Sila Klik Iklan Ini

Tuesday, May 19, 2009

SOS KENTANG PUTAR

Khas untuk Selly, Hana dan Maskjask yg jauh di perantauan tu dan kenkawan lain yg begitu tegar dan berkobar-kobar untuk membuat sos kentang putar bagi dihidangkan sebagai santapan kuarga, di sini mokcik sertakan secara spesifik resepinya. Sbb kalu ikut resepi mokcik ni main belasah je, tak de sukatan main campak-campak je dlm periuk....mentang-mentang la anak tekak sindri yg nak mencekik...mok cik try and error je...


Kesian pulak kat korang kalu tak jadi nanti. So gunalah resepi di bawah ni yer...



Untuk air rebusan stok ayam

650 ml air
5 sudu besar stok ayam (guna brand Maggi) Hana si jiran sebelah ni suka brand Knorr
1 biji bawang besar - cincang
1 batang saderi - cincang (tang ni mokcik guna daun bawang sbb mokcik tak dak stok saderi, si wonderpet tu dah ngap habis)
  • Masak air dengan stok ayam, saderi dan bawang besar hingga mendidih.
  • Renihkan dalam 10 minit.Tapis ke dalam mangkuk.

Seterusnya sediakan

40 gm mentega
20 gm tepung gandum
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
sedikit serbuk lada hitam
kicap pekat
garam

  • Cairkan mentega dan masukkan tepung gandum.
  • Kacau atas api kecil hingga tak melekat pada tepi periuk.
  • Tuang air rebusan sedikit demi sedikit sambil dikacau supaya tak bergentel.
  • Masukkan sos tomato dan sos tiram, juga sedikit kicap pekat (kicap utk bagi warna).
  • Masukkan juga serbuk lada hitam. Masaklah ikut pekat mana yg disukai.
  • Masukkan garam. Perlu rasa dulu baru letak garam sbb stok ayam dan sos tiram dah masin.

Sekian. selamat mencuba untuk korang semua yerrr...

1 comment:

Selly Buke said...

tq chef...

tp camner pulak ngan resepi kuah sos untuk ayam pulak????

hehehe