Sila Klik Iklan Ini

Friday, October 30, 2009

RESEPI APAM BALIK

Semalam mokcik nak sempat langsung nak hapdet blog la. Satu hari suntuk buat keja cam lipas kudung jer...maraton habis... non stop dari pepagi hingga kul 6 lebih, penat yg amat ooo... Turun naik tangga naik ipt ni. Kalu jadi panel lagi la penat untuk eksesais APA ni. Visit sepatutnya 3 hari tu di combinekan jadi satu hari je dan sorang panel je plak tu untuk cover 9 areas... rasa cam dimasak lomak cili padi ajorkk... Sib baik dapat panel yg okay... mudah skit acara dibuat. Mokcik sampai umah pong dah lewat sgt tak larat dah nak online. Apa pong kita tinggal cerita bab visit APA tu. Hari ni mokcik nak citer dan akan buat karangan berkaitan resepi Apam Balik. Tunjuk gambar skit dulu yerr.


Bahan-bahan untuk adunan:

  • 1 setengah - 2 setengah cawan tepung naik sendiri (mokcik agak-agak jer ni)
  • 1-2 cawan susu cair/ susu segar (utk membancuh tepung)
  • 1 biji telur
  • sedikit baking powder
  • sedikit garam
  • sedikit minyak utk di sapu pada kuali

Intinya:

  • Jagung cream dlm tin
  • kacang tumbuk
  • gula

Cara membuatnya:
  • Bancuhkan susu bersama tepung dan semua bahan untuk aduan (kecuali minyak) sehingga menjadi seperti adunan pan cake (kepekatannya tu mokcik main agak-agak jer)
  • Biarkan adunan seketik
  • Panaskan kuali dan sapukan dengan sedikit minyak supaya adunan tak melekat
  • Tuangkan adunan dlm kuali hingga rata
  • Taburkan bahan-bahan inti di atasnya
  • Masak sehingga adunan atas apam agak kering
  • Siap. Selamat mencoba

Di sini juga mokcik nak selitkan skit cerita pasal japih ni. Masuk je opis pepagi tadi bila tengok mailbox emel nampak plak emel yg Pn. Anie kita nie... Kreatif sungguh la pn. anie ni. So mokcik paparkan pada umum gambar japih yg telah didekorate oleh pn anie. Terima kasih bebanyak la... mokcik amat hargainya...mokcik nak tumpang belajar semangkuk guna aplikasi ni bleh?. Pesanan utk echa jgn lupa tengok gmbr ni yer... Mokcik ingat dah minta tolong pn. anie buatkan kombinasi gmbr echa ngan japih la lepas ni...

Wednesday, October 28, 2009

NASI MINYAK

Hari ni mokcik post kan en3 ni maso kat A famosa Hotel kat Melako ni haaa.. Dah lamo dah rasonya mokcik tak out setesen, ado la dlm 2 tahun gamaknya, yolah sojak zamn ngandung dulu hinggolah japih dan umur setahun lebih ni. Selalunya kalu ado out setesen mokcik akan francaiskan pado kenkawan lain dan yg selalu jadi mangsa mokcik adolah Cik Lin tu haa. Mokcik sebonarnyo bukan tak mau out setesen cumo maleh nak tinggalkan japih. Mlm ni tak leh lah ibu nak cium bau ucuk mat japih tu... harap-harap japih ok tido umah umi tu... maklumla 1st time kena tido umah umi ni, kalu kakak tu dah biaso bonar doh.

Sebelum mokcik cito pasal resopi nasi minyok ni mokcik nak buat lencongan skit, mokcik ngumpat pasal otel ni dulu. Ni kali ke 3 mokcik duk otel ni, tak dok la erbest sgt sbb tmpt dia isolated skit... susah nak jalan-jalan cari pasal oppss jalan-jalan cari makan kat sini. Kalu ada soping mall tu besh gak, boleh pi merenderk sambil layan movie barang seround 2, tapi sumo tu nan ado hehh di sini.

Yang paling menghangatkan tahap umpatan mokcik pado otel ni adolah tempt mkn dia jauh sesangat... nun kat cowboy town nun... kat roundbout di depan sana nun...camno mokcik nak pi sano utk penuhkan tangki pepagi esok ni. Tak selosai masalah cam gini weyyy...Yang paling acik geram adolah tipon dlm bilik otel ni konggg... camno nak call ouskeping nak mintak iron nih.. camno nak call room sebis nih dan camno nak call panel mlm karang ngan esok pagi nihh.. uwaa sadissnya...


Harap pihak pengurusan otel ambil tindakan ngan masalah ni.. dan kalu pihak otel baca komen mokcik ni pong mokcik tak kesah kalu kena ban ke nanti. Pado pandangan mokcik kalu bleh biar la berbaloi ngan rega yg dibayar customer wahai en. pengurus otel ni. Sib baik bukan bapak mokcik yg bayar kalu dakk dot. dot. dot. Satu mlm RM205 tau... berbaloi ker?

Okay cito pasai resepi nasi minyak pulok la. Banyok lagi acik nak ngumpat tapi maleh laa nak nulis buat hangat ati jerr... bikin gua panazzz ajerr... Tapi berdesup je si berukband ni bila dah kuar dari KL. Okeyla disertakan resepi nasi minyak ni. Nasi minyak ni mokcik ubah skit biasa la mokcik kang chef sesuka ati yg tegar... mokcik tak masukkan kismis pong. Nasi minyak warna merah ni banyak dijumpai di negeri kelahiran mokcik iaitu Tengganu la mano lagi. Nasi ini dimakan ngan gulai ayam bersama acar mentah




Bahan-bahan:
  • 3 cawan beras
  • 3 cawan air
  • 1/2 cawan susu cair
  • sedikit pewarna merah
  • 3 ulas bawang merah yg ditumbuk
  • 1 inci halia yg ditumbuk
  • 3 helai daun pandan disimpul
  • Sedikit kayu manis
  • Sedikit bunga lawang
  • Sedikit buah pelaga
  • Sedikit pewarna merah
  • 1-2 sudu marjerin
  • Sedikit garam


Cara memasaknya

  • Cairkan marjerin dlm periuk
  • Masukkan bawang, halia, kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan daun pandan. Tumis hingga naik bau
  • Masukkan air, susu cair dan garam. Masak hingga mendidih
  • Masukkan beras dan masaklah nasi sehingga agak kering.
  • Bila nasi hampir nak kering masukkan pewarna merah sambil digaul-gaul atau dibalik-balikkan nasi hingga rata supaya warna tidak berketul-ketul
  • Masak nasi seperti biasa hingga betul-betul masak
  • Dah siap, boleh dihidangkan.



Monday, October 26, 2009

ONLINE CONTEST~SENYUMAN CERIA SI COMEL

Mokcik tetiba je terbukak hati dan terlebih gediks nak join contest ni. Tak penah-penah mokcik join mana-mana contest sebelum ni. Maklum la mokcik ni baru nak berjinak-jinak dlm dunia blog ni. Saya budak baru belajar, kalu salah tolong tunjukkan.

So marilah kita reramai join contest ni... biar berpusing kepala dan berpinor bijik mata penganjur nak memilih pemenangnya nanti.


Cara penyertaan adalah:

  • Jadi Follower SMILEYKIDZ dan Add SMILEYKIDZ di dalam bloglist anda
  • Letak banner contest ini di sidebar blog anda dengan link ke entri ini.
  • Buat entri mengenai Online Contest ~ Senyuman Ceria Si Comel ini di dalam blog anda
  • Kemudian, upload gambar si comel di dalam entry tersebut dengan senyuman yang paling ceria/happy/sweet. TETAPI hanya SATU (1) gambar terbaik akan di nilai.
  • Jangan lupa nyatakan nama si comel dan umurnya.
  • Dalam entri tersebut pastikan anda mention dan link ke SMILEYKIDZ .
    AMARAN: no link back will be disqualified.
  • Bila anda dah puas hati dengan entry tu, TINGGALKAN komen dan LINK entry tersebut di dalam ruang komen entry online contest ini.

Syarat-syarat Penyertaan:

  • Terbuka kepada semua mommies/daddies yang mempunyai anak berusia 1hari - 4 tahun.
    Anda boleh upload seberapa banyak gambar senyuman si comel TETAPI hanya SATU (1) gambar terbaik akan di adili.
  • Dalam gambar2 tersebut, mestilah gambar INDIVIDUAL. Kalau ada 2 orang dalam gambar itu, secara automatik gambar itu tidak akan di adili.
  • Kalau anda ada lebih dari seorang si comel, boleh upload gambar mereka tetapi MESTILAH gambar INDIVIDU tau!!
  • Entry anda HANYA akan di adili oleh SMILEYKIDZ.
  • Keputusan peraduan ini adalah MUKTAMAD.
  • Penyertaan dibuka dari 15th Oct 09-31th Oct 2009, jam 11.59pm.
  • SMILEYKIDZ akan memula sesi penilaian pada bila2 masa.
  • SMILEYKIDZ akan meninggalkan komen di dalam entri anda setelah diadili
  • Sebarang pertukaran gambar selepas di adili tidak akan di ambil kira

    Jadi di sini mokcik disertakan link link ke SMILEYKIDZ itu... jangan lupa klik tauu...
    http://smileykidz.blogspot.com/2009/10/online-contest-senyuman-ceria-si-comel.html


Di sini mokcik sertakan si comel calon untuk contest tersebut adalah:

Nama : Muhammad Mifdhal Zhafif Bin Mohamad Nizam

Umur : 1 tahun 2 bulan

    Tarikh Lahir : 08.08.08


    Senyuman ceria ala mata busat, mulut bukak maaa


    Senyuman ceria ala-ala jelingan menggoda gitew



    Senyuman ceria edisi ter over sengeh pulak



    Senyuman ceria versi tersenggeh sampai tertutup mata, terteleng kepala daaa..



    Senyuman ceria saat yang bahagia di dlm buai askar



    Senyuman ceria iras hero 70 an gitew




    Senyuman ceria sampai terguling-guling pulok



    Senyuman ceria edisi tersengeh ala malu-malu kucing gitew



    Senyuman ceria versi air liur menjejeh ni





    Senyuman ceria versi tayang gigi baru tumbuh ni.




    Senyuman ceria ala-ala hero hindustan


    Senyuman ceria lepas mandi, muka penuh bedak cam tepung gomak daaa...



    Senyuman ceria saat yang bahagia duk dalam mesin basuh maa...




    Senyuman ceria untuk model baby car seat pulok doh..



    Senyuman ceria edisi tayang gigi sambil duduk atas penutup kotak A4.




    Senyuman ceria edisi kenangan time baby dedolu

Saturday, October 24, 2009

KERABU MANGGA ALA THAI

Untuk kali ni resepi yg acik nak post adalah pasal kerabu mangga ala thai. Satu hari nanti mokcik akan post kan pulok resepi kerabu mangga ala pantai timur gitu iaitu resepi dari tokmek la sapa lagi kalu bukan tokmek. Untuk resepi kerabu ala thai mokcik dapatkan resepi beberapa tahun nan silam dari mak ita tapi seperti biasa la mokcik akan derhaka skit sama ini resepi, janji boleh ngam ngan selera anak tekak mokcik. Dengan kata lain mokcik main belasah jer letak bahan-bahan yg ada kat dupur mokcik nun haa. Main redah je lerrr...





Bahan-bahan:
  • 1 biji mangga epal yang ranggup itew
  • 3 ulas bawang merah dihiris halus
  • 3 biji cili padi dihiris halus
  • 3 biji limau kasturi diambil airnya
  • Udang kering yg telah disangai dan ditumbuk. Tapi ari tu mokcik beli udang kering yg agak kecik skit jadi tak koser la mokcik nak tumbuk menumbuk ni...belasah je laa
  • 1 sudu gula
  • 3 sudu fish sos (wajib ada kalu tak, tak jadi kerabu ala thai ni)
  • Kacang tanah yg digoreng, atau kacang gajus
  • sedikit cukup rasa (ni mokcik sesuka ati buh je... nak menyedapkan rasa kalu korang tak suka tak yah letok lerr...

Cara membuat:

  • Mangga dikupas dan dihiris halus-halus memanjang
  • Campurkan bawang merah, cili, gula, fish sos, udang kering, air perahan limau dan cukup rasa hingga sebati atau hingga gula agak hancur.
  • Masukkan mangga dan kacang tanah dan gaul hingga sebati

Dah siap... dah boleh ngappp...selamat mencuba...

Friday, October 23, 2009

PEMENANG VOTE MOKCIK GEDIKS

Pengumuman, pengumuman ...

Pinjam suara-pinjam suara dan sila beri laluan okay...

Hari ini mokcik dengan kuasa veto yang ada pada mokcik dengan penuh perasaan bangga dan riak hati, mokcik ingin mengumumkan pemenang-pemenang bagi peraduan vote mokcik gediks tempoh ari. Pemenangnya adalah:

  • Kakak adoi

  • Kak Kherun

  • Selly Buke

  • Aizamia3 (mak MQA)

  • Cik Lin

Mokcik dengan bermurah ati mengumumkan kesemua pengkomen adalah pemenang tiada pengalah. Sebagai adiahnya mokcik akan membuat perbelanjaan untuk aktiviti mengkekik korang berupa makanan dan minuman di Seteroberi yg ado kat ujung tanjung depan opis kita ni haaa. Sepatutnya ari ni mokcik plan nak membuat aktiviti mencekik tersebut tetapi ada sorang pemenang yg terpaksa terbang ke langkawi pepagi ni maka terjejaskan perbelanjaan tersebut untuk dibuat pada hari ini. Mokcik akan putuskan tarikhnya kendian setelah sume korum pemenangnya ado. Menu yg acik plan adolah nasi goreng ikan masin dan air pres oren.


Kalu tengok pada komen-komen yg diberi tu ala-ala skema je ropanya... tak dak pong komen yg botui-botui ganazz atau capai tahap kejian yg menghina. Komen cik lin tu ajo yg terlebih skit dari skala ke skemaannya.


Gambar-gmbr pemenang tu lum agih mokcik boleh tayang kat sini, tunggu sat nooo bila kami menyeleberate kan kejayaan tersebut yer..Di sini mokcik ulang tayangn komen-komen yg bertuah itu.


Kakak Adoi:
Salam...
chef tegar..akak pilih A...mata busat oooo

Kak Kherun:
mokcik... lebey kurang jek sumer2 aksi tuh.... askem pung sama saiz je....kening pung sama tinggi dihangkat... mata pung bulat lebey krg same... sumernya aksi nak menggigit tak jadik (xcept aksi C)
Cuba mokcik buat pose jelir lidah jilat askem tu ke (auwwww....)...aksi pengsan nampak askem ker....


Selly Buke:.
nie nak suruh vote aksi paling gedik ker atau nak suh vote aksi untuk iklan gigi??? muahahaha...some duk gejil biji mata ngan tayang gigi jer... huhu
vote Aksi A - ala2 drakula jumpa eskerim. hahahaha


aizamia3 (mak MQA):
VOTE: Aksi A...
nape? nmpk mcm x sbr nak mkn... hurm... nak lagi menarik akak kena besarkan mata... ekekeke...


Cik Lin:
aksi D...den tahu doooooo...asal bondo free yo terbuntang2 mato ekau...leba yo sengeh...laju je ekau nak tolan...yo la bondo free, yang tak sodap pun jadi sodap...apotah laiee yang sodap akan menjadi double malah triple sodap daripado biaso...tidak syak laie den la akan monang cabaran ini...muakakakak...sori la kak kherun den rembat bahaso oghang kg ekau ni


Tahniah pada sume pemenang... kecian pd org lain yg tak komen... kalu dak dah kenyang tali perut korang tauu...

P/S: Jangan lupa klik kat iklan dlm blog acik ni sbb dlm iklan tu sebenarnya byk contest. Korang bleh menang laptop, hp atau trip pi jenjalan tau... Contoh iklan yg ada contest yg mokcik perasan adalah iklan kfc, minuman slurp, gula-gula mint apo ntah namo dio mokcik lupa ehh...ala iklan kat tv tu...yg pisang, donut duk kejar smpai dlm lift tu. Kalu kuar iklan-iklan tersebut jgn lupo klik dan join contest yo... nanti dpt adiah besh-besh... gila kentang punya adiah tau.

Thursday, October 22, 2009

JAPIH DAH PANDAI MOGOK

Japih sekarang nak pandai tunjuk peel mogok dahhh... kalu tak dpat barang yg dia nak atau kita amek brg yg dia duk syok main maka dia akan menanggis sambil tergolek-golek dan hentakkan kakinya. Kiranya dia pandai mogok edisi ganazzz la ni...

Mlm tadi pong masa mkn kat kedai mokcik tak bagi dia main ngan gelas air mokcik terus dia meraung cam kena pukul sambil kakinya menendang-nendang meja dan meronta-ronta sampai nk terjatuh dari riba mokcik...tak tau ler mana dia ni dapat peel macam tu... kalu tak kena anginnya macam-macam peel yg kuar dan tak kira tempat plak tu, smpaikan sume org kat kedai mkn tu duk mandang je kat kami mlm tadi... Eeeee kiranya gila kentang yer laa punya angin satu badan si japih nii...

Yg mokcik perasan sblm dia dpt peel sebegini ari ahad tu memang dia ada demam panas masa kt kampung lagi. Balik ke kl je terus singgah Asunta dulu tak balik umah lagi tau...Smpai-sampai je Asunta terus kena cek suhu badan. Dah 40C dan nurse terus mandikan dia, waktu tu dlm kul 8.30 mlm tuuu... menjerit sakan la si bobob ni kena mandi memalam buta ni...Pastu terus dimasukkan ubat bontoit.

Dah jumpa doc, mulanya doc kata kena masuk wad ni... badan panas sgt, terus mokcik macam panik skit dan muka macam blur jer. Pastu doc cakap kita amek ujian darah dulu...

Yg bestnyer spital ni ada org bawakan kita untuk pi ke lab amek darah tuu..tak yah kita susah-susah melilau nak cari di mana lab nya. Sejam kendian result pong kuar. Dlm darah dia ada kuma kata doc. Tak yah masuk wad cuma dia bagi antibiotik jer... haaa lega skit ati mokcik... maka 2 hari la mokcik EL tak dtg opis.

Mokcik rasa mokcikla juara el tahun ni kat opis ni. Bulan jun ari tu masa japih masuk wad mokcik el smpai 16 ari tau, mokcik keja 9 ari jer bulan tu.. sadis-sadis, sib baik cuti mokcik time tu menimbun lagi ada tapi skrg ni cuti mokcik dah semput dah...tingal saki baki jerr... dah nk smpai tahap kritikal dah pong... Harap-harap boleh cover smpai ujung taun ni....

masa kt spital, japih pakai pampers je dlm ekon sesejuk ni, baju dan suar tak leh pakai nurse tu tak bagi pakai


time amek darah




Ni plak gmbar masa dia dapat peel baru tu. Masa ni kakak amek pensel box kakak yg dia duk leka main. Terus dia mengamuk sbb anginnya dihalang-halang.


Dah baik demam ni la peel baru yg dia dapat kalu tak kena gayanya... dah pandai mengamuk sambil hentak-hentak kaki. Mula-mula dia nangis dulu




Pusing kiri, pusing kanan




Golek kiri, golek kanan




Kaki terangkat tu smbil dihentak-hentak ke lantai... huduh sungguh perangai...



terlentang plak




Tetiba je dia terpandang kamera... dia baru perasan mokcik tengah snap gmbr dia



Otometik benti nangis tu dan bangun bila nampak kamera



Ehh tetiba tersengeh plak dahhh... tak paham betul la mokcik ngan peel japih ni




Pastu terus amik bekas air dia dan terus minum air pulok.. tekak kering agaknya sbb byk nangis tadi




Dia dah mula perasaan malu sbb mokcik sound kat dia. Pe hal adik ni tetiba mengamuk, tetiba gelak pastu siap boleh bangun minum air plak tuuu... kakak terus ketawa terbahak-bahak






Japih terus nyuruk, buat malu-malu rimau pulok ...konon nak cover ler tuu, sbb kami sume duk gelakkan dia

Wednesday, October 21, 2009

SEKITAR PUTRAJAYA

Marilah kita cuci mata melihat gambar jalan raya sekitar putrajaya yer tuan/puan. Gambar ni diambil minggu lepas semasa mokcik pi jamuan raya ari tu laa. Mohon maap la sbb angle gmbr ni tak cantik maklumla di amik dari atas bas gitew. Sebenarnya mokcik terlebih gatai tangan skit ari.. tu yg suka meng snap gmbr masa bas tengah gerak ni... Ada yg senget benget plak tu gmbarnya ...Tak leh jadi potograper tul la mokcik ni, ditambah plak time hujan renyai-renyal..lagi la menambahkan kecomotan gmbr ni, huduh-huduh...

Kalu tokmek tengok gmbr ni musti suka bangat sbb tokmek ngan adik badik mokcik tiap kali mai KL musti depa nak pi round kat putrajaya. Suka bebenor depa kalu bleh pi sinun sbb depa suka tengok bangunan dan juga lampu jalan di sinun nun haa...

Mokcik tak puah ati sbnrnya sbb sume gmbr macam cooiii jer, tak clear plak tuuu... lain kali acik amek gmbr lagi besh-besh skit... maklum la skrg ni kamera cap ayam ngan 10 mg piksel jerrr..