Sila Klik Iklan Ini

Thursday, July 23, 2009

KAKI LER PULAK

Anak dara mokcik a.k.a kakak ni memang spesis tak leh duk diam, spesis yang suka cari penyakit org tua kata. Dulu tersangkut dlm bakul mainan, kali ni betis dia plak terlekat salotape, tersangkut, tak leh kuar. Apa lagi mokcik gelak sakan laaa... Dah abis gelak baru tolong dia (dah jadi macam maskjask kat welli nun). Dia cukup tensen bila mokcik gelakkan dia... sampai meraung-raung la...


Merenung masa depan kaki yg tersepit salotape...



Ini la mangsa yang dimaksudkan.
Di bawah ni plak mokcik nak masuk bab makanan pulak laa...
Resepi pertama adalah timun goreng khas tuk org nak diet dan menu kedua adalah ayam bakar pong tuk orang nak diet

Timun ini digoreng dengan minyak zaiton, lada hitam dan sedikit sea salt atau rock salt (kalu tak dak korang belasah je garam biasa tu). Goreng sekejap aje jangan lama sangat nanti timun lembek tak crunchy le beliau nanti. Timun tu hendaklah dipotong nipis-nipis je. 1st time tengok resipi ni terus mokcik berkenan dan tingin nak cuba. Sebenarnya menu ini mokcik dapat kat 703 Chef Laura tu. Yg best nya masakan ni tak guna bawang atau perisa dan rasanya tetap sodappp wehhh...




Resipi kedua, ayam ni diperap ngan ramuan spt halia, kunyit, serai, lada sulah dan sedikit garam selama 20 minit pastu dibakar dlm aluminimum foil. Ini resipi belasahan mokcik je a.k.a resipi ciptaan mengikut selera anak tekak mokcik laa (tak rujuk mana-mana kamus, buku masakan atau rancangan masakan pong). Dan mokcik tak buat air asam kali ni sbg pencicah sbb takut terlebih selera kang hancur angan-angan mokcik nak diet.


No comments: