Sila Klik Iklan Ini

Wednesday, December 23, 2009

CHILI CRAB

Chili crab ini adalah makanan sorga bagi kakak. Sekali makan dia bleh makan abis 3 ekor. Sebenarnya tak selalu daku masak ketam ni sbb kedai barang basah kat umah daku itu tak jual ketam. Ni pong terbeli ketam time pi pasar giant, so boleh lah daku masak ketam. Cuma malangnya isi dia tak fresh dah, agak lembek skit. Frust sedikit kami di situ, terus en. suami cakap tunggulah time kita balik ganu kalu nak makan ketam fresh.... Apa? balik ganu? wahhh besh-besh... bila tu?


Chili crab yg digemari oleh singaporean


Kepada penggemar ketam bolehlah try masak ketam bercili ini. Resepinya ini daku dapat dalam afc 703. Chili crab ni adalah menu feberat kat seafood restoran kat singapore nun, tu yg daku berminat sesgt nak try nih.

Bahan-Bahan
  • Beberapa ekor ketam
  • 5 tangkai cili kering di blend
  • 1 ulas bawang besar di blend bersama cili kering
  • Sedikit halia di blend bersama cili kering
  • 3 ulas bawang putih dicincang sampai halus
  • Sos tiram
  • Sos ikan (kalu tak nak letak pong okay, cuma kena ganti dengan garam)
  • Sebiji telur dipukul
  • Sedikit tepung jagung dibancuh dengan sedikit air
  • Sedikit cukup rasa
  • Sedikit air
  • Garam (kalu dah guna sos ikan tak perlu letak garam lagi)
Cara Masak
  • Ketam disiang dan dipotong 2. Jangan buang cengkerangnya kerana akan digunakan semasa menghias nanti.
  • Gaul ketam bersama sedikit garam dan kunyit. Goreng ketam bersama cengkerangnya hingga masak dan ketepikan
  • Tumis bawang putih hingga naik bau
  • Masukkan bahan yg diblend dan tumis hingga masak
  • Masukkan sedikit air
  • Masukkan sos tiram, sos ikan dan cukup rasa dan masak seketika
  • Masukkan telur yg telah dipukul dan perlu kacau selalu supaya telur tak berketul-ketul.
  • Masukkan tepung jagung yg telah dibancuh bersama air dan masak hingga kuahnya menggelegak supaya kuah menjadi pekat.
  • Susun ketam dan letak cengkerangnya di atas. Siramkan dengan kuah yg telah siap tadi
  • Sedia untuk dingappp. Selamat mencoba

Next menu plan nak masak ketam black paper plak, tapi kena dapatkan ketam yg fresh skit la baru nikmat weyyy...

No comments: