Sila Klik Iklan Ini

Monday, July 20, 2009

RUBY-RUBY

Haaa... rasanya ramai yg tak tau apa binatang nyer ruby-ruby ni.. Ini bukan nama awek yer tuan - puan sekelian. Ini sebenarnya adalah makanan peberet mokcik ni. Ada juga orang panggil rubies aje. Mokcik mula suka sama ini makanan bila 1st memakan pada tahun 2002 kat restoran thai yg jaraknya ada la sekentut je dari opis mokcik ni. Spesis makanan ini dikatakan berasal dr Thai dan menjadi peberat org ramai sebagai pencuci mulut. Rupanya macam ABC skit sbb bercampur ngan ais ketul yg dikisar. Kali kedua makan spesis ni pong kat restoran ni gak dan kali ketiga mokcik makan kat Little Penang di Mid Valley nun pada tahun 2005. (Tuuu dia siap ngan tahun skali nak habaq kat hangpa)




Masa 1st time makan rubies ni dulu mokcik tak tau apa spesis makanan ini. Lama gak duk pikir apa benda ni, nak kata jelly bukan, agar-agar pong bukan. Mokcik pong duk pikir camner nak masaknya. Susah ke? sbb tak pernah jumpa spesis makanan cam gini. Masa tu mokcik ingat mokcik makan biji sagu empat segi. Cam kelakar plak bila tingat kisah ni. Tapi skrg mokcik dah tau dahhh... Bila jumpa resepi kat internet terus mokcik mengetest utk membuatnya. Cara nak buatnya semudah one, two, three. Ehh! chef one two three kat Welli nun sihat ker?.
Di sini mokcik sertakan cara-cara membuatnya. Cubalah buat kenkawan... sedap banget sehhhh....

Bahan-bahan:

  • 8 biji senkuang cina (kalu pakai sengkuang biasa tak hebat rasanya)
  • Pewarna merah
  • 3 sudu tepung ubi (tepung ni mokcik beli masa nak masak pai tee dolu tu)
  • 5 ulas nangka (utk hiasan)
  • Ais ketul
  • 3 sudu gula (boleh kurang kalu tak suka manis)
  • 3 cawan santan asli yg dimasak bersama gula di atas
  • 1 helai daun pandan yg dimasukkan ke dalam santan di atas utk mengharumkan aromanya.

Cara membuatnya:

1. Sengkuang dipotong dadu (sila la guna sengkuang cina ya puan-puan sbb sengkuang ini sesangat la sedap rasanya... ranggup, rapuh dan manis sekali. Tak caya cuba ler try rasa...)

2.Rendam sengkuang yg telah dipotong dengan pewarna merah. Mokcik pakai pewarna merah yg dlm botol cam esen vanila tu, pekat color dia wa cakap luuu..

3. Masukkan sengkuang yg berwarna merah tu ke dlm beg pastik. Masukkan tepung ubi dan goncang-goncang supaya tepungnya sekata. Perap seketika dengan tepung ubi.

4.Boilkan sengkuang selama 3-5 minit dan terus rendam selama 15 minit dengan air batu (ais yg sejuk ) utk mematikan proses memasaknya.

5. Pastu bolehlah letak dlm mangkuk bersama hirisan buah nangka. Masukkan beberapa ketul ais dan tuanglah kuah santannya. Siap utk dimakan. Kalu ada ais yg diparut lagi best wooo.

Nak makan spesis rubies ini ada 2 versi.

1. Versi santan mentah

2. Versi santan dimasak.

Versi santan mentah depa perah santan pakai air masak je pastu terus bleh buat kuah ruby. Tapi versi mokcik ni versi santan masak bersama ngan gula. Awas! kena hati-hati skit, jangan terlalu lama dan jangan terleka nanti santan pecah minyak kang tak menjadi plak nanti.

semasa proses pemerapan yg sedang berjalan




Ini la hasilnya... hasil pembelajaran kali ini...

2 comments:

impianku said...

mmmmmmmmmmm nampak sedap...yum..yum..yum...nk kena try la...
chef..
tolong cari resepi lo bak kor...ni makanan kat kedai dim sum...lobak putih bergoreng klu x salah la...tolon ek...

ceni therebeq said...

Kalu lobak putih goreng kalu tak silap mokcik dipanggil carrot cake. Ada 2 jenis masakkan
1. Yg digoreng cam kueteow
2. Yg bentuk 4 segi dan ditabur bahan-bahan di atasnya?

Yg mana satu tuan hamba mau?