Sila Klik Iklan Ini

Monday, December 28, 2009

STIMBOT DI LUMUT

Jom la merasa stimbot yang bertempat kat Lumut ni. Nama tempatnya adalah Shabu-shabu. Rega makanan di sini satu kepala untuk dewasa adalah RM10.00 aja tau, termurah di pasaran beb. Bagi kanak-kanak pulok reganya RM6.90. Kanak-kanak di kedai ni dikategorikan sebagai bebudak yg mempunyai tinggi kurang dari 120cm. Bebudak yg lebih tinggi ni hatta berumur 4 hari sekali pong akan dikategorikan sebagai dewasa...hehehe ye ker? Ye la sbb kat tepi kaunter kedai ni ada disediakan ukuran tahap ketinggian ni okay...

Kat kedai ni ada logo halal dan makanan disediakan secara buffet. Kami singgah di sini time balik piknik dari Teluk Batik hari tu. Makanlah sebanyak mana yg mampu disumbat dalam tali perut tuan/ puan ya cuma kalu membazir sisa makanan akan ditimbang dan dikenakan denda RM5.00 bagi setiap 100gm. Tapi kami sekuarga makan licin tak dak membazir langsung ehhh...habis dingappp, maklumla perut kami sememangnya dibiarkan kosong sejak dari pagi supaya kami bleh mencekik dengan jayanya di sini. Agaknya kalu tokey dia tengok musti menyesal ni.... buat rugi kedai aje... yer la sume makan pelahap ala-ala macam jin tanah rupernya hohoho...

Tapi ngape kedai ni murah sangat erk? Sbbnya daku rasa kedai ini tak sediakan byk fresh seafood yang ada cuma sotong rendam ngan kerang sahaja lelain adalah spesis makanan segera ala-ala fish ball, fish cake tu. So jgn mimpi la nak mkn ketam dan udang bagai di kedai ni nan ado weyyy. Kalu ado spesis seafood seperti di atas kompom reganya tak jadi 10 henggit laaaa....

Kami hanya oder 2 kuah sahaja iaitu sup ayam dan tomyam utk dicelupkan yg bebahan stimbot ini. Selain stimbot berupa fish cake dan fish ball tu ada gak disediakan ayam, daging, sayuran, wantan, cendawan, salad dan tidak ketinggalan side dish yg lain seperti mee, kueteow, nasi goreng, nasi putih ngan lauk-pauk, buahan, pencuci mulut, air dan yg paling bebudak ngan makpak suka adalah ada pelbagai  perisa aiskim. Boleh dikatakan pueh hati la kami makan kat sini. So apa lagi jom la pi terjah kedai ni reramai tapi kena pi Lumut la. Lokasinya adalah berdekatan ngan Kamdar. Selamat menerjah.


Meja kami sekuarga yg dicantum 3 bijik meja



 Pilihan yg ada



Amek-amek jgn tak amek yerr...



 Pilih-pilih, jgn malu-malu



Berasap... abg. bomba tolong... ehhh tak kan kena panggil en. bomba kot



Tengah menggelegak ni



 2 kuah sup yg kami pilih



 Sup ayam



 Kuah tomyam



 Jemput makan.. bismillah

2 comments:

iena said...

best la nampak kak.. nak kena try nih

ceni therebeq said...

iena: try jgn tak try, paling termurah di pasaran ni. Kalu kat kay ell ni tak dpt rega cam gini...