Sila Klik Iklan Ini

Wednesday, November 11, 2009

APA MENU HARI KE3

Menu apa hari ini? Haa hari ini adalah hari tabiat pemakanan di ladang ragut. (eee buruknya ko nyer sound mokcik oiii). Okaylah hari ke3 ini adalah hari pemakanan gaya campuran iaitu campuran pemakanan pada hari pertama dan kedua di mana buahan bercampur ngan sayuran.

Semalam mokcik dah awal-awal singgah kat kedai abang maidin utk tambah bekalan sayuran dan buahan. Tak mau dah mokcik beli buah kat kedai bawah umah mokcik tu. Mahai nak mampos wa cakap luu... kalu ayah mokcik kata mahai serupa bedil. Ada ka tembikai sebelah sampai 6 henggit, mokcik tengok kat giant kemarin tembikai sebelah yg saiz lebih kurang sama rega dlm 2 henggit lebih jer. Begitu juga ngan betik sebijik dlm 4 henggit tapi kat kedai abang maidin ni rega dlm 2.90 jer. Sayang abang maidin tau...


Semalam kat kedai abang maidin ni mokcik beli cantaloupe sebijik dan nenas josepine sebiji. Nenasnya mak ai manis sungguh dan rega nenas sebiji RM1.60 je... sayang abang maidin lagi tau..berbanding ngan kedai bawah umah mokcik nenas sebijik RM3.20... dasat sungguh tokei kedai ni mencekik darah. Adik badik mokcik kalu beli barang kat kedai yg juai memahai ni depa akan cakap tokeynya boleh pi mekah balik ari tuuu... nak menunjukkan kedasatan tahap kecekikan yg dibuat.

Apa pong tengok la gambar untuk misi hari ini iaitu pemakanan wonderpet dan tupai. Aduhhh hari ini mokcik bleh tertinggal plak camera kat umah. Mintak ehsan sellybuke untuk snap gambar ni pakai hp dia... terima kasih bebanyak kat sellybuke. Tak dak makna dunia blogku tanpa camera. Nampak gayanyer tak bleh la mokcik nak post pasal resepi yg baru mokcik cipta petang semalam iaitu Chicken Hor Fun sbb tak der gambar. Esok la mokcik citer pasal resepi ini yerr... tungguuu...

Pemakanan sayuran untuk sarapan dan tea break hari ini. Jagung rebus, salad mix vege dan salad kobis

Buah - buahan tu plak adalah bahan pemakanan untuk tengah hari dan petang. Separuh josepin dan separuh cantaloupe

2 comments:

mama4A's said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

порно секс фотографии
пьяные телки видео
секс ёсторёё
ебут жопы
порно видео бесплатно без
насильно ебут
секс порно эротические фотографии
голые молодые тёлки
скачать секс водонаевой
порно сайт видео ролики