Sila Klik Iklan Ini

Friday, December 25, 2009

GEGAR-GEGAR

Kelmarin kejadian gegar menggegar di opis daku berlaku lagi dan seperti biasa la penghuni bangunan ini akan dipaksa turun beramai-ramai. Kejadian gegaran ini berlaku dlm kul 9.20 kalu tak silap. Time tu kami tengah nak dengar taklimat untuk pegawai penilai bagi SKT yg dibuat oleh wakil JPA tetiba aje sume diarahkan turun sbb bangunan bergegar. Mula tu kami buat derk ajer... boleh buat derk aja tau sbbnya malas la rasanya nk menapak turun...dah selalu sgt bangunan ni bergegar, tahun ni ajer tak tahu berapa kali dah bangunan ni bergoyang... marilah bergoyang, marilah bergoyang tu dah sinonim sgt dah rasanya ngan bangunan nu. Asal gempa skit kat kepulauan indon pasti bangunan akan bergoyang sbb dengar ceritanya bangunan ini berada dlm laluan gempa tu, betul ke idok tak tau lerrr. Dan yg jadi mangsa adalah kami sume pekerja yg menghuni bangunan ni. Bab rasa pening-pening akibat goyangan itu dan besa sgt dah kami rasa. Itu pong management opis daku ada hati lagi nk beli bangunan ini tau tapi sib baik PKNS tak nk jual. Elok la tu, kami staf golongan marhaen ni tak senang hati tau kalu mgmt jadi beli bangunan ni... mintak jauh laaa... takut oooo bangunan kuih goyang ni.

Berbalik kita pada kesah kami buat derk tadi tu, mulanya ingatkan tak nk turun tapi bila ada pengumuman dr PKNS suruh penghuni bangunan ni turun baru kami turun. Dan korang turun pakai lift bukan pakai tangga  hohoho bahaya sungguh laaa...

Seperti biasanya kami akan turun ke bawah dan lepak kat lobi aje reramai bersama ngan staf opis lain spt telekom. TNT, rtm, panasonic dan sebaginya tapi kali ni nampaknya gegaran agak serius sbb time kami smpai kat lobi en. bomba  yg dtg berlumba-lumba sudah sampai, Kalu kejadian gegaran yg biasa kami smpai lobi dulu barang beberapa  minit baru abg bomba dtg  berlumba-lumba.

Dlm 15 minit kot kami lepak kat lobi tu tetiba kami kena halau oleh en. bomba yang suruh pergi ke tempat yg jauh skit supaya lebih selamat sbb menurut beliau gegaran kali ini agak serius. Apa lagi kami pong ke seberang jalan berhampiran kedai mamak abadi laa kononnya nk pekena teh tarik barang seteko dua. Sampai je kat kedai tu rupa-rupanya penuh ngan manusia yg dah turun lagi awal, langsung tak dak seat kosong daaa, akhirnya  terpaksalah kami lepak bwh pokok aja.

Tunggu punya tunggu punya tunggu kami tak bleh naik lagi, agaknya betul la kali ini gegaran agak serius... dah lenguh buku lali kami berdiri nih nak kena cari empat duduk nih. Oleh kerana lama sgt menunggu lalu kami pun mengambil keputusan utk pi settlekan urusan bank ajer. Balik dr bank pong tak leh masuk lagi ni. Biasanya dlm 20 - 30 minit aja kami dah bleh naik atas opis balik dah tapi kali ni dekat 2 jam duk terpacak kat bawah nun baru bleh naik opis, betulah tu serius nampaknya gegaran kali ini.

Harapan kami penghuni yg cari makan di bangunan ni, harap-harap bangunan ni selamatlah buat masa ini walaupun dh byk kali sgt gegaran berlaku di bangunan ini.




Kami yg lepak kat lobi sebelum dihalau abg bomba






Bersama chek




Bersama tatak jun tetiba bateri kamera daku kong daaaa...

No comments: