Sila Klik Iklan Ini

Monday, May 18, 2009

EXITED NGAN FRYER PAN BARU PART 1




Kali ni mokcik nak riak skit ngan utensil yg mokcik baru beli pada hari Jumaat minggu lepas. Seperti biasa dipersilakan kalu korang rasa nak muntah hijau ngan n3 riak mokcik ni.. atau boleh membuatkan korang naik berbulu ngan n3 ni sila la keluar yer sblm korang naik menyampah tahap cipan ngan kata-kata mokcik yg hiperbola ini....



Kisahnya pada mlm Jumaat nan silam, mokcik beli fryer pan yang tajuknya tupperware bukan tipuware yerr, tokeynya mama rose (siapa lagi kalu bukan si jutawan tupperware tu). Kabarnya minggu lepas dia beli barang sampai 6 ribu riban gittew... dah macam nak bukak kilang le pulak. Jangan mare mama rose, nanti mokcik promo lebih skit pasal utensil ni. Biar mokcik jadi duta fryer pan ni lepas ni bleh? ada payment tak? kah kah kah...



Mokcik beli benda alah ni sbb skrang ada promosi dan reganya amat memikat jiwa raga mokcik. Sebenarnya dah lama dah mokcik duk usha benda alah ni, tapi rasa cam tak berbaloi membelinya, tapi bila harge murah terus mokcik rembat satu... So weekend yg lepas terus mokcik mengetes kehebatan benda alah ni ngan beberapa resepi. Sampai naik rentung dan hitam fryer pan ini makcik kerjakan, tapi nasib baik mudah tanggal sisa sisa yg rentung itu... pastu skrg baru pikir memang berbaloi la beli benda alah ni...


Resepi pertama yg dites adah roti sosej ini. Bawah roti ni agak rentungan ala-ala kehitaman skit, sbb mokcik tak terror lagi guna alat ni, rupanya kena pakai api kecik je dan dia amat la cepat masak...



Mokcik baru belajar buat roti sosej ni.. rupanya pun senget benget je... maklum la tangan mokcik ni belum mahir lagi pulas memulas roti ini. Rasanya memang lembut tapi mokcik tak puas hati lagi sbb tak pakai tepung roti, mokcik pakai tepung super fine je. Cuma mokcik tambah kepoweran tepung ni ngan ibu roti, softener dan bread improver.

Ini pulak mokcik buat roti sosej ala hot dog. Roti ini batch kedua dibakar, kurang skit tahap kerentungannya sbb dah pandai adjust api dan jangka masa tempoh pembakaran dibuat.



Bila nak makan letak sos dan mayonis atasnya. Kalu tambah keju masa nak bakar lagi sedap tauuu....




Pan ni jugak mokcik guna untuk bakar ikan. Boleh dikatakan serba guna la pan ni...mesti tokey yg jual benda alah bangga gila ngan statement mokcik ni...


Cara bakarnya mula-mula letak daun pisang dlm pan ni pas tu letakkan ikan dan sapu sosnya. Sos ini mokcik buat sendiri, kalu korang nak ngetes resepi ala-ala kadar ciptaan mokcik ni, di sini disertakan bahan-bahannya adalah:
  • Minyak untuk menumis
  • Bawang besar
  • Cili kering
  • Belacan
  • Serai
  • Kunyit
  • Halia
  • Sedikit ketumbar
  • Sedikti garam
  • Sedikit gula
  • Air asam jawa

Semua bahan ini diblend dan ditumis hingga naik minyak... Siappp... Letakkan sos ini di atas ikan pastu bakarla hingga masak. Ikan yg mokcik bakar ni namanya ikan susu... Ini 1st time mokcik beli ikan ni, mokcik ingatkan ikan siakap sbb rupa bentuknya sama, tapi bila makan rasaya lain dan banyak tulang pulak tu cam ikan terubuk... so nasihat mokcik jangan beli ikan susu ini sbb menyusahkan anak-anak nak makan. Kesian kat kakak sampai tercekik tulang walupun tulang dia halus-halus je....

Bersambung... di episod menu makan malam. Mokcik masak kenny rogers versi tekak melayu yg mokcik namakan Mokcik Rogers dan Piza...


No comments: