Sila Klik Iklan Ini

Sunday, November 8, 2009

NYONYA ASAM LAKSA

Menu yang mokcik menerai kali ni adalah asam laksa nyonya style. Anak tekak mokcik dah lama dah tingin nak makan nyonya asam laksa ni. Menu ni mokcik dapatkan resepinya daripada Chef Florance melalui rancangan di 703. Masa tengok rancangan ni mokcik tak salin resepinya jadi kali ni mokcik main belasah je apa yg ingat-ingat lupa di batu kepala patik. Not bad rasa dia tapi mokcik tak berani nak kasi resepi kot-kot ada yang menerai tetiba tak jadi mau kena sumpah 88 karung mokcik sat gihhh...

Seingat mokcik la resepinya tak jauh beza ngan laksa penang cuma bezanya dia masukkan serai, lengkuas dan halia yang diblend bersama bawang dan cili kering. Isi ikan pula tidak diblend tapi dibuat separuh hancur je dan biarkan ia berketul-ketul gitew. Kalu mokcik makan asam laksa ni kat kedai depa suka taruk daun pudina, mokcik amat benci ngan daun ni sbb kalu mokcik makan rasa macam makan ubat gigi ler pulok.... so kalu ada daun ni mokcik akan kuis letak tepi supaya tak termakan kalu termakan potong selero den ehh. Kalu resepi mokcik ni silap mohon tunjuk ajar tuan/puan yang terror dalam bab ini yer sbb daya ingatan mokcik agak senget skit skrg ni. Dalam menu ini juga sedikit penderhakaan telah mokcik buat di mana mokcik telah letak telur sebagai salah satu bahan perencah dia nak ganti daun pudina tu... tetapi bila tengok gambar dah jadi macam laksa penang daaa..

Asan laksa nyonya style, tapi dah ropa cam laksa peang daa...

1 comment:

teacheer said...

ada jugak yan kata nak bagi rasa kaw lagi taruk petis sekali masa masak kuah dia..kaw..