Sila Klik Iklan Ini

Tuesday, April 26, 2011

5 HARI SUDAH KONG

Adus!!! macam maner pale otak den bleh senget bertingkat-tingkat neh...

Ada ker patut boleh tak terperasan dah 5 hari bawak viva forever tu dengan roadtax dah kong 5 hari nan silam.... hohoho. Silalah gelakkan saya beramai-ramai yer sambil tepuk tangan dan kaki macam jambu maharaja tuh...

Yang besh nyer viva forever neh dah jenuh pi ulang alik dengan selamber kura-kuranya ke Putrajaya dan Cyberjaya beberapa hari silam (pi jumpak pak menteri lagi)

Sib baik tak der pak polisi melambai kat viva forever neh di tengah jalan... kalu dak musti berpinar bijik mata mokcik cari idea untuk selamatkan poket. Tapi kalu pak polisi tahan nk mintak otograf pong tak leh wat camner sbb memang lupa bebenor tang tarikh neh sedang roadtax tu si shaharudin dan siapkan pada awal bulan lagih.

Cepat tul masa merempit sekarang neh... tu yang mokcik masih duk ingatkan tarikh 20 April tu macam jauh lagi, rupa-rupanya tarikh tu dah lepas dah jadi sejarah dah pong hehehe. Malam tadi baru terperasan boleh?.

Friday, April 22, 2011

APC

Semalam telah berlangsung majlis APC opis mokcik untuk tahun 2010. Yang paling bermakna dan saat istimewa majlis pada tahun neh adalah kehadiran Pak Menteri. Waahhhh kelas uollsss...

Inilah kali pertama Pak Menteri datang majlis APC kami. Amat beruntung penerima APC tahun neh sbb terima sijil dari tangan Pak Menteri. Saat yang tidak diperoleh oleh mana-mana penerima APC sebelum ini.

Majlis berlangsung di Hotel Hilton, PJ dengan sempurna walaupun ringkas, tahniah pada urusetia dan juga tahniah pada kawan-kawan penerima APC tahun neh.


Lokasi majlis  


Penerima APC dalam buku aturcara



Bersama Pak Menteri



Barisan penerima APC. Tahniah dari mokcik, semoga kekalkan kecemerlangan itu...


Tetiba geng kompang ada sini dalam laaa...



Mokcik dan maskjask (salah sorang penerima APC)



Bersama geng semeja makan. Malangnya berita tv3 mlm tadi meja kami tak dpt liputan dari cameraman pong... sib baik gak kalu dak....



Bersama geng mak pengantin pulok neh...



Thursday, April 21, 2011

NASI BERATUR

Fenomena terbaru di Penang sekarang adalah Nasi Beratur... Mokcik ngan Abg Mie Colgate dan Azira pong sengaja menjebakkan diri dalam kancah pemberaturan untuk nasi beratur neh time kami visit wawasan Penang last wiken.

Mau kami tak terjebak weyyy, sume rakyat jelata Penang duk gebang benda neh. Turun jer kapai terbang terus amek teksi tapi hazab ya rabbi nak dapatkan teksi kat aipot Penang yg tengah duk renovate neh. Dah la beratuq panjang berdepa - depa kat jalan raya, tengah panas pulak tuu sampai berkicap ketiak weyyy. Dapat jer naik teksi terus drebar teksi tu duk habaq mesti try makan nasi beratuq la neh kalu mai Penang. Teksi yg Azira naik yg agak lewat mlm pong duk habaq benda sama gak. Pastu time visit wawasan pong staff depa duk habaq benda yg neh. Depa sume dah ketagih nasi neh, bleh kata setiap wiken depa musti pi beli.

Kalu dulu yg glamer di Pulau Mutiara neh adalah nasi kandar line clear atau kayu atau pelita. Sekarang suda tukar maaa. Memang kena benar dengan konsep yg owner nya buat iaitu memang kena beratur panjanglah kalu nak makan nasi neh.

Lokasi adalah berselahan dengan Masjid Kapitan Keling dan kalu duk perati jalan sekita depan kedai nasi neh semuamya adalah deretan kedai-kedai emas mami jarum uolls... kelas jalan neh.

Sungguh gigih kami beratur nak dapatkan nasi neh. kedainya bukak kul 10.00 mlm hingga 7.00 am. Kami kuar hotel kul 8.00 mlm pastu pi beli jeruk sat kat kedai Nasir yg katanya tengah tip top sekarang neh. Pastu belum kul 9.00 kami dah sampai kat kedai nasi beratur neh. Punya la lama menunggu naik kematu kepala lutut semata-mata nak merasa nasi neh. Sampai awal konon-konon nak dapatkan no satu lah, tapi emmm nan ado kedai tak bukak lagi.. So kami pong lelepak la bwh pokok depan masjid. 

Borak punya borak sekali bila tertoleh tengok manusia dah mula beratuq panjang maaa... jam baru kul 9.30. Tak bleh jadi neh.. kang lambat pulok kami soru. Tali perut pulok dah kerok krekkk kerokk krekkk duk berpintal-pintal kelaparan dah neh. Kalu lah cam neh gaya timing makan malam lupakan ajer xtvt nak diet dan nak jaga badan nun yer...Kita jaga tali perut dan anak tekak dulu yer kenkawan.

Yang kami duk heran sambil berpikir sampai bertingkat-tingkat adalah kenapa la kedai neh dibuka jam 10.00 mlm bukannya jam 8.00 atau jam 9.00 erk. Heran-heran...Sila lah korang heran secara berjemaah bersama kami.

Dalam kul 10.30 kot kami baru dapat makan. Keputusan panel hakim utk penilaian nasi neh hasil persetujuan mokcik dan abg Mie adalah tak der sedap mana pong nasi neh. Jauh sedap nasi kandar Zainol kat opis nun...emmm melekat baunyer. Nasi neh macam kurang skit sbb kuah nyer macam cair jer... macam tak der umpp dan tak der beza ngan nasi kandar lelain. Azira pulok masih setia ngan citarasa Pelita berbanding ngan nasi neh...

Itu hasil penghakiman kami setelah berbaris sejauh mata memandang. Tapi kalu tak try tak tau yer dakk...

Ini lah kedai yang dimaksudnya seperti yang dinyatakan dalam karangan tersebut di atas




Sampai belum kul 9.00 tau, penuh kegigihan kami menunggu di bawah pokok neh


 

kedai nasi neh sebelah mesjed Kapitan Keling


 

Masjed ni punya pengenalan kata tertulis kat batu depan mesjed. Ada diceritakan sejarah pembuatan mesjed neh



 
Kul 10.00 baru owner pasang-pasang meja dan kerusi


 

Ini pulok kul 9.30, oleh kerana manusia sudah mula perbarisan maka wakil kami Azira telah memulakan langkah untuk terjebak sama dlm perbarisan tersebut walaupun masaih awal lagi... hazab weyyy pembarisan dibuat bersama pemakaian high heel... lenggoh yang amat tulang kaki.




Tetap gigih di perbarisan




Manusia yg semakin berdepa-depa dan berkajang-kajang tersusun di perbarisan



Ni lah yg kami duk tunggu dari tadi, rasa cam tak berbaloi pun ado sbb lagi erbesh nasi zainol nun...

Friday, April 8, 2011

TELUR BAKAR

Oleh kerana 2 hari mokcik tak masuk opis lagi di hari-hari ujung minggu neh maka mokcik auto publish jer lah n3 neh. Lagi berkisar pasal episod bab peneluran lagih kali neh. Musti korang musykil kan camner telur bakar terhasil. Neh kalu Abg Bib baca neh musti marah dia neh sbb sensitip duk sebut-sebut nama bapak dia neh... ampun abg bib... kirim salam pado En. Bakar yoo.

Telur bakar. Resepi untuk kelainan selera dan rasa pada anak kami kerana boring dengan resepi telur dadar yg dah tak luar biasa lagi.

Bahan-bahan:
  • Telur
  • Sedikit garam
  • Sedikit perisa cukup rasa maggi
  • Daun saderi dihiris halus
  • Sedikit lada sulah
Kekdahnya:
  • Pecahkan telur dalam bekas kaca kecil yg tahan panas
  • Taburkan sedikit garam, cukup rasa, lada sulah dan daun saderi
  • Sediakan loyang pembakar yang telah diisi dengan air panas dan susun bekas telur ini dalam loyang tersebut
  • Bakar selama 10- 15 minit
  • Sedia untuk dihidang
Bila nak makan kami tuang sedikit kicap di atasnya (ikut selera kakak dan en. suami yg penggemar kicap yang setia dan tak pernah berpaling tadah pada kicap)


 Jom menerai kita cipta kelainan skit.


Nak tau rasanya camner tuan/puan kena try buat tau...


Thursday, April 7, 2011

TELUR TOMATO

Jom kita menelur pulok... hehehe menelur... ingat reptilia ker aper nak menelur bagai neh...

Resepi ini ciptaan mengikut skema ikut dang serta mengikut skil sesedap tangan campak mencampak mokcik jer. Oleh kerana ter amatlah boring sesangat asyik-asyik duk masak telur dadar, asyik-asyik telur mata masak merah... naik seteres anak tekak dibuatnya.

Maka ekoran dari kesah yang memboring neh maka terhasilah ciptaan telur tomato dan telur bakar neh ini. Telur bakar esok lah cito ehhh... so tunggu...

Bila masak telur neh kakak dan adiklah org paling bahagia di dunia inih sbb depa berdua neh adalah pencinta telur yg die hard fan. Makanan sorga depa neh nak-nak pulak kalu masak telur rebus. Kakak pulak tersengeh dalam kebahagiaan jer time masak telur tomato neh sbb sut ngan selera dia yg elergik pada masakan pedas.

Telur tomato

Bahan-bahan:
  • 4 biji telur rebus dibelah dua dan disusun atas pinggan
  • 2 biji tomato dihiris halus
  • 1 biji bawang besar dihirs halus
  • Sedikit sos tomato atau sos cili
  • Sedikit gula
  • Sedikit garam
  • Sedikit cukup rasa maggi
  • Sedikit air
  • Sedikit minyak untuk menumis
Kekdah:
  • Panaskan minyak dlm kuali
  • Tumiskan bawang besar hingga naik bau
  • Masukkan hirisan tomato
  • Masukkan sos tomato atau sos cili
  • Masukkan sedikit garam, cukup rasa dan gula serta sedikit air jika tumisan terlalu pekat
  • Masak seketika
  • Tuangkan sos di atas telur yang telah disusun tadi.
  • Sedia untuk dijamu

Amat mudah resepi neh. Nampak jer merah tapi tak pedas langsung sbb pakai tomato jer tak pakai cili pong.


Wednesday, April 6, 2011

APAM NIPIS INTI JAGUNG

Ini adalah resepi yang 'simple mimple' (ada ker istilah neh) untuk buat apam balik yang nipis seakan adik beradik sepupu sepapat ngan pan cake atau lempeng.

Bezanya adunan tuh kalu tak buh serbuk penaik atau soda bikarbonat maka jadikan lempeng. Mokcik lebihkan susu segar dalam resepi ini untuk membuatkan adunan yg agak lembek sedikit supaya dapat menghasilkan apam yg nipis iaitu apam yg ranggup di tepi tetapi lembut di tengah.

Apam nipis berinti jagung manis, jemputlah rasa...

Bahan-bahan:
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/4 - 1/2 cawan gula
  • 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1/2 sudu kecil baking powder
  • 1 biji telur
  • Susu segar secukupnya untuk bancuhan tepung. Lebihkan sedikit susu segar.  
Intinya:
  • 1 tin jagung manis
  • Sedikit gula
Kekdahnya:
  • Pukul gula bersama telur menggunakan whisk hingga kembang.
  • Masukkan soda bikarbonat, baking powder dan susu segar, kacau hingga sebati
  • Masukkan tepung dan kacau hingga sebati menggunakan whisk. Mokcik lebihan susu segar sedikit supaya adunan menjadi agak cair dan lembek untuk menghasilkan apam yang lembut bila dah masak.
  • Panaskan kuali leper/ pan dan cairkan sedikit mentega atau minyak masak sekeliling pan tersebut.
  • Tuang satu senduk adunan dan ratakan. Masak sehingga separuh masak
  • Taburkan jagung dalam tin bersama sedikti gula
  • Masak hingga masak atau kekuningan
  • Bila dah masak boleh dilipat 2
  • Sedia untuk dihidang dan amat lazat kalau dimakan ketika panas-panas.  
Jom menerai resipi apam jagung yang simple mimple inih


Tuesday, April 5, 2011

NANGIS RAJUK & TIDO

Lamo bonar dah rasanya tak ngumpat pasal peel Japih neh. Oleh itu hari neh mokcik nak wat umpatan melampau pasal peel si Japih time kena marah. Kalu time kami geram ngan perangai dia yg semakin lasak dan membuas neh kami akan panggil dia dengan panggilan Muhammad supaya sejuk skit hati kami .

Time dia kena marah, sangat mudah untuk dia menangis, harap muka jer lagend tapi hati penuh syahdu. Dia akan menangis, pastu merajuk sambil tutup muka ke lantai. Dan yg kelakar dalam duk merajuk tuh dengan tak semena-mena nya dia akan tertido... hohoho. Bleh lena dengan nyenyak sekali plak tuh tak kira di mana dia akan landing di situ lenanya akan dibuai mimpi.

Ada sekali tuh dia bleh terlena dalam stor di celah- celah timunan bantal dan tilam yg menggunung itew. Time dia penat punyalah senang dia nk tido tak perlu susu dan dodoi bagai, tetiba jer boleh lena. Tengah-tengah kusyuk duk main keta pong bleh lena tau. Mula-mula tu masih kedengaran lagi bunyi mulutnya bising duk ajuk macam bunyi enjin keta tetapi  tetiba jer diam.... Sekali mokcik tertoleh tengok-tengok dia dah tertido roper nya...macam kesian sgt tengok Japih tertido dlm stor tuh dah lah tak pakai baju pulok tuh..

Mula-mula nangis dulu. Peel standard time nangis adalah mengunyah jejari sendiri yg tak berperisa jejari ke dalam mulut.



Time merajuk... aksi time merajuk adalah tutup muka ke lantai


Pastu tetiba jer diam... oooo lena dengan jaya rupanya.... zzzzz....


Ini di kemudian hari seterusnya lena dengan aksi tertonggeng


Neh pulok time merajuk kat depan mesin basuh, sesuka ati dia jer kat mana dia nak landing time merajuk neh.


Pastu apa lagi lena lah...


Neh pulok time merajuk ngan kakak. Dia nak mandi sekali ngan kakak tapi kakak tak nak ajak. Terus dia buat drama tangisan di depan bilik air sambil merajuk dan seperti biasa akan disudahi dengan lena diulit mimpi... Alahai Muhammad oh Muhammad

Saturday, April 2, 2011

PIZZA CEPAT

Kali neh mokcik nak kobar pulok cara wat pizza yg cepat dan sedap dimakan. Caranya amat ringkas, mudah dan dan cepat. Sambil mamai-mamai pong bleh wat tau, tak payah nak uli-uli tepung bagai. Mokcik wat pizza neh sambil bancuh kopi time breakfast.

En. Pizza yg ringkas dan lazat

Bahan-bahan:
  • Beberapa keping roti sandwich
  • Hirisan bawang besar
  • Spageti paste bersama sos tomato
  • Ikan tuna atau sardin dalam tin yg dihancurkan
  • Sayuran (lada benggala, nenas) jika mahu, mokcik tak letak pong
  • Oregano flake
  • Sedikit garam
  • Mozerella cheese
Kekdahnya:
  • Susun beberapa keping roti dalam dulang pembakar
  • Sapukan spageti paste bersama sedikit sos tomato
  • Taburkan tuna/ sardin flake
  • Taburkan sayuran dan bawang dihiris
  • Taburkan oregano flake dan sedikit garam
  • Taburkan mozarella cheese
  • Bakar 10 hingga 15 minit
  • Sedia untuk dihidang.

Yum, yum sedap....



Friday, April 1, 2011

PISANG GORENG

Oleh kerana mokcik blink-blink tak masuk opis 2 hari sbb ada visit kat KL maka n3 selama 2 neh termasuk n3 semalam adalah di auto publish ajerk...

Kali neh mokcik nk kongsi resipi pisang goreng menggunakan kekdah ikut suka sesedap rasa, hati dan perasaan mokcik blink-blink jer.

Jemput rasa...
Bahan-bahan:
  • Pisang dikupas kulit dan dibelah 2
  • Tepung gandum
  • Sedikit tepung beras
  • Air secukupnya
  • Sedikit garam & gula
  • Sedikit air kapur
  • Sedikit serbuk kunyit 
  • Beberapa titis cuka (petua dari tok mek untuk meranggupkan adunan)
Kekdahnya:
  • Bancuh tepung bersama semua bahan kecuali pisang menggunakan whisk supaya menjadi adunan yg teksturnya lembut dan halus... bukan haluss nescafe yer...
  • Celupkan pisang dan goreng hingga garing kuning keemasan.
  • Hidangkan.

Pisang goreng yg menggerutu dan menakutkan... hohoho... tak kesahlah sila lah abaikan rupa paras itew, janji sedap dan ranggup...