Sila Klik Iklan Ini

Wednesday, April 6, 2011

APAM NIPIS INTI JAGUNG

Ini adalah resepi yang 'simple mimple' (ada ker istilah neh) untuk buat apam balik yang nipis seakan adik beradik sepupu sepapat ngan pan cake atau lempeng.

Bezanya adunan tuh kalu tak buh serbuk penaik atau soda bikarbonat maka jadikan lempeng. Mokcik lebihkan susu segar dalam resepi ini untuk membuatkan adunan yg agak lembek sedikit supaya dapat menghasilkan apam yg nipis iaitu apam yg ranggup di tepi tetapi lembut di tengah.

Apam nipis berinti jagung manis, jemputlah rasa...

Bahan-bahan:
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/4 - 1/2 cawan gula
  • 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1/2 sudu kecil baking powder
  • 1 biji telur
  • Susu segar secukupnya untuk bancuhan tepung. Lebihkan sedikit susu segar.  
Intinya:
  • 1 tin jagung manis
  • Sedikit gula
Kekdahnya:
  • Pukul gula bersama telur menggunakan whisk hingga kembang.
  • Masukkan soda bikarbonat, baking powder dan susu segar, kacau hingga sebati
  • Masukkan tepung dan kacau hingga sebati menggunakan whisk. Mokcik lebihan susu segar sedikit supaya adunan menjadi agak cair dan lembek untuk menghasilkan apam yang lembut bila dah masak.
  • Panaskan kuali leper/ pan dan cairkan sedikit mentega atau minyak masak sekeliling pan tersebut.
  • Tuang satu senduk adunan dan ratakan. Masak sehingga separuh masak
  • Taburkan jagung dalam tin bersama sedikti gula
  • Masak hingga masak atau kekuningan
  • Bila dah masak boleh dilipat 2
  • Sedia untuk dihidang dan amat lazat kalau dimakan ketika panas-panas.  
Jom menerai resipi apam jagung yang simple mimple inih


No comments: