Sila Klik Iklan Ini

Friday, July 10, 2009

PAIS IKAN KUKUS



Rasanya dah lama mokcik tak post pasal makanan di sini laa.. Maklumla si debab yg enchem tu tak berapa sihat. Maka agak terbatas skit la masa mokcik nak mengesurf tenet ni. Masa kat PPUM itu hari plak berukband selekom ni memang beruk sungguh la. Signal kat situ very poor... tensen mokcik. Jadila mokcik seorang yg tabah menemani si hero michelin tu dengan penuh keboringan.


Okey la kali ni buat tatapan kenkawan mokcik nak citer pasal resipi ikan pais. Resipi ikan ni memang glamer kat Ganu dan biasanya dijual bersekali atau sewarung ngan Sata... (tetiba je tingat kat Satar, staf opis ni dulu) apa kabar dia yer... dah cikgu gamaknya skrg ni... ehhh melalut le plak... ampun kenkawan mokcik ni suka tersasar dari bearing skit, kadang-kadang laaa....




Mokcik masak pais ni sbb nak menghabiskan stok en. daun pisang yg mokcik beli masa nak masak ikan bakar itu ari. Daripada dibuang begitu sahaja elok dan molek benar rasanya mokcik pikirkan kaedah-kaedah lain yg boleh menghabiskan beliau dengan secukupnya. Pais ni bleh dimasak 2 cara


1. Bakar


2. Kukus
Mokcik pilih kukus sbb dia lebih moist, kalu bakar kang kot kuah dia kering plak nanti.

Okey di sini mokcik sertakan resipi utk membuat en. pais. Selamat mengetest ye..


Bahan-bahan

  • Ikan sadin curut 7 ekor

  • Bawang besar 1 ulas

  • Halia 1.5 cm (lebih kurang laaa, mokcik main agak-agak je sbb kat dapur tak dak ruler... istilah org kg mokcik ni)

  • Kunyit 1.5 cm (kalu tak dak hentam je kunyit serbuk tu)

  • Lengkuas 1.5 cm gak

  • 2 batang serai

  • Sedikit ketumbar

  • Sedikit air asam jawa

  • Sedikit garam

  • Sedikit gula (utk meneutralkan rasa masan air asam tu, kalu guna nnissan Ganu lagi best tau)

  • Serbuk maggi cukup rasa (kalu tak dak pakai je tok aji)

  • Sedikit sos ikan thai atau depa panggil nampla (tak buh pong tak pe, mokcik letak ni sbb nak abiskan stok, kang beliau expired le plak nanti)

  • 1/2 hingga 1 cawan Santan pekat untuk bancuh semua ramuan rempah ni
Cara memprosesnya adalah:

Sume bahan ini di blend sehingga lumat. Pastu letak la atas daun pisang bersama ikan spt gambar di bawah sebelum di kukus.



Rempah untuk pais ikan




Mula-mula amek daun pisang pastu sapukan sikit rempah pais, then letak ikan dan sapukan sikit lagi rempah di atasnya.




Bungkus la sesedap rasa... seterusya boleh la di kukus selama 8-10 minit. Jangan lama sangat nanti over cook le beliau nanti... kang tak sedap le plak...



Ini la hasilnya... ikan pais. Musti cuba... sedap ooo. Kalu makan cam gitttew aja lagi best.

1 comment:

safa said...

wawawawa nampak lazat hidangan makcik si tukang masak yang tegar.....bila nak cuba nih ekekekeke.....

berok band saya ni pun cam beruk la kak...kat shah alam cam hampehhhh...lepas 12 mlm baru agak ok...ni rasa nak tamatkan perkhidmatan nih...huh...kelepet punya celcom