Sila Klik Iklan Ini

Thursday, November 19, 2009

HANGKUT BARANG POK SU

Oleh kerana cuti sekolah dah nak bermula, tinggal beberapa ari je lagi, mokcik ngan alang telah ke mrsm trolak untuk hangkut barang-barang poksu (adik bongsu mokcik) untuk dibawa balik. Tahun ni bebarang kena hangkut balik semua tak leh tinggal kat stor asrama sbb tahun depan depa akan pindah bangunan baru yg ado kek sebolah nun ajork.

Rasa kagum mokcik tengok sekolah depa ni, besaq dan cantik sungguh... untung bebudak yg ada peluang study kat sini. Batch adik mokcik ni pulok adolah batch pioneer untuk mrsm trolak ni, kira batch depa seramai lebih kurang 200 ni la yg gori tempat ni.

Tetiba jari jemari mokcik yg kembung ni nak buat karangan lebih skit la pasal adik mokcik ni...bleh? bleh ajor laa. Sebabnya ada sedikit drama swasta yg berlaku dan mokcik juga nak kobar tak pernah jadi dalam sejarah keturunan adik beradik kami selepas UPSR masuk sekolah menengah boleh pindah 3 sekolah dalam masa tak sampai 6 bulan kot.

Adik mokcik ni agak cemerlang skit la berbanding adik badik kami yg lain, so lepas UPSR ari tu dia masuk sekolah asrama kat Chukai Kemaman. Tak lama kedian dia dapat ofer kat sekolah elit Mak Lagam kat Kemaman gak. Dah banyak perabis duit mak pak time nak masuk asrama elit ni. Maka dudukla dia kat asrama ni barang 2, 3 bulan. Pastu dia dapat ofer mrsm felda kat trolak ni. Tapi tokmek buat diam jer sbb tokmek ngan tok ki tak bagi anak bongsunyer ini pi belajar jejauh, so duduk la study kat sekolah yg sama ni...

Dah lepas minggu selepas orentasi kat mrsm ni baru tokmek kobarkan pada kami adik badik yg anak bongsunya ini dapat mrsm. Terkejut anak cimpanzi la mokcik ngan mok long. Kenapa tak pergi?  Terus mokcik lecture kat tok mek, bleh? ni siapa yg mak ni? ampun tokmek tak sengaja okayyy... mokcik geram tahap lipan kepala dua time ni...

Mokcik kata kita yg ada peluang masuk mrsm ni sesuka ati takmo pi, org lain teringin nak masuk sanggup guna org dalam la, guna kabel bagak punya besar la sbb kabel kekecik tak jalan, buat sakit rasa ala-ala sesemut je...

Tokmek kata time sekolah ni belajar dekat-dekat jer, tak payah belajr jejauh, time masuk U nanti baru bleh pi jejauh. Mokcik tak puas ati mokcik sambung lagi karangan mokcik kat telefon pada tokmek. Mokcik kata sampai bila nak harap mak pak? sampai bila nak duk dekat mak pak?. Masa kecik-kecik ni la nak belajar duk jauh-jauh skit sbb kalu masuk mrsm peluang senang nak pi sambung belajar kat luar negara? Betul ker? mokcik hentam je...

Ini berdasarkan pengalaman kenkawan yg lepas la, chances depa nak ke sana lebih tinggi berbanding kita hok duk study kat sekolah gomen biasa ni. Mokcik sambung lagi, kali ni ngan nada yg shadu skit la...Kalu boleh biar la ada sorang adik badik yg berjaya pi luar negara asyik kot masuk U dlm negara jer, UM, UTM, UiTM dan Poli, boring dah rasa. Nak gak merasa ada adik duk luar negara. Time sekolah ni la nak asuh duk jejauh dari kuarga sbb time masuk U nanti dah nak ke luar negara dah, takut nanti dia akan terkejut budaya...Tokmek diam je masa tu...banyak lagi mokcik wat karangan melalui telefon pada tokmek, cuma tak yah mokcik nak wat karangan kat sini, nanti korang boring bin menyampah plak....

Pastu mok long (kakak mokcik) plak  tipon tokmek cuba pujuk tokmek, last-last tokmek setuju...So dapatla adik mokcik masuk sini setelah mokcik kauntim ngan pihak HQ Mara kat KL ni, walaupun org dah abis pendaftaran. Nak dijadikan cerita rupanya adik mokcik memang nak sangat ke mrsm ni sbb tak tahan kerana  kena buli ngan senior kat sekolah lama.

Dah seminggu masuk mrsm ni mokcik ada tanya gak kena buli dak? Dia kata tak dak sbb depa ni sume sebaya tak dak senior... kira depa la paling senior nanti. Ahhh lega skit ati mokcik...Sekian dulu karangan mokcik berkaitan adik mokcik ni.  So, jom let pictures tell the story.



Jadi model skit



Pong nak bermodel gak



Ini model ke mondok?



Bangunan baru sebelah sana nun, tahun depan depa pindah sini la



Sesi punggah memunggah, mokcik tolong gak, tolong tengok jerr...hehehe



Japih orang paling ceria kat sini sbb dapat berlari sana-sini, kawasan yg lapang tak dak orang dan sume kedai tutup, satu jer yg bukak



Kakak dikerahkan menjadi penjaga adik sbb takut ke terlongkang nanti




Lariii... ibu datang



Rasa nak pi ujung sana laa... cam besh je lepak tepi longkang



Eeee adik ni diam la... asyik jalan je penat kakak... kakak yg selalu merungut



Kakak tengah kejar adik lagi sbb adik tak lekat dipegang, sesekali dipukul nyer adik... garang sungguh



 Eh dah terpusing balik dahh...

2 comments:

Don & Nor said...

tahniah utk adik akak.
rs cam dah makin comel+tembam sket kakak aqilah...makin ayu giteww...
cum btul mrsm tu ek kak..tp mmg skolah skrg ni cantik2..

Ceni said...

memang kham oiii, kakak skrg teramatla tembam, perut pun dah terbuncit...hohoho

Apa tak nya tiap kali mkan asyik nk bertambah ajer... dah makan nasi nak makan roti plak... itu yg tahap tumbesaran sungguh menjadi-jadi