Sila Klik Iklan Ini

Monday, September 24, 2012

MASJID KRISTAL

Sabtu lepas satu hari suntuk mokcik dan famili pusing-pusing di bandar KT. Lama benar rasanya tak singgah ke bandar KT neh ada sedikit perubahan nampaknya. Tujuan kami ke sana nk belikan barang-barang pengantin utk kedai anjang pastu melawat kawan tokmek yang mengalami masalah hati di hospital KT dan seterusnya singgah di pasar payang utk mokcik dapatkan bekalan serunding untuk di bawa ke Jepun nanti.

Sempat jugak mokcik singgah di Masjid Kristal yang terdapat di Pulau Wan Man ini buat Jamak sekejap memandangkan rumah mokcik ke bandar KT ni pun hampir 200km. 


 Kubah yg merelip kena cahaya matahari


 Latar belakang masjid ini menjadi tempat beberapa pasang pengantin yg sedang fotoshoot di sekitarnya...



 Pintu masuk yg ada ukiran dan lantai yang bercahaya marmarnya



 Ruang dalam masjid.... tiada kipas namun masjid tetap terasa sejuk mungkin sbb batu marmar di dalamnya.



 Kubah masjid



Telekung yang disediakan utk kegunaan muslimat.





Wednesday, September 19, 2012

BERSANTAI DI PANTAI KERTEH

Bersantai, bercanda dan berpiknik di Pantai Kerteh berhampiran kg. mokcik pada cuti umum yg lepas sangat mengirangkan hati Mat Japih dan Mat Piq. Apa tak nya bleh golek-golek dlm air laut sampai tak mau balik walaupun hari dah gelap...

Berpiknik kali ini juga dibuat bersekali dengan pembakaran bbq en. kerang, sosej dan daging burger juga muchmellow. Malas nk amek gmbr byk-byk kat pantai neh sbb kami selalu sgt ke sini, hanya gmbar bebudak ini sahaja yg mokcik uplodkan.

 Mat Japih dan Mat Piq, 2 orang kawan yg kadang-kadang elok duk menyembang sampai pukul 1 pagi tetapi kekadang boleh bertumbok sbb berebut mainan. Hak milik mainan tak boleh lebihkan salah sorang nanti berperang.



 Adik dan kakak



Tuesday, September 18, 2012

DROPBOX DI MANA-MANA

Mudahnya dengan dropbox di mana-mana neh... di pc di laptop dan di hp. Terima kasih pada Hajah Kherun yg telah memperkenalkan saya dengan dropbox... mak sangatttt suka jahhhh....

Cuma yg menjadi kerisauan, kegusaran dan kegundahan gelana mokcik adalah jika hp hilang atau tercicir atau yg sewaktu denganya habislah sume dokumen penting pasal kerja hilang yg ada di dalamnya... tak selamat jadinya nanti.

So, jika ada di kalanagan kenkawan yang ada jalan penyelesaian mohon maklumkan yer.. terutama kepada pengguna dropbox mahir lagi tegar tu... ada ke sistem yg boleh buatkan kita block dropbox neh jika malang berlaku...emmm... kena cari ikhtiar sambil berangan di cafe neh.




Friday, September 14, 2012

NAK KE TAK NEH?

Nak hantar ke tak neh?

Aduhai konpiusnya...

Berbolak balik hati ini...
Serba tak kena...

Kalu hantar kang macam ter over
Kalu tak hantar kang risau pun ada...

Ya Allah... buntunya

Ya Allah permudahkan urusan ku...
Ya Allah tunjukkan aku jalannya...
Ya Allah suluhkan aku sinarnya...

Ya Allah.. berikan aku petunjuk dan idea
Sesungguhnya aku kosong...

Tunjukkan aku moga dengan apa yg akan berlaku mendapat redha Mu...
Namun jika sebaliknya ia tidak mendapat redha Mu...
Aku pasrah dengan sekarang...

Tunjukkan lah aku jalannya  Ya Allah...

Ya Allah....
Ya Allah...
Ya Allah...

Dalam melayan jiwa yg gelora neh tetiba terasa rindu pulop pada Mat Japih...(out of topic pulok wey)

Mat Japih selalu cakap setiap kali bila nk tinggalkan dia...

"Kalau adik rindu ibu camner?...


Kolam di glory beach resort



Thursday, September 13, 2012

GLORY BEACH RESORT, PD

Lama dah mokcik nk tulis pada hotel neh, tapi asyik tertangguh dan tertunggah bagai (ada ke istilah neh) membuatkan mokcik cam lemah pulop nk ngadap pc neh...

Hotel Glory Beach Resort neh last kami pergi adalah pada tahun 2003 dahulu iaitu semasa memula bergelar isteri kepada en. suami. Kami pergi family day di sana  secara berjemaah bersama kenkawan opis yang meriah uolsss...

Kali neh pong pergi ke sana sbb urusan kerja kena berkursus dalam rangka perancangan program PPK kami. Lepas tunggu en. suami, kakak dan adik balik dari Taiping terus kami ke sini hari Jumaat lepas.

Hotel neh sekarang ada perbezaan sedikit perbanding dulu... ofkos la nampak sedikit buruk tu meme lah kan hohoho... ampun en. manager hotel...jangan murka pada patik...

Tetapi yg besh hotel neh ada penambahbaikan sedikit skrg iaitu ada dibela haiwan ternakan seperti arnab dan reptilia lain seperti kura-kura dan penyu. Ala-ala dah jadi macam mini zoo gitew berhampiran kolam renangnya. Kalau dulu hanya ada ikan gergasi itu sahaja yg mokcik nampak skrang dah ada pertambahan koleksi haiwan yang menetap di sini. Sebelah tandas di tepi kolam renang tu pulok ada habitat penyu di sediakan di situ. Adalah beberapa couple penyu yang sedang bergumbira dan bermanja-manja di situ...

Dan part yg paling besh adalah hotel ini ada membuat penetasan dan pelepasan baby pentu penyu ke laut. Acara ini dibuat pada malam minggu lepas yang mana pihak hotel telah melepaskan kalu tak salah 15 ekor baby penyu ke laut utk mereka berdikari di habitat baru. Mokcik tak join part neh sbb kesihatan tak mengizinkan... kesian kakak yg teringin nk join tapi tak berpeluang...katanya kakak tak pernah tengok penyu... alahaiii kesiannya. Terus mokcik cakap pada kakak kalu ada rezeki kita akan ke pantai Kerteh satu hari nanti utk tengok penetasan penyu. Bertuah rasanya tengok kenkawan dan famili lain yg join xtvt neh.sbb susah nk cari xtvt sebegini skrang neh... satu baby penyu utk 1 famili utk dilepaskan ke laut...

 Pemandangan hotel mewah di sebelah hotel kami dan hotel kami yang tidak mewah berada di sebelah hotel mewah ini.


 Bilik kursus


 Kumpulan yg voge the vasss ko jahhh...


 Acara melepaskan baby penyu ke habitat baru...moga ko selamat meredah gelombang bergelora neh


 Baby penyu yg panik dan mabuk laut barangkali hehehe...


Handset jadi lampu suluh pada baby penyu



Wednesday, September 12, 2012

Emmm??? Dah 5 bulan Setengah

Emmm....Ya Allah lamanya tak check in sini... 
Blogger pun dah tukar timeline sampai terkial-kial mokcik dibuatnya utk wat post n3 neh...

Emmm....Padanlah dah 5 bulan 15 hari tak singgah sini...tak tinggal barang sebijik kabar berita pong... aduyaiii....sedeynya....silalah kasihan pada diri saya sendiri nyer...

Emmm....Tak tau lah semenjak dua menjak dan bermenjak-menjak liat betul hati ini dah singgah sini apatah lagi nk ketuk-ketuk keyboard utk setori mori barang selori dua...tak tau lah kenapa... kecelaruan emosi mungkin...

Emmm....Tapi bila rindu datang mulalah terasa sesuatu gitew...terasa nk singgah di sini walau sedetik cuma...

Emmm....Tak sangka dah 5 bulan setengah dah ku tinggalkan laman ini...rasa macam baru jer lagii...cepat sungguh masa berlalu....

Emmmm....

Friday, April 27, 2012

PUFF SARDIN

Setelah selesai mengepuff pisang kita mengepuff sardin pulop...Tapi kali neh kulit puff mokcik wat sindri...wahh mokcik terlebih rajin ko jahhh...

Kulit puff neh agak remeh skit nk buat sbb kena simpan dlm peti ais bagai tu yg agak kelemauan yg nyata kalu nk buat puff ini melainkan kalau teringin sesangat dah. Boleh dibilang dengan jari berapa kali jer mokcik wat kulit puff ini. 

Kali pertama buat ok menjadi cantik crosant mokcik,  kali kedua wat hancus sehancusssnya sbb masa simpan doh dlm peti ais tak perasan plastik cover doh terbocor dan doh telah bertukar menjadi seperti selimut gebar yg kembang setaman di dalam peti ais. Ini kali ketiga buat dan kali ini kehodohan yg nyata lagi terserlah kulit puff mokcik hohoho tapi sib baik masih ranggup dan gebu.

Mokcik buat kulit puff neh sesedap pala otak jer...ingat-ingat lupa pulop tu masa tengok resepi kat tv. Penyudahnya mokcik wat ikut adunan buat donat pastu balut ngan plastik dan simpan dlm peti ais semalaman.

Esoknya baru canai doh secara pepanjang skit dan kemudian sapu mentega yg disejukkan dan lipatkan doh menjadi beberapa lipatan. Pastu canai lagi doh dan sapu kan mentega lagi dan ulangi step di atas sehingga menjadi beberapa lapis.

Untuk inta pulok mokcik wat inti sardin yang macam nak buat inti karipap sardin tu. Bila dah doh di canai letakkan inti dan lipat elok-elok.

Biarkan doh rehat seketika dan sapukan telur kuning sebelum dibakar. Bakar  lebih kurang 10-20 minit

Puff sardin


Puff + kopi... jom mengepi...



Saturday, April 21, 2012

PUFF PISANG

Ini adalah teknik masakan bagi makhluk-makhluk isteri yg tak seberapa nk rajin meluangkan masa yg lama di dapur... hohohoho..

Teknik yg amat cepat dan pantas memang sentiasa menarik naluri dan perasaan mokcik... hehehe teruk tula laa sume kerja pikir nk short cut jer... macam mana badan tak mengajah sekarang hohoho... 

Tapi wat puff pakai kekdah neh memang menjimat masa dan tenaga wooo...Tak caya cuba korang try wat ... sambil suap nasi pong leh buat tau...Puff neh hamatlah sesuwei di kawankan dengan kopi sambil minum -minum petang weken neh...Jom panaskan oven dulu....

Bahan-bahan
  • Kulit pastri segera (kalau rajin buleh wat sendiri)
  • Beberapa biji pisang
  • Gula perang
  • Serbuk kayu manis
  • Parutan cheese (mokcik pakai mozarela cheese jer)

 Mula-mula sekeping kulit pastri di potong empat dan gariskan sedikit di tepinya tapi jangan sampai putus. Kemudian susunkan pisang dan taburkan gula perang, sedikit serbuk kayu manis dan parutan cheese


 Lipat hujung puff ini dan tekan pakai garfu utk melekatkan kedua-dua kulit puff


 Sapu kuning telur dulu di atasnya dan bakarlah lebih kurang 15 - 20 minit atau sehingga puff masak

 Siap diperbarisan utk tunggu dikunyah kami anak beranak


Inilah hasilnya walaupun senget benget skit...jemput makan...


Monday, April 16, 2012

PELANCARAN APEL

Hari ini 16 April 2012 terlancarlah APEL secara rasminya. Mesti ramai yang tidak familiar lagi dengan APEL ini kan?. Musti ramai yang duk tanya apa itu bendalah en. APEL ini yer?

APEL adalah pengakreditan pembelajaran berasaskan pengalaman terdahulu yang menyediakan laluan kemasukan alternatif kepada mereka yang layak untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi. Setakat ini laluan untuk APEL hanya dibuka untuk program Degree sahaja. Akan datang akan dibuka untuk peringkat Diploma dan Sijil pula.

APEL ini menggalakkan seseorng individu untuk meningkatkan pengetahuan secara berterusan. Jadi sekiranya anda memenuhi syarat berikut anda adalah layak untuk memohon sebagai calon APEL untuk memasuki program ijazah sarjana muda.
  • Warganegara
  • Berumur 21 tahun ke atas, DAN
 Anda perlu LULUS Ujian Aptitute dan LULUS Portfolio.

Calon yang berjaya mendapat sijil APEL boleh membawa sijil tersebut untuk memasuki program di mana-mana IPT yang menerima kemasukan pelajar secara APEL. Namun begitu IPT hanya boleh mengambil pelajar melalui kemasukan ini maksimum 5% daripada jumlah populasi pelajar semasa sahaja.

 Simbolik pelancaran adalah buku ajaib yg diperbuat daripada 2 jenis kulit lembu dan kulit kambing

 
Adik-adik choral speaking yg hebak sesgt...pembaca doa pun adik yg comey dan kiut


Inilah muka-muka comey yang ceria selepas persembahan depan pak menteri....Gambar semasa pelancaran memang byk tapi macam berat je jejari mokcik nk uplod sbb letih sesgt dari semalam bizi ngan majlis pelancaran ini....