Sila Klik Iklan Ini

Thursday, April 7, 2011

TELUR TOMATO

Jom kita menelur pulok... hehehe menelur... ingat reptilia ker aper nak menelur bagai neh...

Resepi ini ciptaan mengikut skema ikut dang serta mengikut skil sesedap tangan campak mencampak mokcik jer. Oleh kerana ter amatlah boring sesangat asyik-asyik duk masak telur dadar, asyik-asyik telur mata masak merah... naik seteres anak tekak dibuatnya.

Maka ekoran dari kesah yang memboring neh maka terhasilah ciptaan telur tomato dan telur bakar neh ini. Telur bakar esok lah cito ehhh... so tunggu...

Bila masak telur neh kakak dan adiklah org paling bahagia di dunia inih sbb depa berdua neh adalah pencinta telur yg die hard fan. Makanan sorga depa neh nak-nak pulak kalu masak telur rebus. Kakak pulak tersengeh dalam kebahagiaan jer time masak telur tomato neh sbb sut ngan selera dia yg elergik pada masakan pedas.

Telur tomato

Bahan-bahan:
  • 4 biji telur rebus dibelah dua dan disusun atas pinggan
  • 2 biji tomato dihiris halus
  • 1 biji bawang besar dihirs halus
  • Sedikit sos tomato atau sos cili
  • Sedikit gula
  • Sedikit garam
  • Sedikit cukup rasa maggi
  • Sedikit air
  • Sedikit minyak untuk menumis
Kekdah:
  • Panaskan minyak dlm kuali
  • Tumiskan bawang besar hingga naik bau
  • Masukkan hirisan tomato
  • Masukkan sos tomato atau sos cili
  • Masukkan sedikit garam, cukup rasa dan gula serta sedikit air jika tumisan terlalu pekat
  • Masak seketika
  • Tuangkan sos di atas telur yang telah disusun tadi.
  • Sedia untuk dijamu

Amat mudah resepi neh. Nampak jer merah tapi tak pedas langsung sbb pakai tomato jer tak pakai cili pong.


No comments: