Sila Klik Iklan Ini

Tuesday, April 28, 2009

NAIK KAPAL TLDM



Pada hari Sabtu nan silam mokcik ngan famili balik kg kat gunung besout tu. Kami bertolak agak lambat skit dalam kul 8.30 pm baru bertolak. Nak dijadikan cerita sampai je kat kg dalam kul 10.30pm penghuni rumah mak mentua mokcik gelap jerr... tak dak sorang pun. Biasanya kalu mokcik nak balik mokcik call dulu bagitau tapi kali ni mokcik lupa plak nak call.
Terus en. suami call abang dia sbb mak mentua mokcik duk skali ngan abang en. suami yang sulung. Call je abang ipar mokcik bagitau depa dah sampai di Lumut pi umah Chik Ain, kakak ipar mokcik la tu...

Terus en.suami buat keputusan nak pi Lumut gak... adehhh mokcik ni dah selai sepinggang je ni termasuk kakak dan en. suami skali. Mokcik hanya bawa baju mat japih je...Memang setiap kali balik kg, kami bertiga akan balik selai sepinggang sbb baju sume dah ada kat umah mak mentua mokcik...
Dekat kul 1 am baru sampai di Kem Tentera Laut Lumut sbb rumah Chik Ain dalam kem ni hah...Kami datang sini sbb ada Jom heboh dan hari Terbuka TLDM. Alahai terjebak la pulak mokcik datang sini tanpa alatan untuk diri yang lengkap. Terpaksa la menaggih simpati pinjam baju Chik Ain dan kakak pulak pakai baju si Hazim yg sebaya ngan dia tuhh...

Kat sini mokcik tak pi pun ke Jom heboh sbb ramai sangat makhluk manusianya...Ini 1st time jom heboh masuk dlm kem TLDM ni. Kalu hari biasa org ramai tak leh sesuka ati masuk dlm kem ini sbb kawalannya amat ketat. Mokcik hanya ambil kesempatan ni masuk dlm kapal TLDM je. Sempena hari terbuka TLDM ni depa bagi masuk dlm kapai depa ngan naik bot laju iaitu bot penyelamat TLDM. Tapi hak ni mokcik tak sempat naik sbb hari dah malam depa dah tutup... keciwa jugak rasanya tak leh rasa naik bot laju...



antara makhluk -makhluk yang datang


Ini Encik kapal TLDM. Namanya apa ntah mokcik tak sempat nak tengok



Ini en. kapal yg bawa penumpang, bukan kapal perang yer...



Ini pemandangan dari atas en. kapal yg mokcik naik




Ini mokcik dah naik tingkat 3 dah ni...




Ini pemandangan dari tingkat 2





En kapal ni la yg baru dapat anugerah sempena misinya ke somalia. Ni baru balik dari misi lanun ni. Nama kapal ni mokcik ingat-ingat lupa, kalu tak salah nama dia Seri Indera Putra. Saiz kapai ni sama besar ngan kapai yg mokcik naik..





Ini la en. kapal yg mokcik naik nama dia Seri Indera Sakti kalu tak silap. Chik Ain yg bawak kami naik katanya nak naik kapai yg paling besar....





Ini la bot laju yg mokcik tak sempat naik...bencinya-bencinye... melepas la lagiii...




Kakak yg kepenatan dan asyik nak nangis je sbb kaki dah melecet... Pagi tadi dia dah pi Jom heboh ngan abang ipar mokcik, petang plak pi naik kapal... pastu dia lemah nak berjalan sbb kaki dah lenguh. Dari tempat parking keta nak sampai sini ada dlm 2-3 km dah


Aksi penat atas kapai


Ni depa duk traning kot... ntah la tak tau la mokcik sbb segan nak tanya depa... Ini teknik-teknik nak turunkan kapal layar ke dalam laut kot..

No comments: