Sila Klik Iklan Ini

Monday, May 11, 2009

KEBAB NUGGET


Kali ini mokcik chef sesuka hati yang tegar nak citer pasal salah satu makanan kegemaran en. suami...apa dia? tak lain dan tak bukan makanan tersebut adalah en. kebab. Tapi en. kebab ini lain daripada yang lain dan korang tak kan jumpa di mana-mana pun.

Mokcik ciptakan khas kebab ini menggunakan inti nugget ayam sbb nya mokcik nakkan kebab yang ranggup. Ntah cam mana ntah idea ni tetiba je datang dan hasilnya kebab memang rasa ranggup...Selain itu untuk mem"power"kan keranggupan juga mokcik gunakan timun jepun atau dlm bahasa sepanyol adalah zukini. Betul ka? ntah laaa. Dan mokcik guna baby carot sbbnya mokcik tak minat ngan mak, pak carot hatta datuk carot skali pun... tapi apa kan daya ada ketikanya keturunan carot yg tua bangka ni kena cari jugak sbb nak masak sup. Baby carot ni amatla manis dan sedap jika dimakan begitu sahaja.
Okeyla disenaraikan antara bahan-bahan untuk inti kebab. Korang boleh guna apa-apa je sayur yang rasa berpatutan ngan citarasa anak tekak korang yerr...
  • Bawang besar sebiji
  • Minyak untuk menumis
  • Timun jepun 2 ketul
  • Baby carot
  • Kobis yang diparut
  • Daging ayam dipotong dadu kecik-kecik (atau guna aje daging ayam kisar en.ramly burger tu)
  • Sosej dipotong halus (mokcik guna sosej keju sbb tu aje yg ada stok dlm peti ais mokcik)
  • Sos tiram
  • Sedikit lada sulah (mokcik pakai je lada sulah dlm botol yg tajuknya ajinomoto sbb sedap siott)
  • Sedikit mayonis
  • Nugget ayam yang telah digoreng
  • Salad untuk hiasan

Tumis bawang, masukkan ayam dan sosej dulu pastu masukkan semua bahan sayuran. Nugget ayam yang telah digoreng tu kena masuk paling last iaitu bila nak angkat sbb kalu masuk awal-awal nanti tak ranggup daaaa....

Buat pengetahuan korang jugak mokcik ni masak pakai satu bawang je, kalu mokcik dah guna bawang besar atau bawang merah, mokcik tak guna dah bawang putih...Bukan apa, untuk kesihatan...ini nasihat daripada ustaz ni, mokcik cuma amalkan aje...

Timun jepun buat tatapan pada korang yang lum kenal lagi...



baby carot



Inti kebab



en. kebab yang terhasil



en. kebab 2 beradik sedang bergambar


3 comments:

Selly & Buke said...

yummy..yummy...
sungguh menggiurkan itu en kebab....

mommy anis said...

kak....

nampak yummy laa...heheheh

safa said...

nampak lazat nyumnyum