak sengaja tercapai jua lah cita-cita mokcik ni. So kat bawah ni mokcik sertakan seranai buku yg berjaya rembat. Puas hati sesangat sbb ada di antara buku tu reganya cecah ratusan ringgit tapi mokcik dpt rega 15 henggit jer. Tersangatlah berbaloi-baloi. Rugi sapa tak pi jualan gudang buku ni.

Kiranya akhir tahun ni memang byk la duit akan terlebur. Sib baik bulan ni mokcik dapat kutu, dengan senang hati dan gembiranya mokcik melangkah ke jualan gudang hohoho. Baru je habis jualan gudang pureen akhir bulan 11 ari tu terus mokcik leburka duit kat jualan gudang buku ni dan pastu plak leburkan duit kat jualan gudang corell ngan corning ware ni. Rasanya cukup la kot pi jualan gudang sbb pasni nak sediakan baju sekolah anak plak. Itu pun byk gak duit yg akan lebur tu.



Mini cook book. Reganya 3 henggit aje satu. Mokcik rembat 12 bijik



The last one yang ado buku ni. mokcik dpt tau pastu kecian kat acik yg sorang lagi duk tanya buku ni, sib baik mokcik dapat



Buku ni rega rm20, rega asal $12.99



Buku ni rm10, rega asal $8.99



Buku ni rega yg mokcik dpt rm10, rega asal tak diketahui



Buku ni mokcik dpt rm8.00, rega asal tak tau ler brape



Mokcik beli buku ni rm15, rega asal $18.99



Buku ni reganya rm8, rega asal dok tau ler pulok



Buku  ni reganya rm12.00, rega asal $22.50



Yang ni rm12.00, rega asal $14.99



Antara koleksi buku masak yang mokcik ado



Koleksi mini cook book

Kiranya mokcik amat berpuas hati la ngan sume buku ni sbb apa yg dicitakan tercapai hajatku jua. Ditambah plak gmbr-gmbr dlm buku ni amat menarik tau, kertasnya amat berkualiti dan berkulit keras lagi. Buku-buku ni pulak bukannya buku lama, buku baru tau, ada yg tahun 2005 dan 2007 lagi. Kalu kat SJK buku tahun 2007 ni tak out dated lagi dan tak jadi syarat khusus lagi. Kira okay la tu... mana nak cari buku obersea yg reganya giler kentang punya murah cam gini weyy. Pasni mokcik nak citer pasal jualan gudang corning ware plak yer...

3 comments:

safa said...

dengan belinya buku resepi nan banyak ini bertambah tegarlah beliau nih ekekekek bagus3 bila dah cuba resepi tu bawak ke opis biar kitorang parasit tolong rasa

Don & Nor said...

sy baca tajuk nun ingatkan resepi baru...rupanya salah daaa...hikhik....
syabbas2..hobi yg baik..

Ceni said...

Cik Lin: Tu la harap-harap beliau bertambah tegar lagi... smpaikan ada jiran cakap chef tegang tau...

Kham: Tajuk tu sengaja dibuat supaya tersasar skit... byk nak cite bab jualan gudang ni, cuma tang duit je sedey skit..hohoho...