Sila Klik Iklan Ini

Friday, May 22, 2009

PIZA UNTUK CIKGU KAKAK

Semalam memang mokcik plan nak masak piza. Kebetulan pulak ada opis mate mokcik nak pi giant (gedung membeli belah yg paling hampir ngan opis mokcik ni) so mokcik pesan la suruh beli cheddar cheese se block. Reganya dalm RM13 lebih dan tajuknya apa ntah mokcik lupa tapi product Australia dan ada chop halal gittew. Tapi masa otway balik umah mokcik singgah kat gedung en. maidin di sri manja dan rega cheddar cheese di sini lagi murah RM10 je, tajuknya Kraft tapi dia punya block tu nampak cam kecik skit. Lupa plak mokcik nak buat perbandingan berat 2 cheese ni, cis sungguhhh...


Bila sampai umah dan amek kakak kat umah pengasuh, kakak tunjuk surat daripada sekolah menyatakan esok adalah majlis hari guru dan ibubapa digalakkan untuk menyumbangkan makanan. So kena benarlah ngan plan mokcik nak masak piza ni... cuma mokcik duk berkira-kira cukup ke seketul cheese tu? cis sungguhhh...apa pong buat je laaa....harap-harap menjadi dan cikgu kakak suka nanti...



Tapi tetiba je en. suami kata nak makan kebab tak nak makan piza. So sebelum acara pambakaran piza dibuat, mokcik sediakan 5 ketul kebab dulu untuk en. suami tapi gambar tak amek sbb gambar en. kebab dulu pernah ditayangkan di sini. En. suami kata nak diet, sbb tu nak makan kebab jer... Ye la tuuu nak diet tapi makan kebab habis 4 ketul hahaha, somi sapa la niiii....seketul je kebab reserved untuk kakak.


Mokcik berjaya membuat 4 piza mlm tadi, yang tinggal 2 ketul je tu adalah mangsa pertama yang keluar dari pan, jadi cepat le tamat riwayat hidupnya...


Mokcik ni buat toping piza sesuka hati je...Itu yg nampak sama cam kembar seiras je piza mokcik ni..nyeh2. Ape pong inila hasilnyer:

1. Piza yg dalam bekas 4 segi di atas sekali topingnya adalah ayam, nenas, lada benggala dan cendawan.

2.Piza yg dalam pinggan putih tu daging, sosej, lada benggala dan cendawan

3. Piza yg dlm 2 pinggan hijau tu adalah campuran daging dan ayam, lada benggala, timun jepun dan sedikit sosej. Ini mokcik main belasah je apa bahan yang ada kek dahnya. Tak tau le kalu cikgu kakak tak suka ni...



Mokcik pong tak tau yg mana satu ok, so mokcik main hentam bagi je ler bagi kat cikgu-cikgu tuuu. Dah siap bakar piza baru mokcik ingt mokcik lupa nak cucuk-cucuk crust dia sebelum bakar, aiseyman dah choiiii ler pulak piza mokcik kali ni


Piza kali ini agak mendukacitakan skit sbb cheese yg seketul tu terpaksa dikongsi 4, jadi agak tak meriah la cheesenya... cis sungguh...Kalu seketul cheese tu dibuat 1 atau 2 piza sahaja memang best bangat sehhh...




Ini pulak kejadian beberapa hari nan silam, mokcik telah mengetest pembakaran lasagna di dalam ini pan ajaib... wahhh gitu, terlebih sudah... mama rose mesti bangga sbb mokcik panggil pan ini pan ajaib... cam Aladdin ler pulak...Tu yg en. suami tanya periuk ni boleh masak macam-macam ker? Terus mokcik jawab bolehla sikit-sikit termasuk benda-benda yg goreng-goreng. Mokcik tak berani jawap lebih-lebih sat gi ada je dia nak oder apa-apa la tuuu...


Lasagna. Rupanya hodoh dan mengerikan sungguh sbb dah makan baru ingat nak amek gambar. Masa dia tengah cun melecun dlm acuan dia lupa plak nak snap, dah nak abis makan baru ingat. Lasagna ni pong adalah antara makanan kecintaan en. suami. Kalu pi pizza hut, dia akan oder pizza untuk sekuarga dan seketul seafood lasagna khas untuk dia.


Bangun tido pagi esok, kakak terus mintak nak lagi lasagna ni sbb nak bawa bekal pi sekolah,. aisyeman... dah habis daaa kakak. Pastu di kata kalu cam tu ibu masak la karipap kakak nak bawa bekal. Terus mokcik cakap ibu tak masak kakak oiii... dah lewat dah niii... Tetiba je dia sambung lagi, kakak nak nasi goreng la ibu... Terus mokcik naik darah menyirapppp... hang ni memang nak kena hempuk kak oiiii... ibu kata ibu tak masak, tak masak la...dah lewat dah ni, nanti lambat ibu pi opis... dia terdiam dan terus pi duk atas kerusi...merajuk la tuuu...




Untuk resepi lasagna nanti mokcik post kemudian sbb ingat-ingat lupa daaaa...nanti mokcik recall yerrr...Utang selly pasai resepi kuah ayam tu pong blum mokcik tunaikan lagii....ampun selly, sabaq noooo....pas ni mokcik bagitau. Lepas ni mokcik nak try buat lasagna roll pulak. Resepinya mokcik dapat dari chef in black kat 703 tu. Tapi seperti biasa la mokcik akan durhaka sama itu mat salleh sbb mokcik akan cipta resepi sindri ikut cita rasa anak tekak mokcik la bukan tekak si Emmanual Strobant (chef yg hensem tu) ampunnn... mokcik sembah durhakaaa...

5 comments:

mommy anis said...

uisssshhhh

pandai betulllll buat italian food...

tabik spring le cenggini

Don & Nor said...

toing3x...ikut kak nud tabik spring..huhu..

Selly & Buke said...

bestnya...pas nie tutup la pizza hut sebab semua pandai buat pizza n lasagna.. berguru dengan chef yg tegar gittew!!

halinordina said...

cheni...aku nak berjiran dgn hang boleh? Senang...boleh tumpang makan he..he..

Klu anak2 aku tgk blog hang mesti aku kena perli..sbb la ni umi dia malas ke dapoq

ceni therebeq said...

Nad: bukan pandai laa.. mokcik tengah nak blaja la ni...cuma mokcik suka mengetest ajerr..

Selly : takutnya bila kata nak berguru ngan chef yg tegar ni.. sbb chef ni masak tak ikut sukatan, cuma ikut suka hentam.. sesuka hati nak campak apa dan banyak mana dlm periuk tuu...


Kak Dina : nak berjiran boleh, tapi kena jadi warga Bangi laaa... bertambah gempak lagi la negeri bangi tu... setakat ni jiran yg kompon ngan mokcik adalah si Misi Deris tuu ajerrr...