Sila Klik Iklan Ini

Friday, March 30, 2012

GRAND KAMPAR HOTEL

Grand Kampar Hotel antara hotel yang paling hebak di Kampar walaupun hanya tiga bintang sahaja namun cukup luas dan selesa... kami sume cukup puas hati dengan hotel ini termasuk panel-panel kami pun duk puji hotel ni.

Hotel ni kami melepak selama 2 hari di sini kerana ada visit kat satu unibarsiti swasta di sini. Design hotel ini dibuat berdasarkan design dari Sepanyol dan hotel ini ada 155 bilik kalau tak silap.


Grand Kampar Hotel


Ini bilik kami, famili suite. Reganya dalam RM190 kalu tak salah. Bukan senang kuli cam kami neh nak dapat bilik famili suite cam neh...Bilik yg amat selesa untuk pada kami seramai 4 beranak neh...Kakak ponteng sekolah lah jawabnya sbb nak ikut kami ke sini. Panel kami yg  bertaraf Prof dapat bilik lagi hebak wooo... sampaikan dia kata tak perlu bilik besar-besar sgt, nak buat apa... dia dtg sorang jer...Pastu katanya lagi agaknya depa ingatkan bila dah Prof ni saiz badan pun bertambah kot tu yg depa bg bilik yg besar tuu.. kami sume gelak ajer sbb faham saiz bilik bukan ikut saiz badan tapi ikut kelayakan. Kalu ikut saiz badan sonok lah mokcik sepanjang hayat... kompom memanjang kami satu famili dapat bilik yg hebak-hebak...



Cafe time bek fast

 
 Kolam renang yg ada kat roof top...yg paling besh adalah hanya adik dan kakak sahaja yg konker ini kolam hahaha... tak dak org lain sbb time peak macam neh tak ramai org yg menginap di hotel ini...


3 hari, 2 malam berkampung di hotel ini kami bertolak balik ke Bangi pada hari Selasa lepas. Tidur di rumah 2 malam ajer pastu terus kami bertolak ke Holiday Villa Cherating pula untuk bertamu di sana selama 3 hari 2 malan juga. Next setori yerrr...



3 comments:

Cik Da said...

bestla kak bilik dia beso....buleh main kejor2 mat japis....

duniaanita74.blogspot.com said...

puas hati bilik mcm ne....

Ceni said...

Aida,

Bukan main kejo-kejo tapi lagi seronok mat japih buat sepak, siap dia kencing lagi kat depan tv, sib baik hotel ni tak der karpet.

Mak Ita,
Memang yg paling puas hati la setakat ni, bukan kata bilik kat kolam pun puas hati gak sbb tak dak org...