Sila Klik Iklan Ini

Thursday, December 31, 2009

SOSEJ CILI & TELUR

Resepi ni kami makan perstime masa makan petang kat Kopi Oh di PJ State ni. Esoknya time balik opis terus ajer en. suami oderkan ngan mokcik suruh masakkkan sosej ala-ala cam kat Kopi Oh ni. So apa lagi terus aje daku ngetest kan  resepi ini, tapi seperti biasa mokcik akan buat sedikit penderhakaan pada menu ini.



Menu asal yg kami makan takdak pun letak sesayur bagai tu. Tapi sosej yg mokcik masak ni dicampur ngan sedikit sayuran supaya bertambah lagi khasiatnya. Sayuran yg ditambah adalah timun jepun dan daun bawang ajer pun. Resepinya amat simple sekali, bagi tuan/puan yg terror masak tu sambil lelap pun bleh masak tau.

Bahan-bahan:
5-6 sosej ayam/ daging ikut selera anda dan hendaklah dipotong menyerong menjadi 4 atau 5 bahagian ajer.
1 biji bawang besar
3 biji cili padi
Sebiji telur
1 genggam ikan bilis digoreng garing (macam utk nasi lemak)
Sedikit sos tiram
Sedikit cukup rasa.

Cara Masak:
  • Goreng sosej hingga masak atau kekuningan skit dan ketepikan
  • Tumis bawang dan cili hingga baik bau
  • Masukkan telur, kacau-kacau skit supaya telur hancur dan masaklah hingga telur masak
  • Masukkan sosej yg telah digoreng, sos tiram dan cukup rasa dan goreng seketika
  • Masukkan ikan bilis dan kacau-kacau hingga rata
  • Angkat dan siap sedia utk dingappp


Sosej Cili Bertelur

Ini pulak kesah kakak malam tadi

Kakak: Ibu, kakak sudah buat putusan
Mokcik: Putusan apa?
Kakak: Kakak dah buat putusan nak makan buah ajer.
(Dlm hati mokcik berkata-kata : Aikkk anakku pun dah pandai nak detox ker?

Mokcik: Habis tu kakak tak nak makan nasi lah?
Kakak: Kakak nak makan nasi sehelai jer..
Mokcik: Apa sehelai?
Kakak: Kakak nak makan nasi satu kali jer. Malam-malam kakak nak makan buat epal
Mokcik: Kalu nak makan buah epal esoklah ibu beli, buah epal tak dak dlm peti ais kita.

Kakak terus meluru ke peti ais dan terus dibukanya peti ais.

Kakak: Ibu tipu, ibu kata tak ada buah epal, habis tu ni apa? (Sambil menunjukkan buah yg dipegang di tangannya)

Mokcik: Itu buah jampu kakak oiiii... bukan buah epal...

Terus mokcik ketawa...Kakak-kakak buah jampu batu dikatakan buah epal hijau.... hahahha....

1 comment:

safa said...

hahaha ini budak aaa sudah ada talent mau diet...keh3 mlm nak makan buah jer...leh tahan ke dia, ibu beliau kan tukang masak yg tegar heheh asyik masak jer takkan dier nak tgk jer ekekek