Sila Klik Iklan Ini

Monday, April 20, 2009

SEJARAH TERCATAT DI BSS

Bulan ini bulan April 2009 Bahagian Sains Sosial (BSS) telah melakarkan sejarah....Nak tau apa dia? jeng...jeng...jeng...



Bulan ini BSS telah berjaya men table kan 112 paper MJA / MJS.... wahhh dasat tuuuu wa cakap luuuu....

Paper MJA ada 65 paper

Paper MJS ada 47 paper
Mokcik terlupa paper Nilai Taraf ada 3 paper

Jumlah keseluruhannya 115 paper
Mokcik terlupa ada 3 paper Nilai Taraf pada bulan ini...Nak buat paper ni sebenarnya memang menyakitkan hati, jantung, jiwa dan perasaan... 3 hari buat tak siap-siap sbb asyik ada pembetulan jerr lepas semakan boss...pastu kena buat slide presentaion plak tuuuu... dan yang paling hangat hatinyer tak dikira dlm SKT bahagian tuuu....

So, mokcik secara personal nyer nak ucapkan tahniah pada kenkawan kerana rekod yg amat menyayat hati ini. Pas ni sama-sama la kita duk pening nak siapkan surat syor plak... Bulan ini mokcik dengan bangganya mengumumkan bahawa mokcik la juara piala pusingan pembentang paper MJA yang tegar. Bulan depan dengar ceritanya piala pusingan akan diambil alih oleh Tatak Juun yg biliknya berada di hujung tanjung nun....


Bulan ini mokcik table 17 paper MJA dan 4 paper MJS, dan 1 paper Nilai Taraf (mokcik terlupa paper ni) menjadikan jumlah besarnya adalah 22 paper. Kiranya ini pencapaian paling hebat mokcik sepanjang jadi pegawai SJK la ni...
Oleh kerana kekalutan dan ke'weng'an kami di saat-sat MJA tengah melanda ini maka dipaparkan antara bilik yang rupanya dah macam MARKAS PILIHAN RAYA le plak...


Harap-harap ini sume biarlah sementara aje dan bila MJA selesai harap sume fail ni dah disemadikan ke dalam bilik dokumen....
Bilik mokcik ni...
Ini pulak bilik nama tuan tanahnya dirahsiakan demi menjaga keamanan negara...



Ini bilik nama tuannya dirahsiakan demi menjaga kepentingan awam, walaupun korang dah nampak tuan tanahnya...ampun tuan tanah mokcik minta laluan...






Ini bilik nama tuannya dirahsiakan sbb mokcik tak dpt kebenaran lagi pong nak publish gambo ni...




Dan terakhir ini adalah pemegang piala pusingan bilik yang paling berpusing kah..kahh..kahh...nama tuannya biarla rahsia... berapa banyak rahsia daaaa...

7 comments:

safa said...

cayalah makcik kerana kejayaan makcik dan BSS...den dapat table 3 paper MJS dan 4 paper MJA jer...tak begitu menerujakan...sbb apo sbb bos kito nih jenis takde limit, bg jer berapa banyak nak bawak, kalo bos dulu, jgn harap la...tp den tak puas ati sebab 'kekemasan' bilik den dijadikan tatapan umum 'U'..waaaaa maluuuu...

ceni therebeq said...

laaa... kan mokcik dah rahsiakan nama tuan tanah tuu...yg ekau pi ngaku tu kenapa?

jangan mare...glamer ckit lepas ni...nyeh2

Si pemegang piala pusing bilik terpusing tu tak baca lagi... sat gih ada yg datang serang mokcik niii...

Don & Nor said...

tahniah kak...
hahaha...ingatkn bilik tepusing tu akak punyaaa...hehe..

ummicaca said...

pas ni senang nak jawab kronologi... semuanya dah lepas MJA..huahahaha

ceni therebeq said...

Ketua Jabatan Kronologi (KJK) ni asyik duk ingat pasai kronologi je...

Nyampah tul la aku... bagila aku lupa sekejap pasai kronologi ni... tak suka-tak suka..

Kherun said...

tahniah! patut bg ex-boss baca nih....

Selly & Buke said...

hahaha... lawak la akak nya entri ni..
apa pun tahniah sebab bwk banyak paper bulan nie.. sy bwk sikit jer (7 paper MJS, 4 per MJA).. tapi tetap rasa nak weng gak!!

semua tempat tu dpt sy duga!kecuali yg dpt piala bilik terpusing tu... hehehe.. tapi akhirnya dpt gak jwpn..sebab jun yg bagitau!! memang layak sungguh!!