Sila Klik Iklan Ini

Wednesday, May 27, 2009

PUDING ROTI SIMPLE CIPTAAN MOKCIK


Kali ini mokcik nak citer pasal puding roti yg amat simple ciptaan dari mokcik. Tapi sebelum tu di sini mokcik paparkan dulu gambar fryer tupperware yg baru dibeli beberapa minggu nan silam...



Berat sebenarnya fryer ni...time nak basuh cukup membuatkan mokcik rasa bercinta utk membasuhnya sbb jari jemari mokcik masih sakit. Masa operate bersalin ari tu kiri dan kanan tangan mokcik kena cucuk, kiri masuk air, kanan masuk antibiotik, terasa sampai sekarang oooo...


Okeylah sekarang citer macam mana nak buat puding roti ni. Mokcik kukus ajer tak bakar pun sbb cepat masak skit. Resepi ini amat sesuai untuk kita abiskan stok roti sebelum expired. Kali ni mokcik tak pakai fryer pan tapi pakai periuk kukus cap ayam je bukan cap boya yg mokcik beli kat checkers 5 tahun lepas... mahai oooo cap boya tuuu jangan main-main noo...


Antara bahan-bahannya adalah


  • 6-7 keping roti (mokcik pakai roti gardenia, esok expired daaa...sayang terbuang nanti).
  • Agak-agak dalam 2 cawan susu segar kot (mokcik pakai susu dlm botol sederhana besar, beli kat kedai runcit harga dia dalam RM2.80, mokcik tak tengok pun berapa ml)
  • 1 kotak kismis, kalu tak suka bleh taruk setengah atau tiga suku kotak ajer
  • Badam keping (mokcik pakai pain nut ajer yg ditumbuk kasar)
  • Kacang jagus ditumbuk kasar
  • Agak -agak dlm 2 sudu kot gula merah
  • Sebiji telur
  • Sedikit esen vanila
  • Secubit garam

Sosnya

  • 2 cawan susu
  • Secubit garam
  • Agak-agak dalam 2 sudu gula pasir, kalu nak manis lebihkan skit
  • Sebiji telur
  • Sedikit esen

Cara buat sos ini adalah semua bahan ini dicampur dan dipukul sedikit supaya sebati. Pastu panaskan susu atas api yg kecik sehingga susu agak pekat sedikit.



Mula-mula susun roti dalam dulang. Mokcik buat ala-ala bertingkat, kalu guna dulang 4 segi lagi senang nak susun


Pastu taburkan kismis, badam, kacang dan gula merah. Seterusnya siram ngan susu yg telah dipukul bersama telur, garam dan esen tadi.


Kukus selama 10-15 minit, dah siap... Potong pastu tuangkan sosnya sedikit di atas. Untuk sosnya mokcik tak dan masak daaa... Masa mokcik siap masak puding ni mokcik makan nasi sat sbb tali perut mokcik dah bersilang-silang dahhh...lapar tak hengat sehhh... siap je makan nasi, mokcik tengok puding ni tinggal 4 keping jerrr...habis dikerjakan oleh kakak dan en. suami. Terus mokcik malas nak buat sosnya. En. suami pun kata tak nak makan ngan sos. Senang skit urusan mokcik ni...



Ini pulak kisah kakak tersepit dlm bakul mainan


Kejadian ini dah lama dah sebenaqnya...Anak dara mokcik ni memang amat terkenal ngan keaktifan dan kebuasannya... Satu hari tu dia terlebih kreatif skit dia keluarkan semua mainan dia pastu dia masuk dlm bakul tuuu...Sekali tersangkut daaaa, tak leh kuar... mokcik buat derk aje time dia minta tolong, mokcik memang geram sgt time ni... sbb dia ni suka cari penyakit... Dah lama menangis baru mokcik kuarkan dia... rasakan haaaa... Gambar ni mokcik nak pi cuci besaq-besaq skit dan simpan elok-elok supaya besar nanti dia boleh tengok bukti kebuasan dia tu...
  • Masa mokcik kecik-kecik dulu, tok mokcik suka nyanyi lagu khas untuk budak yg buas ni

"Puas-puas atas bukit, budak buas dapat sakit" Ditujukan khas untuk kakak...


3 comments:

maskjask said...

sweet! pandai hang masak noo cheni... nanti jangan lupa bila kita buat pot luck bawak mai masakan hang barang sejenis..wakaka..

biasa la kakak tu...hasya dulu main simpul2 rambut ngan sikat..last2 sekali tak leh kuar sikat tu...melekat kat rambut.. nangis dia..yg aku ngan abah dia pakat gelak kuat2 dulu (pasai geram) tangkap gambaq n video pastu baru tulun..tulun kerat rambut la apa lagi!

Selly & Buke said...

menarik jer puding roti tu... macam best jer nak try buat mlm nie.. leh bawak bekal ke Perak esok (antar pengantin). hehe..

ala2.. ciannya kakak kat dlm bekas tu... sampai hati tul mamanya.. tp kalau sy pun..akan buat mcm akak gak! hahaha

Kherun said...

ermmmm... dulu atuknya nyanyikan utk maknya... la ni, maknya nyanyikan utk anaknya... ikut sape la tu...

hehehe... nyakat jer, jgn mare